04 March 2009

Maryamah Karpov


Dalam hal ini, kawan kategorikan diri kawan lebih kepada seorang fan-boy Andrea Hirata. Maryamah Karpov menimbulkan rasa keliru dalam fikiran kawan tentang penutup tetralogi Laskar Pelangi yang sangat fenomena ini. Kawan keliru samada kawan suka atau tak suka. Nama Maryamah Karpov terdengar sangat menarik, tetapi tak tahu asal-muasalnya atau apa kaitan Mak Cik Maryamah dalam buku keempat si Ikal ini. Daya kritis kawan tak dapat fikir di mana peranan Mak Cik Maryamah ataupun anaknya, mungkin hanya Andrea sahaja yang tahu.

Banyak flashback yang Andrea ceritakan (seperti biasa), dan muncul kisah-kisah reuni semua watak-watak yang lalu dengan cara yang sangat manis. Oh, di permulaan buku ini juga terkesan sangat menarik, tetapi beberapa bab menuju ke hujung cerita, Maryamah Karpov mula menjadi sangat... fiction. Hal-hal yang diluar imaginasi kawan (tetapi menariknya, berdasarkan penjelasan yang mampu ditelan secara logik), dan cerita mistik mula membuas sehingga ke bab-bab terakhir. Tetapi tak mengapalah, kawan nak tahu juga kisah cinta Ikal dan A Ling sampai penghujungnya, maka kawan maafkan kisah-kisah berlebihan itu.

Andrea mengangkat isu budaya orang Melayu melalui pemerhatiannya, dan tak ternafi ada banyak benarnya di sebalik kisah-kisah humor dan sindiran masyarakat yang turut menguasai keseluruhan buku Andrea kali ini. Cuma, ada rasa kurang puas jauh di sudut hati kawan, kalau resepi Maryamah Karpov tak sefenomena Laskar Pelangi dan Sang Pemimpi. Tetapi, sebagai seorang fan-boy Andrea Hirata, kawan memaafkan kekurangan kali ini dan menerima tulisan beliau kali ini sebagai satu buah tangan yang dinanti-nanti.

Terima kasih Toy, 'buah paling manis dari berani bermimpi, adalah kejadian-kejadian menakjubkan dalam perjalanan menggapainya'

Tetralogi:
Laskar Pelangi
Sang Pemimpi
Edensor

4 comments:

toybesh! said...

same2 =).dare to dream ye!

Kurt Kuden said...

peluk mimpi2 mu toy =)

mr_jayzack said...

ooo..
dua lagi tu maryamah karpov
and edensor ek...

adakah maryamah karpov itu A.Lin???

Kurt Kuden said...

Bukan bidi.. maryamah bukan A.lin hehe