21 March 2009

Menanti Hari Koas Episod 1

Fulamak lama gila tak tulis apa-apa kat sini padahal cuti tetap tak nak habis-habis. Padahal lagi, cuti kali ini dah memang layak dinobatkan cuti paling bosan sampai rasa nak mengamuk pun ada. Perkataan BOSAN yang kalau nak baca, dah kena baca 'Boaaasaaaaannn..... Boaanggeeeeeeeeeeetttt!' Macamana tak sangap, sudah ler tengah eco-no-money, tak buat apa-apa aktiviti nanti karang bosan, kalau nak buat aktiviti nak kena hulur-hulur pitis haisshh lepas tu ditambah pula dengan tempoh cuti yang semakin panjang dan panjang dan panjang itu. Nyebelin dech!

Err... OK.. Itu exaggerate..

Bercakap soal cuti kali ini, sebenarnya cuti ini memang cuti yang sangat magic dan ajaib. Sepatutnya cuti ini sudah berakhir pada tanggal 24 Mac yang lalu, tetapi tak tahu macamana tiba-tiba jadi magic memanjang sampai 13 April. Lame tuh! Magic lah sangat.

Jadi untuk merumuskan perjalanan cuti sementara kawan menunggu hari-hari menjadi dokter muda di RS Sardjito, dapatlah disimpulkan melalui gambar-gambar di bawah. Marilah sama-sama kita hayati dan renungi kisah hidup seorang penganggur. Zass!

(AMARAN: Anda mungkin mengalami loya, muntah, hot flush, rasa nak pukul orang kerna dek terlalu buaaanyaakk buangeeettt gambar-gambar di bawah.)

Ini adalah aktiviti yang dah jadi macam rutin, tetapi akhir-akhir ini tak berapa nak rutin lah pulak (macamana tu?) iaitu main kad.


Penat main kad, kita makan aiskrim rainbow Has belanja

Penat makan aiskrim rainbow, kita nyanyi karaoke lagu My Heart

Satu lagi acara rutin setiap bulan ialah makan-makan sempena hari jadi siapa-siapa, contohnya di bawah iaitu makan malam di Pelem Golek, Jalan Pelagan sempena mereka yang lahir di bulan Mac.

Aida Joe suara sedap

Temukan 4 March Babies dalam gambar di atas

Gurame Goreng Tebar Pesona yang Ueenakkk

Mesti dah ramai tengok Dragonball kan? Kawan pergi jugak hari tu dengan Has, sebab dah tak tahu nak buat apa kat rumah. Nasiblah memang dari awal lagi nawaitu nak perabih masa dan duit di cineplex baru di Jogja, eh ye teman-teman, Jogja buka cineplex baru yang bernama Empire XXI. Cantik bangunan dia tak macam cinema pun ada. Besar pulak tu, macam bangunan sekolah. Berbalik kepada cerita Dragonball tadi, cerita itu memang bosan. Kawan yang tengah bosan pun rasa nak menangis sambil tengok cerita tu sebab bosan.

Goku pun bosan sampai nak kame hame ha

Kat bawah ada aktiviti yang menyihatkan jiwa dan raga, iaitu membaling bowling dan cucuk bola-bola pool. Walaupun kawan masih lagi kategori belum akil baligh dalam bidang ini, tetapi kawan tetap enjoy. Enjoy sangat-sangat, sampai rasa nak nyanyi-nyanyi sambil menari muzikal atas meja pool tu. OK, kawan exaggerate lagi.



Beberapa saat setelah gambar ini diambil, bukan sahaja bola bowling yang bergolek, Has pun turut serta bergolek ke dalam.

team ini menang

team ini kurang menang. rileks la Kartee, penuh penghayatan lah pulak.



Penat dah berfoya-foya di Saphir, jom balik~

Berikut adalah rutin yang dah menjadi darah daging mereka-meraka di rumah G16 ini. Kami telah menganjurkan satu festival filem-filem hantu/horror antarabangsa yang terbuka kepada sesiapa sahaja dan masuk adalah percuma. Tiap-tiap malam semua pun nak tengok cerita hantu, kalau berani tak apalah jugak, ini kalau keluar babak hantu tengok ikut celah jari-jari atau tutup muka dengan bantal baik tak payah tengok. Dalam banyak-banyak cerita hantu/horror/kejam ini ada banyak juga cerita sampah tak takut langsung pun ada tetapi ada tiga cerita yang kawan nak sarankan kepada semua penggemar-penggemar filem bergenre sebegini, filem yang bakal buat tidur malam anda tak tenang, nak kencing tengah malam pun boleh rasa nak cancel, iaitu R.E.C (Perancis), Inside (Sepanyol) dan Coming Soon (Thailand). Tengok jangan tak tengok, tengok jangan tak tengok!

BBQ, satu lagi nama yang cukup sinonim dengan aktiviti-aktiviti biasa anak-anak muda di Jogja terutama sahabat-sahabat di Pogung Kidul. Oh ya, sebelum itu kawan adalah juga dengar khabar-khabar angin yang pihak penganjur nak buat pengumuman penting bersempena majlis BBQ di malam Earth Hour itu. Tetapi tunggu punya tunggu, tak ada pun pengumuman. Kami pun makan jagung dan ayam-ayam sampai kenyang. Hahaha apa punya elaboration ni?

Bukan sahaja jagung boleh masuk tu NK, helmet hijau pun muat

Sengaja gambar ini blur supaya tak geli tak lalu makan tengok bulu kaki Aziz

Tepuk tangan kepada tiga yang bertuah dapat jagung.

Eh, naik-naik van ni nak ke mana tu??


Yer teman-teman, cuti kali ini walaupun belanjawan dah susut berlipat kali ganda, tetap ada program lawatan-lawatan sambil belajar seperti di bawah. Baguslah jugak, daripada duduk rumah main kad tengok cerita hantu makan aiskrim saje tiap-tiap hari, boleh berkarat juga otak. Jadi salah satu objektif lawatan sambil belajar kali ini ialah untuk membuka dan mengasah minda dan memupuk daya fikir yang kreatif dan kritis di samping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita.

Destinasi yeay yeay pertama kita ialah Benteng Vander Wijck. Menurut sumber, bangunan bersejarah ini telah dibina oleh Belanda dan digunakan sebagai asrama untuk askar-askar mereka. (Perasan tak link sumber tu dari siapa? Yer, blog zombie hidup kembali)


Semua orang kena tunggu Anuar sebab dia nak buang AB. Lembab betol


Kemudian kami singgah pula di Gua Jatijajar. Gua ini bentuknya macam dinosour, masuk melalui mulut dinosour dan keluar dari ekor dinosour. Dalam badan dinosour ini boleh dijumpai mata-mata air yang sungguh sejuk dan patung dewa-dewi mereka. Dalam badan dinosour ini juga sudah lengkap dengan bekalan elektrik, jadi tak perlulah kami menyalakan lampu suluh atau lampu suluh telefon bimbit kawan. Telefon korang ada ke??



Kalau tadi kami ke Gua Jatijajar di mana guanya telah dicanggihkan dengan kemudahan-kemudahan asas yang mempermudah kerja kami melewatinya, kali ini Gua Petruk menjadi cabaran buat kami untuk menerokainya. Sudahlah tangga nak naik ke gua ini tinggi tak ingat dunia. Sampai atas semua orang dah tertonggek-tonggek sebab dah sebati dengan postur naik tangga. Tetapi mujurlah, perjuangan mendaki tangga-tangga ke gua ini sangat berbaloi sebab Gua Petruk menawarkan pemandangan yang sangat berbeza. Khazanah alam yang luar biasa hebat.





Akhir sekali, inilah destinasi Yeay Yeay terakhir kami, iaitu Pantai Ayah. Sebelum kami berpeluang mandi, kami dibawa dulu keliling pulau kecil di Pantai Ayah untuk melihat apa benda pun kawan tak tahu. Tak ada apa-apa pun. Mungkin waktu itu, fikiran hati dan perasaan sudah pun berada di pantai.



Penat mandi dan bermain ombak kami pun pergi menjamu selera di rumah makan pinggir pantai. Tempat makan dia ya rabbi macam makan kat tengah pasar jual ikan, sudah lah berkaki ayam, pokoknya memang horror macam tengok Coming Soon lah. Tetapi, bila sekali ngap makanan dia, dah lupa dah kegelian itu, sebab masakan mak cik grumpy tu sungguh sangatlah sedap. Level-level Nigella Lawson dah mak cik ini. Sorry tak ada foto sebab terlalu terbawa-bawa dengan nafsu makan sendiri.

Sekian dulu Episod 1 Menanti Hari Koas kali ini. Untuk lebih banyak foto-foto boleh layari album facebook kawan. Ada banyak lagi kisah-kisah lain yang boleh dijadikan teladan dan iktibar kita bersama-sama, jadi jangan lupa temujanji anda bersama kawan di episod akan datang! See Ya!!

No comments: