19 October 2008

Ma memasak lagi

Akhirnya, dapat juga kawan curi kamera Kak Ti. Dapat saja kamera terus gih tangkap gambar. Mana boleh lepaskan peluang kan.

Apahal tiba-tiba ada mamat bagi ceramah tengah-tengah rumah ni.

Ma dah habis puasa enam. Tapi raya enam dia, tak jugak sambut-sambut walaupun hari-hari makan dah macam-macam ha ha. Acu nak sambut, ade saja program sana program sini. Biasalah kan, kalau orang kerja direct-selling ni tahu lah macamana komitmen orang bekerja pada bisnes ni. Kalau malas kerja, sikit lah masuk. Kalau rajin, lebih lah masuk.

Hari ini Ma buat mesyuarat kecil-kecilan dengan downline dia. Tak ada lah ramai mana pun. 5, 6 orang saja. Tapi penuhlah juga rumah kawan. Sesaklah juga orang nak letak kereta. Dan mamat yang beria-ria bagi ucapan kat tengah mak cik - mak cik tu upline kumpulan mereka. Dari Kota Bharu katanya. Orang direct selling ni tahulah kan istilah-istilah upline downline ni, jadi tak perlulah kawan ceritakan yer. Apatah lagi, benda-benda Multilevel Marketing (MLM), direct-selling business dan sebagainya ini dah macam benda biasa dalam zaman sekarang. Orang-orang kerja makan gaji pula, dah macam tak hairan kalau ada side-job dengan bentuk perniagaan sebegini.

Tapai yang manis 'letting'

Ma dari dulu lagi kalau buat mesyuarat direct selling kat rumah, mesti masak-masak punya lah jenis bersungguh-sungguh. Lagi bersungguh-sungguh dari orang nak raya enam. Dan dia akan masak semua benda sendiri-sendiri.

Puding Raja Ma yang jadi watak utama hari ini

Orang-orang boleh nak tolong tapi kawan nasihatkan bersiap sedialah, sebab Ma sangat perfectionist bila pegang senduk. Semua kena teliti. Kawan bukan nak kata Ma lah orang paling pandai masak dalam dunia tak ada siapa pun boleh lawan, sebab kawan sendiri tengok, Ma tak pernah penat nak bertanya orang-orang lain yang bijaksana memasak, telefon teman-teman lama tanya resepi-resepi dan juga melalui peti TV itu sendiri. Ma juga dalam proses belajar. Ada saja dalam hari-hari Ma masak-masaknya tak berapa nak menjadi. Semuanya kan Allah yang tetapkan. Kalau hari itu memang kita masak tak akan sedap, adalah itu caranya kesilapan yang akan berlaku dalam sedar ataupun tak sedar. Kalau hari itu memang rezeki kita masak sedap, resepi tunggang langgang pun hasilnya jadi sedap. Semuanya kerja Tuhan. Tetapi malangnya, ilmu-ilmu memasak ini tak pernah turun ke kawan.

Kawan potong tembikai. Satu kejayaan di hari Ahad.

Mungkin sebab Ma jenis suka masak-masak, maka tak hairan agaknya, kawan kadang-kadang main belasah sahaja kalau orang ajak kawan makan apa. Dan mungkin sebab itu kawan balik kampung masa cuti, perut makin berlipat-lipat kan. Ha ha

Ini taruhan utama Ma: Nasi Bukhori I Like. 'I Like' tu kawan tambah saja kat belakang

Seronok sebenarnya kalau pandai masak ini. Rasa macam lengkap saja hidup kan. Tetapi tukang-tukang masak ini memang kena orang yang yakin dengan diri sendiri tingkat tinggi. Firasat hati nurani pun kena sungguh-sungguh kuat. Malangnya, kawan jauh dari ciri-ciri itu. Nak cakap atas pentas pun ketar lutut, inikan pula nak main dengan api. He he.

The Return of Puding Tahu; permintaan anak menantu dan cucu-cucu Ma

Akhir kata, walau sesiapa pun anda, walau di mana jua pun anda berada, jangan lupa kalau masak-masak lebih itu ingat-ingatlah kawan di sini.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin

6 comments:

sif said...

wa..sme food nmpk sedap..
tiap word mcm very down to earth je..
giler r!kehkeh~

Kurt Kuden said...

down to earth? haha tak langsung. tu ayat fakta2 tu.
perli nih eh haha

Naemmommy said...

mmm sedapnya sume makanan tuu.. apa lagi letak la resepi hehe :)

Kurt Kuden said...

Resepi? tak paham ngan prosedur Ma.. die bukan nak bg tunjuk ajar kat dapur.. mesti kena marah sbb saya ganggu kerje die haha takpe2 nanti saya korek haha

AK said...

grrr
siot!!1
aku terliur tgk puding2 itu...
n tapai!
aduh! lama tak makan...
grrr

Kurt Kuden said...

tapai? haha aku tak penah suka tapai. dan aku tatau apa bestnye tapai hahaha