05 November 2008

Bila nak tengok Laskar Pelangi ni?

8 malam, 1 November
Kg Binjai Rendah

Ma: Beg baju laptop semua dah siap ke?

Kawan: Daaaaaaaaaahhhh

Ma: Passport?

Kawan: Daaaaaaaaaaaaaaaaaaahh

Ma: Laptop?

Kawan: Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhh

Ma: Jangan ada apa-apa tertinggal, susah pula nak menghantar kang. Bukan duduk Shah Alam.

Kawan: Don't worry lah Ma!

7 pagi, 2 November
Lapangan Terbang Sultan Mahmud

Kawan(cakap dalam hati): Macam ringan saja laptop ini.

Kawan: Alamak!

Ma: Kenapa?

Kawan(cakap dalam hati): Charger laptop tertinggal Ma!! Jom balik ambik!!!

Kawan(cakap dengan mulut): Tak ada apa-apa lah.

................................................................................................................

Haih. Dah lah bateri laptop sedang kong king kong, tak sampai 1 minit hidup terus padam. Lepas tu tak ramai yang pakai cap Twinhead di Jogja ini, nak pinjam punya siapa pun tak boleh. Dapat pulak dengan Indonesia yang sangat susah nak cari Twinhead, memang sempurnalah nasib kawan kali ini. Memang kerja nak menyiapkan penelitian kali ini dua kali ganda mencabar lah. Nak kemaskini blog pun tak tahu nasibnya macam mana.

Tapi alhamdulillah. Mujur Ida pakai laptop sama macam kawan. Twinhead. Dan, nak dijadikan rezeki Tuhan, dia punya laptop sedang bermasalah dan tak dapat menyala selama seminggu, maka kawan menangguk ikan di air yang keruh dengan meminjam charger Ida untuk tempoh seminggu.

Kita lihat apa nasib kawan setelah seminggu. Adakah kawan memberitahu perkara sebenar kepada Ma supaya Ma mengirimnya ke Jogja? Atau kawan berjaya mendapat pengganti barang yang tertinggal itu? Sama-sama kita lihat. Zass!

5 comments:

ak_0143 said...

hahahaha!!!
padan muka!
padan muka!!!

good good very good!!!
*sambel tunjuk2 thumb wat gaya anak2 kecil*

-ambik henset, dial nombor-

"makcik... ni anak makcik sowang ni haa... dia tinggal charger laptop katumah... apa?? suh dia blik amik naik tongkang??? ok makcik!"

hahahahahaha

*blogger yang mengomen secara kejam kerana pelik, apa kaitan isi entri dengan tajuknya!*

missy suzi said...

hahaha..
kasehan ekaw..
hahaha..

*baek gak ko ey,ma tye ko ckp xde pape..bagus..anak yg baek~

Cik Kmar said...

ekk. call ar ma. suruh pos ke cmne ke. xpon cari yg baru. mane2 yg lg mudah dan murah. ehehehe.

mad redo1 said...

mau suruhin mad redo1 beli dan pos dalam senyap2 deh... bisa saja dong... hehehe...

Kurt Kuden said...

ak_0143, tepon aa ma aku. msti die pos skang gak. pastu die msti nk membebel sket. sbb ko yg tepon. ko la ganti aku kne bebel haha

suzi, bukan aku baik la.. sbb aku takut kene marah ahahaha

cik kmar, plg murah ialah tunggu sape2 dr trg nk balik jogja pastu kirim heheh

abg mad, isk.. lagi la xok sampai ati.. dok pasal2 abg mad jd mangse ambe lok.. tq anyway... :)