05 March 2009

Kisah Cinta Lan-Sia

Tak usahlah telan air liur pekat atau pun berkerut dahi kalau menonton kisah cinta orang yang berumur agak senja. Buat apa nak geli-geleman kalau memang nanti, itu akan jadi fasa yang kita sendiri akan singgah. Oh, tak rugi kawan muat turun Away From Her, ternyata memang kisah syahdu. Maka hari ini teman-teman, kawan rasa ingin berkongsi antara 3 filem tentang kisah mereka di saat usia kian membanyak.

Away From Her


Grant (Gordon Pinsent) tahu kalau isterinya, Fiona (Julie Christie) penghidap Alzheimer lambat laun akan tak kenal siapa dirinya, malangnya dia terlalu tak bersedia untuk itu. Banyak cara dia sendiri lakukan untuk melupakan Fiona antaranya bercinta dengan isteri salah seorang pesakit di sana, Aubrey, teman rapat Fiona.

Something's Gotta Give


Harry (Jack Nicholson) seorang socialite dan Erica (Diane Keaton) seorang penulis. Mereka bertemu dalam keadaan yang cukup aneh, iaitu ketika Harry sedang bercinta dengan anak perempuan Erica, Marrin (Amanda Peet) di rumahnya. Mereka bermula dengan love-hate relationship dan ego yang meluap-luap tetapi akhirnya akur dengan perasaan masing-masing.

The Bridges of Madison County


Francesca (Meryl Streep) seperti kebanyakan orang, memiliki kisah gelap, tetapi lebih parah, dia seorang isteri yang curang dan ibu kepada dua orang anak dan kisah gelapnya adalah dia mempunyai seorang kekasih gelap, Robert (Clint Eastwood), seorang jurugambar National Geographic yang kebetulan singgah di rumahnya untuk bertanyakan tentang jambatan-jambatan Madison County.

9 comments:

Anonymous said...

rajin ko update eh cuti2 nih. huhu.

Kurt Kuden said...

haha tu la pasal! weh!! bile nak mesej aku pasal hari sabtu dalam sejarah ittteeewwww??

thoyol said...

bagus laa ko ek..

tua sebelum masa..

Haha.. ;P

MsPartOfYourLife said...

tua pon tua larr...asalkan movie tu dapat sedarkan orang dah cukup...nicely done..~

Kurt Kuden said...

thoyol, haha, selera je kadang2 tua.. orang nye muda lagi

nazee, tenkiu.. ade mase tgk la eh.. ;)

NKxvii said...

HELLO SICK
KO CM GEROPHILLIA KE APENTAH

Kurt Kuden said...

hahahaha
kite kena blajar sayang2 warga emas ni.. lagi2 kalau serumah ngan warga emas ahakz

NKxvii said...

hahahaha omg i miss gana jokes cepat la korg baliiiiiiiiiik

Kurt Kuden said...

esok saye balik.. yeha yeha