18 July 2009

Oh Akak

(dialog di bawah berlaku dalam bahasa Indonesia tetapi kawan dub dalam BM)

"Aku tak paham" rungut akak jururawat yang tergolong dalam kategori wanita usia pertengahan itu.

"Apa yang tak pahamnya kak?" kawan balas sambil menulis status perkembangan pada fail-fail pesakit yang bertumpuk-tumpuk di atas meja ketua jururawat.

"Aku tak paham dengan kawan ko tu. Dia kata dia orang Malaysia, tetapi dia cakap dia India. Pening akak dik, yang mana satu betul ni? Sampai jerawat-jerawat muka akak pikir statement kawan ko tu" Rupa-rupanya masalah Dinakren masih juga belum kunjung selesai. Ternyata, kenyataan Dinakren menambah lagi kemelut permasalahan yang bersarang di fikiran para jururawat di sana.

"Begini kak, Dinakren itu keturunan India, tetapi warganegara dia tetap Malaysia. Akak baca sajalah sejarah Malaysia zaman dulu-dulu" jelas kawan dengan penuh diplomasi.

"Sekejap! Ko ni orang mana? Lain benor akak dengar dialek ko" berkerut-kerut dahi akak membentuk simbol tanda tanya di atasnya.

"Saya pun orang Malaysia jugak lah kak, sama seperti Dinakren" Akak jururawat kaget mendengar jawapan kawan. Rupa-rupanya wajah kawan acuan yang mongoloid ini benar-benar memperdaya telahan akak itu bahawa kawan tulin dari pulau Jawa. Kelihatannya kecewa sungguh akak itu.

"Eh betul ke dik, orang Malaysia ini keras-keras? Suka buat kekerasan? Suka menyiksa pembantu-pembantu rumah dari Indonesia? Sultan-sultan dia suka perkosa rakyat?"

Kawan tak tercengang dengan pentanyaan akak itu. Sebagai anak Malaysia, berasap-asap telinga kawan mendengar, tetapi kawan telan sahaja bulat-bulat sambil menjawab,

"Ye ke kak? Aman-aman je saya kat sana, tak pernah kena terajang suka-suka hati"

Tak ingin kawan jawab panjang lebar. Akak itu pun tak lagi bertanya.

Tetapi, jangan salah faham. Bukan kawan tak ingin membela nama nusa, bangsa dan negara. Cuma, kawan terfikir, buat apa kawan gigih-gigih menjelaskan pada mereka tentang hal yang sangat subjektif, hal yang tak zahir di mata, hal yang perlu penilaian dari segala macam penjuru untuk diperkata iaitu peribadi kita rakyat Malaysia, kalaulah perkara yang jelas, fizik dan objektif seperti masyarakat berbilang bangsa yang berjuta-juta di negara kita pun mereka tak dapat nak lihat.

notakaki::ini kisah sebilangan sahaja, bukan generalisasi.

4 comments:

jojo said...

i have been in ur shoes.... semua kena telan ; pahit dan manisnya...

i tolong cheering u dari jauh... :-)

Unknown said...

betul tuh..
kdang2 nk salahkan dorang dok pk camtu pun x leh gak..
cuma kalo bleh..tanak ar sebab satu individu yg wat salah..satu negara turut kn tempias...x semua mcm tu kan :)

Kurt Kuden said...

jojo, yeahh... tetap bagi smangat yeahhh !

chii, betul tu!! tak paham knape nak label2 mcm tu kan..

Luna said...

yup, agree
generalisasi cuma dilakukan oleh orang MALAS
huhu, kenapa mereka gak mau mengerti
gak mau coba mengenal..