13 December 2008

Waktu rehat

Ujian datang lagi. Bersama malas dan nafsu tidur yang membuak-buak. Lepas itu dihadapkan pula dengan nota-nota kuliah yang semakin dibaca semakin banyak pula tak tahu, lagilah buat kawan rasa nak tutup nota dan tengok ulangan Friends yang tiga kali sehari itu. Dan ketawa puas-puas macam minggu depan tak ada apa-apa akan berlaku. Boleh?

Oh ya, kawan tahu kawan kong-kang. Kami siap lupa steps lagi dan terkial-kial atas pentas. Tetapi kami betul-betul menikmati rasa senang yang sebenar di atas pentas pada 6 Jun yang lalu. Oh bukan semasa atas pentas, tetapi bila selesai lagu Pretty Women dan memikirkan betapa kami bersungguh-sungguh bila berlatih. 2008 sangat menarik. =)

Dari kiri: Swarna, Kukhan, Geetha, Annuar dan Nair.

2 comments:

ak_0143 said...

Oh ya, kawan tahu kawan kong-kang.

pengakuan berani yang akan aku gunakan utk kenekan sepanjang hayat ko!
hahaha

Kurt Kuden said...

haha kongkang jee.. tak malu pown haha