02 January 2009

Slumber wawa


Kawan cuma menyangkakan sambutan tahun baru malam itu hanya akan menjadi aktiviti duduk-duduk bersembang makan karipap buatan sendiri, bihun goreng kemudian tidur. Tetapi oh tidak tidak tidak, malam menjelang 2009 itu tak semena-mena berubah menjadi sebuah malam yang sangat... err.. sangat Tahun Baru!

Tiba-tiba sahaja rumah kawan penuh dengan dekorasi warna-warni bergantayangan di siling dan dinding. Kemudian, muzik-muzik party memenuhi segenap ruang G16, menyesarkan pilihan lagu-lagu klasik Tamil Gana yang cukup depressing itu. Dan NK, tak penat meyakinkan semua orang dengan idealogi-nya; malam ini malam slumber party. Hasilnya, Balvin muncul dengan penampilan paling slumber.


Kalau nak lebih gila, kita kena ada Anuar dalam majlis, sebab dia akan muncul dengan aksi dan tenaga berlebihan. Atau Atikah, yang tak putus-putus dengan perkara aneh-aneh. Sampai terbahak-bahak Has dibuatnya. Arif dan Iftitah yang baru tiba saat kami sedang bermain charade, terus menjadi mangsa ditengah-tengahnya.

Sekarang sudah tinggal beberapa detik sahaja lagi untuk 1 Januari dan kami semua sudah pun di luar rumah siap sedia dengan mercun dan bunga api.


3, 2, 1.. Happy New Year!!

Putttt!! Putttt!! Bunyi saksofon dan trompet mainan bersahutan di tengah-tengah dam dam dum warna warni bunga api. Seronok kawan lihat teman-teman Ravi dari Solo dan Ravi. Penat di luar, kami masuk dan menikmati karipap, bihun goreng, agar-agar, suji dan kerepek-kerepek kering sambil mendengar Pong dengan lawak kain pelekat imam itu.


Gana tak habis-habis tertekan dengan permainan 'cap kalicap kalicap cap cap', sementara Aisya dan Oter si memerangnya di luar gelanggang bertindak sebagai pemerhati. Kartee masuk bergaya saat masanya untuk Polar Bear dan menyaksikan Qilah memang tak boleh mengawal memek muka kalau dia adalah Polar Bear. Atau Payal yang mampu meneka Haneef, Arif dan Balvin adalah Polar Bear dengan tepat! Hmmm.. musykil.. musykil.. Macamana Haneef tak putus asa? Haha

Sedar-sedar azan Subuh sudah hampir berkumandang. Dan acara malam/pagi itu pun harus berakhir meninggalkan pengalaman pertama paling asyik di tahun 2009. Permulaan yang bagus nampaknya. Hee

4 comments:

ak_0143 said...

haha
kowang mmg ske buat parti bueh kan...
nak join boleh?

Kurt Kuden said...

ha hah setiap pendaftaran ke parti bueh kene rujuk kat pong
dia akan filter org hahaha

gadhogadho said...

ada lagi org main game cap kali cap tu?? hahaha.. dah 14 tawon aku tak main.. skill dah karat dah..

Kurt Kuden said...

hahah nanti ko datang jogja lagi, kite main ok.. aku ajak budak2 ni hahah