22 July 2009

1kilo

Dia cuma 1000 gram. Mungkin kalau dibanding dengan sebungkus gula 1kg pun tak tentu dia lebih berat. Lekuk tangan dan kaki jelas terlihat dibaluti kulit kecut merah jambu itu. Alisnya tetap di bawah ubun-ubun dan di bawah kedua-dua alis, terpejam rapat dua mata kecil. Bibir sedikit terbuka terletak molek atas dagu sebesar ibu jari manusia dewasa. Dan di hidung, tersambung tiub yang langsung ke tangki oksigen dengan kadar 2 liter per menit.

Kami tersenyum puas melihat rusuknya naik dan turun walaupun terlihat agak kasar gerakannya. Kadang-kala dalam hitungan 1 minit, rusuknya tak mahu naik tak mahu turun, sehingga kami yang resah. Inilah hal lazim bayi lahir kurang berat dengan umur kehamilan cuma 29 minggu yang masih belum sempurna sistem pernafasannya. Kata buku teks, lendir fisiologi pada rongga paru-paru masih belum semua keluar. Belum sampai masanya untuk keluar. Moga-moga suntikan 0.5mg dexamethasone tadi boleh membantu dia menghirup sepuas-puasnya udara ini.

Jam 9 pagi tadi, iaitu sudah enam jam dari tadi, semua di ruang ini jadi takut. Bayi kecil yang keluar dari rahim ibu muda ini cukup rapuh untuk hidup lagi. Peluang yang ada sangat tipis. Ternyata kami salah, apabila dia berteriak dengan tangisannya. Takut kami hilang, dan perasaanya cukup bahagia sekali.

Kawan duduk di kerusi 5 meter dari peti inkubator miliknya. Sekali-sekala melirik ke arah dadanya. 2 jururawat pelatih yang hari ini hari pertama di sini tercegat di tepi peti dengan stetoskop dan jam tangannya untuk mencatat denyut nadi dan respirasi seperti yang ditugaskan oleh ketua mereka. Setiap satu jam harus diperiksa vital sign.

"Gawat.." terpacul dari bibir salah satu daripada mereka. Temannya berkerut dahi sehingga bertemu kedua alisnya. Pasti ada sesuatu sedang berlaku di sana.

Bayi yang petang tadi menguis-nguis kaki di tilam inkubator sambil menguap malas kini pegun tak bergerak. Kulit merah jambu kepunyaanya sudah luntur hingga pucat seluruh kujur tubuhnya. Dadanya tak kunjung-kunjung naik turun. Bayi tak cukup bulan ini dah tak bernafas lagi!

Suasana tegang mula memenuhi atmosfera ruang kamar bayi di sini. Ketua jururawat bertindak cepat. Beg udara di pam beberapa kali. Bayi masih juga tetap kaku tetapi jantung, berdegup! Ini sudah cukup memberi kami harapan untuk tak berhenti berusaha. Harapan untuk dia tetap bernafas masih ada. Dada langsung di tekan tiga kali di sambut pam udara dan ini berulang-ulang hampir separuh minit. Namun, tak seinci pun bergerak rusuk. Dia masih tak mahu bernafas. Dan saat ini, degup jantung sudah mula melemah perlahan-lahan.

"Epinefrin, bu.." Itulah satu-satunya ubat yang mungkin menyisakan harapan buat dia untuk hidup saat jantung mula melemah. Ketua jururawat itu cuma mampu menggeleng kepala dan mencebik bibir. Hati kawan terpukul bila tahu kalau di sini tak ada satu titis pun epinefrin yang mampu kita cari. Pergilah kamu ke wad bersalin ataupun wad bedah, nescaya sia-sia sahaja usahamu menjejak epinefrin.

Beg udara yang masih dipam menutupi dua pertiga wajahnya itu cuma memperlihat kedua-dua mata kecilnya sahaja. Mungkin kalau dia mampu bertahan dua tiga hari lagi, atau paling tidak sampai esok, mungkin dia masih sempat untuk membuka kelopak mata itu dan melihat alam ini. Sesungguhnya, hidup yang dipinjamkan Tuhan buat beberapa jam tadi, cuma mampu berkongsi gembira lewat tangisannya sahaja.

Beg udara pun dilepas. Dada tidak ditekan lagi. Stetoskop kawan dekatkan di dadanya. Jantung mula perlahan lagi. Satu.. satu.. yang terdengar. Sehingga sayup-sayup dihujung telinga dan tak berdegup lagi.

6 comments:

dzul said...

sekejap benar dia merasai alam dunia..dah berpindah ke alam baru..al fatihah..

ZieSakura said...

sedihnya kuden...

zie penoh tengok doktor kat spital teranung nangis sbb org yg die nk selamat tu passed away...

innalillah...

sgt sedeh dan sayu..:(

Jojo said...

tabah kan hati....dan cekal
teruskan usaha....

seru dia dah sampai.... yang tinggal teruskan usaha...

selalu ingat dulu dr masa kecil2 selalu cakap.. "dr pun manusia biasa dan hanya boleh usaha.. namun ada yang MAHA kuasa menentukan segalanya..."

Anonymous said...

sgt sedey entry ini...
keadaan camnih akan slalu jmp tyme koas...gerun2

NKxvii said...

cite la psl baby satu lagi tu

Kurt Kuden said...

ohh tat 800g baby.. hmm tu aa.. nk gk tulis.. nnt kot