05 October 2008

Lebaran tahun ini

Selamat Hari Raya Aidil Fitri semua! Sembahyang sunat Aidil Fitri kali ini mungkin berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini bila lokasi utamanya ialah di masjid baru Binjai Rendah. Lihat betapa gembiranya Ma dan Kak Ti di bawah.


Dan tentunya Abang lebih khusyuk apabila bersolat dalam masjid berhawa dingin macam ini.

Seperti biasa kami akan singgah ke tanah pekuburan. Dan cuba teka siapa yang kami berjumpa di sana..

Pok Teh dan anak-anak. Hehe..

Kak Ti tersenyum lebar tahun ini kerana banyak kuih muih buatannya berhasil dan sedap.

Ma mengeluarkan set cawan yang dah lebih setahun dia simpan dalam kabinet.

Dari kanan ke kiri ialah bagaimana proses penuaan berlaku melalui 3 generasi.

Dan, tahukah anda apa akan berlaku kepada anak saudaranya kalau Pok Su suka mengambil gambar?

Anak saudara sulongnya akan berusaha semaksimal mungkin tampil bergaya depan kamera dengan busana lebaran paling cantik yang tetapi pasti dibangkang sepenuhnya oleh keluarga.

Dan, Aminah juga tak lupa mencuri perhatian tetamu dengan senjata misterinya.




Adam tak akan benarkan Aminah glamor sendirian depan kamera.


Tahun ini seperti biasa tapai, ketupat, satay, nasi himpit dan kuah kacang tetap menjadi sungguhan utama Ma di pagi raya walaupun hanya ketupat yang kawan suka.

Tetapi jangan lupa, Ma juga memiliki Puding Tahu yang luar biasa enak.

Setelah beberapa tahun berusaha, akhirnya keluarga Kak Ti berjaya beraya dengan tema satu warna

Ma menunjukkan isi ketupat pulut hitam yang katanya bercita rasa antarabangsa.


60 peratus balang kuih raya atas meja tahun ini adalah kerepek-kerepek dan kacang-kacang. Resolusi Ma untuk raya 2008. Oh ya juga ada dua balang kek lapis dan brownies Indonesia. Kredit kepada kawan haha

Abang setia bersama satay-sataynya yang tahun ini berjaya mencapai 700 cucuk.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin!!!!

8 comments:

akma nurain fairuz said...

amacam penjualan telkung di binjai rendah??okay x??

jangan lupa 'ipod plan' kita after cuti!! :P

SELAMAT HARI RAYA kuden!

NKxvii said...

WAAAAAAAAAAAAAAAH
debut rmbut baru di blog!
sikat kebelakang la kuden dammit

HLiza said...

Makan sate di pagi raya? He he..penuhlah perut makan byk sangat daging. Next year akak mungkin tak beraya kampung lagi..balik macam dulu juga..abang kerja di pagi raya..

Kurt Kuden said...

akma nurain fairuz. haha baik puanku hahah wpun aku tak jadi beniaga telekung haha sebab modal tu aku wat belanja tuk aku.. tp aku tetap nak sambar ipod balik jogja nanti hahahaa

NK segan lah nak sikat belakang mcm all-out lak aku n.k hahah skali skale gaya boyband haha

kak hliza.. haa ape lai kak.. taun ni kena raya sakan laa. abiskan 30 hari tu.. ataupun taun depan, buat kelainan.. kita raya kat opis abang lak.. eh kita pulak, akak dan kuarga la maksud saya hehe

mad redo1 said...

kudeng weih... deme adik kak ti? kalu sunggoh, gi mari sittu le jelah... mesti kak ti kenal sangat dengan puan lucky tuh... hehehe...

Kurt Kuden said...

Abang Madredo dan Kak Linda! IYE!!!
Itu kak ti yang abg mad n puan lucky kenall! haha n Kak Ti pn kenal korang!! alamaak keciknye dunia.. paling kelakar! abg mad n kak linda pn penoh mari dumoh kan? hahahhaha
hahaha aduh laaa... haha kecik sungguh dunia haha

AK said...

eh.. eh...
beta salah blog ke ni??/

apsal tak byk gambar makanan pown raya2 ni...

hahahaha

Kurt Kuden said...

hahaha tlalu byk makan bile duk kt kg sbb tu tak smpat amik gamba hahaha