11 November 2008

Yeay! Dapat tengok Laskar Pelangi!


Oh, indah juga rupa-rupanya Pulau Belitung. Sama indah seperti mereka Laskar Pelangi. Memang, kalau mahu dibanding dengan bukunya, agak terasa kosong dan kurang di sana sini, tetapi bagi kawan, Riri Riza tak mengecewakan. Dan Mahar, Lintang dan Ikal cukup luar biasa cemerlang. Persis yang tertulis di buku dan terbayang di fikiran. Oh ya, juga Ibu Mus yang menumpahkan semangat yang tak kalah hebat kepada setiap yang melihatnya. Setelah tertawa dan tersenyum puas, kawan meruntun pula jiwa sendiri di penghujungnya. Seakan dejavu, sebuah pengalaman yang sama ketika membaca bukunya. Aduh, sungguh syahdu kisahmu, Andrea. Namun, tak semua anak-anak muda ini mampu tampil buat peminatnya. Tetapi tak mengapa, mungkin kalau mahu cerita semua, tentu tak seimbang pula jadinya walaupun kisah mereka yang lain tetap mampu menggetarkan hati saat membaca.


Hasil kerja keras yang layak dirai dengan kata-kata pujian, serta tak lupa buat Andrea Hirata, yang sudi berkongsi kisah yang sangat manis ini. Tak lupa buat 21 Cineplex Jogja yang masih sudi memutarkan Laskar Pelangi walaupun sudah masuk minggu ke-7 dengan jumlah penonton yang masih mengganas.

Klik sini untuk buku Laskar Pelangi

7 comments:

AK said...

oho... dari buku ek...
patutla ko teruja mau tgk...
tgk la, kalo sampai msia, aku try tgk...
huhu

~ Mar ~ said...

nak tengok jugakkk ehehehe

Amer Yusof said...

guana aku nok fo0lo blog mung..and se lagi..aku nok lay-out cam mung...guane ek? hehehe bute IT

btw, aku suka poster laskar pelangi...aku cilok wat poster blog aku..

kuds, aku peminat setia jajang c noer..best ke dia berlakon?:

mad redo1 said...

tahniah kudeng!

mana tahu buleh tengok laskar pelangi kat mesra mall pulok... hehehe...

Anonymous said...

hmm.. laskar pelangi memang bagus. die bagi semangat jugak kat aku. aku harap leh bace novel die nanti heee

Anonymous said...

tau dak ngape kak jie lama tak komen
masalah gelap gelita..kak jie langsung tak leh baca..huhuhuhuh

afif ahmad said...

best ke citer ni??? duk cni dengor lagu nidji tuh jekkk...

http://amazingafif.blogspot.com/