05 March 2009

Sekolah Memandu


Kawan bukanlah pemandu kereta yang bagus. Kawan mungkin seorang yang cuai (nauzubillah) dan kecekapan kawan sebagai pemandu memang diragui. Begitu juga kalau bermotosikal, kawan bukanlah seorang jaguh untuk diandalkan. Tetapi, kalau balik ke kampung dan berkereta ke bandar KT dan di dalamnya ada Ma dan Baba, memang kawan akan sangat-sangat susah hati. Pertama, Ma dan Baba mempunyai pendapat yang sangat saling menolak tentang arah dan destinasi, sampai kawan bingung tak tahu nak ke mana. Kedua, Baba memang tak ubah seperti cikgu sekolah memandu. Bukan sahaja Baba tak akan berhenti memperingat kawan tentang lampu isyarat, tengok kiri dan kanan, signal, had laju dan brek, malah kaki kanan beliau dah siap sedia menginjak-injak ke lantai seolah-olah ada satu lagi brek di situ.

7 comments:

Amer Yusof said...

kuden, susur gajah beratap biru takkan terus memayungkanmu sampai ke tua, jadi teruslah meningkatkan keyakinan diri ya.

toybesh! said...

lucunye entry nih.harharrrr

Kurt Kuden said...

Yob, haha.. jom pegi kedai kak wan


Tojie, ahaha stress tau!haha

Amer Yusof said...

kak wan = medula oblongata

Kurt Kuden said...

Hahahahaha!! telekungnye ituuu sungguhhh pricelesss hahaha

Anonymous said...

nasib belajar jadi doktor bukan driver ambulan.... pesakit pun boleh bangun drive sendiri cam nie

Kurt Kuden said...

hahaha.. tu la.. part2 tu, bsyukur gak tu haha