09 March 2009

kisah seorang melukut

Malam semalam kawan kecek KakTi yang kawan nak ikut dia pagi ini jam 7 nak tengok sambutan Maulidur Rasul kat KT. KakTi beriya tak nak ajak, dia cakap kereta dia dah penuh. Tak muat. Dia ada enam anak, itu pun nak kena afundi keluar antara mereka siapa yang malang tak boleh ikut. Kawan pergi kecek Ma. Ma awal-awal lagi cakap kena pergi Dungun.

"OK FINE!!" sambil berlari-lari menutup muka dan menghempas badan ke katil, dan menangis teresak-esak. (Okay, ini pengaruh drama RTM, abaikan imaginasi karut ini)

Teman-teman, hari ini Maulidur Rasul. Kawan bangun saja dah pukul 10.30 pagi. Senyap saje rumah macam library. Library pun tak senyap macam ni. Ma dan Baba dah pun pergi Dungun. Bangun saja dah terbayang-bayang dah dalam kepala otak kawan, KakTi dan keluarga sedang bergembira, bersorak-sorak hee haa hee haaa sekeluarga di sana. Semuanya bergerak dalam gerak perlahan dengan efek-efek glowing. EEEEee... Rasa nak baling je batu-bata. Tiba-tiba,

Krinnggg!! Kringgg!!!!

Telefon berbunyi memecah hening. Gelombang bunyi yang muncul dengan tiba-tiba itu membuat kawan terpana.

Kringgg!!! Kringgg!!!!!

Telefon berbunyi lagi. Kali ini, kawan dekatkan ganggang ke cuping telinga dan mendengar sayup-sayup di hujung talian,

"Ro, KakTi tertidur lepas Subuh tadi. Ni baru saje terjaga!!!"

............................

notakaki:: Terima kasih KakTi, kita makan-makan nasi ayam Yunnan di Batu Burok tadi hua hua hua


Buat semua muslimin dan muslimat, semoga peristiwa kelahiran baginda Rasulullah s.a.w hari ini memberi kita makna yang lebih daripada kita pernah tahu. Salam maulud.

4 comments:

g3rm said...

mesti puas hati ko kan. dua-dua melepas. dah tau sangat. hahahahaha.

weh banyak gila nak story nih. dah lama gila tak hang out dgn ko. apsal sombong sgt weh? huhu

Kurt Kuden said...

Haha musti aku puas ati haha.. hang out? bile skang ke? aku jauh di trg la.. tapi di jogja.. insya-allah kite akan hang out.. hihi.. kite gi amplaz ye.. eh aku betul2 kena gang ngan kelop la.. tapi aku segan la wehhh.. eh segan la.. eh eh.. haha over lak aku..

jojo said...

hek elehhhhh.... rock jiwang

Kurt Kuden said...

jojo, haha