01 November 2008

S'lamat tidur kekasih gelapku

Iyer, tak sampai tempoh 24 jam lagi kawan akan bertolak balik ke Jogjakarta. Hari ini hari terakhir ada pening-pening sikit, sebab berat hati nak balik agaknya ini ha ha. Sebab pening, ada dua benda penting yang tak dapat kawan ikut serta, satu tak boleh nak hantar Kak Faezah pergi Mekah (cheh! macam kawan bawa kapal terbang dia je) dan kedua tak dapat tengok Adam konvokesyen tadika dia hari ini.

Kecewa itu kenyataanlah, tetapi memang dah ditetapkan Tuhan, kalau perkara baik itu boleh datang dari banyak sumber. Akhirnya kawan berjaya juga bertemu dan membeli buku 'Bukan Diriku' tulisan Camry Hj Yusof. Mungkin ramai yang tak tahu tentang buku ini dan tak kenal siapa penulisnya itu. Kawan sendiri tak ada siapa-siapa yang syorkan cuma yang buat kawan rasa ingin memiliki ialah penulisnya adalah salah seorang teman kawan di KOSPINT. Alhamdulillah, berjaya juga Ayob ini tulis buku. Minatnya pada menulis hanya dia dan Allah sahaja yang tahu. Kawan tak baca lagi karya sulung Ayob ini, tapi sebagai langkah pertama, kawan tak ingin letak harapan tinggi kerana harapan tertinggi kawan pada Ayob dah pun tercapai iaitu melihat bukunya berada di rak-rak kedai buku berdekatan. Tahniah Yob, nanti kawan cerita lagi tentang Bukan Diriku.

Dan juga, paling tak sangka dalam-dalam cuti kawan kali ini yang tak berapa bertemu kawan-kawan sekolah, kami berjodoh pula di Kedai Makan McGyver apabila Keyo dan Piang ada di sana. Senang hati bila berjumpa. Perasaan yang memang tak dapat nak dicerita. Memang betullah kata orang, kalau teman-teman paling istimewa itu masih tetap mereka zaman sekolah menengah. Memang itu tak ternafi. Haih..

Pening-pening masih rasa lagi ini tapi tetap gigih blog. Haih.. Esok lusa mungkin bila kawan menulis, suasananya pasti berbeza. Nak tunggu cerita makanan-makanan tradisional, makanan-makanan aneh, kena jumpa cuti akan datanglah. Nanti kat Jogja kawan sambung lah lagi episod seterusnya kisah cinta kawan dan jentik-jentik itu. Haih bagaimanakah lanjutan penelitian kami ini ye. Jauh lagi perjalanan ini. Kena taip lagi, pembentangan lagi. Wah, memikirkannya saja sudah cukup buat kawan bertambah pening.

O.K lah rasanya dah kena masuk tidur ni. Kalau tidur lambat, nanti esok bangun, pening lagi, muntah pula atas kapal terbang, buat malu saja. Selamat malam semua.

7 comments:

Naemmommy said...

hehe siannya kena balik jogja dah... :)

ak_0143 said...

yes!
entri makanan bercuti!
yes!!!

kalo aku tulih buku ko beli tak???
huhuhu
tahniah kat kawan ko tuh...

n slamat balik ke jogja!!!

Kurt Kuden said...

kak naem hahaha tak pe

ak_0143, haha msti la aku beli. wpun bosan manepun, aku ttp beli ok

toybesh! said...

aku tunggu buku ko kurt, bile lagik?ahaks~

Kurt Kuden said...

hahaha buku skripsi kaler ijau tu bole? hahaha

Laskar Bahasa said...

Terima Kasih sebab rajing upload cover imut buku tu, biarpun byk cabaran utk hasilkan buku tu, termasuk bab2 sensored, aku rasa berbaloi sebab dah berjaya terbitkan sebiji sebagai permulaan.

skarang aku tgh tulis buku ' Perkara Yang Tidak Manis Tentang Cinta'. tunggu masa, siap lah nanti k.
Salam

Khar said...

Salam,

Jemput mai ke blog kami Pekan Ilmu - yang terbitkan buku Camry, ada banyak lagi buku2 yang menarik di sana. Sila layari laman blog :

http://mekmulong.blogspot.com/