07 September 2009

Bulan laksana seribu bulan

Kalau kawan di Binjai Rendah, bangun sahur adalah perkara yang luar biasa susah. Sahur cuma 10 hari pertama puasa atau paling lama 15-16 hari pertama. Orang lain 10 hari terakhir berlumba-lumba bangun malam buat ibadat, tetapi kawan, tak ada siapa-siapa yang boleh memperkotak-katikkan tidur kawan. Dan suara Baba, sambil ketuk pintu bilik macam nak roboh satu rumah adalah suara yang paling kawan tak suka. Kalau pun berjaya buat kawan duduk depan meja makan pukul 4 pagi buta, jangan harap kawan nak pandang makanan-makanan itu sebelah mata, dua-dua mata pun kawan tak pandang sebab kawan dah tertidur tepi pinggan. Masak lah apa jua jenis hidangan untuk kawan pun, nescaya di tekak kawan ni tetap sama sahaja rasanya, pahit tak ada rasa.

Tetapi pagi ini dah 4 tahun kawan puasa di Jogja. Lebih banyak pagi kawan bangun sahur dari tak terbangun sampai besok pagi. Bunyi alarm handphone bukan main senang nak buat kawan buka mata. Dan makanan sahur, air putih dengan roti kering pun dah cukup lazat buat makan pagi-pagi buta.

Kawan pun tak tahu kenapa prestasi sahur kawan agak cemerlang kalau dibanding kawan di Binjai Rendah. Adakah kawan tahu yang kawan memerlukan lebih banyak kalori untuk dibakar esok hari atau mungkinkah kawan sendiri tak sedar kalau kawan sebenarnya sekadar rindu masakan sahur Ma yang rasa tetap sama di tekak kawan atau bunyi suara Baba dan ketukan pintu tanpa bayangnya di dua pertiga malam membangunkan kawan. Hati kawan berat ke kemungkinan kedua.

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa!
Tiada bulan seindah Ramadhan

3 comments:

jojo said...

syahdunya.... balik raya kang lepas hari raya ke dua.. pakat2 la terus puasa sunat siap dgn sahur sekali.... :-) ulang tayang khas...

fadz said...

salam, takde masalah ke korang kat sana? org indon dah mula nak mengamuk "sapu malaysia" apahal mengada2 sangat? Korang selamat lagi ke? aku dgr kat sini satu umah pelajar kat yogya dha kena serang.

Kurt Kuden said...

fadz, hehe... ktorg selamat lagi. dah cool down da mende ni minggu ni.. dorg letih kot sbb asik fitnah kite mcm2 tapi tak dpt nk prove ape2 ahah.. haah umah kwn aku la tu yg kene baling batu. smpai pecah tingkap n lampu motor hehe