21 April 2006

Merapi Jangan Menangis Lagi...

Menyorot dari entry Totin yang lalu, kawan pun nak story lah jugak pasal volcano ni. Tapi bukanlah pasal Gunung Merapi, Indonesia yang dekat Indon ni, hari-hari duk melaporkan berita pasal volcano yang sedang menunggu masa untuk.. ke BAA BOOOMMMMMMM!! Arghh!!!! Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!

Hehe.. Over acting lah pulak. Cepuk kang! Takde lah, kawan pun tak dapat bayang kan kalau ia benar-benar berlaku. Uh, kalau berlaku, adakah ia seperti dalam muvi Volcano (1997)? Seluruh bandar bermandikan dengan larva lepas tu muncul Tommy Lee Jones datang selamatkan seluruh Jogjakarta? Kawan lah Tommy Lee Jones tu. Dushum!!*Tumbuk diri sendiri* Tak sempat kawan nak habiskan berkhayal. Kawan bukan nak mencabar kewibawaan Gunung Merapi, cuma kawan nak menenangkan perasaan waspada kawan dengan bakal letusan Merapi ni. Kawan cuak terlampau sangat takut meletup cam Krakatoa. Hancus lebus seluruh alam. Efek dia memang serius teruk gila. Nauzubillahiminzalik..

Kawan ni dah out of track ni. Dah start merapu-rapu benda bukan-bukan. Kawan senanya nak paparkan apa kesan setelah gunung berapi meletus? Anda tahu? Kalau anda tidak tahu, sila baca lagi sampai habis. Monggo.. monggo.. *Bahasa Jawa yang bermaksud "Sila.. Sila.."*

Image hosting by Photobucket

Faham tak gambar tu? Kalau tak faham, meh kawan nak story secara kasarnya. Bila encik volcano tu meletus, dia juga akan mengeluarkan gas-gas beracun dan dedebu yang tidak best kepada manusia. Dan, pada masa yang sama hujan asid dan dedebu juga turut membasahi bumi. Selain itu, debu-debu dan gas-gas ni juga akan meliputi permukaan bumi seolah-olah jerebu. Tahu apa itu jerebu? Tak tahu pun, buat-buat tahu je lah ye. Kawan malas nak taip apa itu jerebu.

Volcano ni sejenis je kan?

Tahukah anda sebonanyo ado pelbagai jenis gunung berapi? Tidak semua gunung berapi dekat dunia ni, gunung berapi yang sama. Jenis dan perbezaan gunung berapi ni tergantung kepada jenis lavanya. So, nak tahu apa jenis-jenisnya, lets check it out!!

-Volcano lava asid
-Volcano lava bes
-Volcano komposit
-Volcano abu dan sinder

Ha, apa lagi? Kalau korang ada gunung berapi belakang rumah korang, baik korang kenal pasti gunung berapi jenis apakah yang korang miliki.

Image hosting by Photobucket
Pemandangan Indah Merapi Sebelum Ia Bakal MENGGANASSS macam Amerika!

Adakah Malaysia ada Gunung Berapi?



Ada yang tertanya-tanya adakah Malaysia mempunyai volcano? Ada yang jawab ada.. ada yang jawab tak ada. Tapi, ada yang mengelat dengan menjawab tak tahu. Hmm.. Mari sini kawan nak explain.

Bagi penduduk Malaysia, kita sepatutnya beruntung disebabkan kita berada jauh daripada kawasan gunung berapi. Malaysia tidak terdedah kepada ancaman bencana alam gunung berapi. Tidak macam negara Indonesia yang mempunyai beberapa gunung berapi yang aktif. Gunung berapi terdapat di seluruh dunia, tetapi lokasi gunung berapi yang paling dikenali adalah gunung berapi yang berada di sepanjang lingkaran Cincin Api Pasifik. "Pacific Ring of Fire". Lingkaran Cincin Api Pasifik merupakan sempadan pertembungan antara dua plak tetonik.

Lingkaran Cincin Api Pasifik terletak sepanjang pantai barat Tengah dan Selatan Amerika, Jepun, dan Filipina merentasi New Zealand, ke lautan Atlantik. Gunung berapi juga wujud di tengah laut sepanjang rabung laut. Rabung Tengah Atlantik merupakan contoh gunung berapi dasar laut. Apabila gunung berapi dasar laut ini meletus, lava mengalir keluar dan membentuk dasar lautan. Gunung berapi juga boleh terbentuk selain dari di kawasan sempadan plat tetonik, sebagai contohnya gunung berapi Hawai.

Amacam? Mengantuk baca mende ni? Hehehe.. Kawan pun mengantuk senanya bila baca mende ni.. So, konklusinya, korang tak payahlah nak abihkan tenaga nak perasan yang bukit belakang rumah korang tu, adalah salah satu gunung berapi aktif di dunia. Sebelum korang terima malu lepas menjaja cerita untuk berbangga yang korang tinggal di kaki gunung berapi, baik korang hentikan segera! Setakat duduk Bukit Bintang, jangan haraplah nak ada gunung berapi.

Berfaedah ke Volcano?

Korang ingat volcano tu kasi keburukan je ke? Sebenarnya, salah. Sebab, Allah itu Maha Adil. Dia tidak akan jadikan ciptaan-Nya itu sia-sia. Volcano yang dasyat tu pun memberi manfaat kepada alam sejagat. Antara manfaat yang mampu kita nikmati ialah :-

1. Tanih yang terbentuk daripada letusan volcano lava bes kaya dengan pelbagai mineral. Tanih gunung berapi ini sangat sesuai untuk bercucuk tanam. Macam-macam korang boleh tanam. Padi lah.. kapas lah.. nanas lah.. Kalau korang tak tanam apa-apa, banyak jugak tumbuhan lain yang tumbuh secara semula jadi, antaranya lalang. Hehehe..

2. Mata air panas dan geiser gunung berapi boleh digunakan untuk menghasilkan tenaga geotermal. Paip akan ditanam jauh ke dalam tanah untuk memanaskan air untuk menghasilkan wap bagi menjalankan turbine dan seterusnya menghasilkan kuala eletrik.

3. Ni ada berita best buat mereka yang ada ketuat, kudis buta, panau, kurap dan adik-beradiknya. Mata air panas juga dipercayai boleh mengubati penyakit kulit. Lepas ni korang tak perlu lagi garu-garu kurap di celah-celah ketiak dan di celah-celah yang lain kalau korang dah jumpa mata air panas ni. Tapi, janganlah pulak masak air sendiri dekat dapur sebab nak ubat sakit kulit. Tak pasal-pasal bukan sahaja kurap yang ilang, malah isi, daging semua ilang sebab melecur.

4. Aktiviti gunung berapi membentuk genahaqr (kawah gunung berapi) yang amat besar. Genahar ini akan mewujudkan tasik-tasik yang besar dan luas. Contohnya Danau Toba di Sumatera dan Tasik Crater di Amerika Syarikat. Tasik genahar ini menjadi daya tarikan berbulan madu dan dating serta maksiat-maksiat yang lain. Astaghfirullahalazimmmmmmmmmm...

5. Gunung berapi bawah laut dan di pinggir laut juga mampu membentuk tanah baru hasil magma yang keluar dari perut bumi dan masuk kelaut. Sebagai contoh, kepulauan Hawai terbentuk daripada aktiviti gunung berapi yang terletak di Rabung Tengah Atlantik. Gunung berapi ini mengeluarkan magma, dengan itu membentuk kepulauan yang boleh didiami oleh manusia.


Image hosting by Photobucket
Lepas letupan gunung berapi nanti, mungkin periuk kera ini akan musnah. Kesian kera-kera sebab dah tak leh tanak nasi..

Nak buat apa kalau berlaku gempa bumi?

Korang jangan bimbang. Setiap kali ada gempa bumi, akan ada satu sistem yang dikenal pasti sebagai sistem amaran awal. Apabila siren dibunyikan, semua penduduk yang terlibat MESTI berpindah keluar bandar sekiranya disuruh. Dan jangalah pulak ambik kesempatan untuk amik gambar detik-detik bersejarah itu. Konon-konon nak jual kat stesen tv pastu dapat duit. Nanti tak pasal-pasal korang jadi macam ayam Kenny Rogers sebab kena bakar di lava yang menggelegak panas(dengar tu Totin...), dan juga jangan pandai-pandai nak ambik gayung dalam toilet pastu nak ceduk lava, konon nak buat souvenir kat kat orang kampung. Jangan mimpi lah korang, nanti ade yang ilang tangan sebab dah lebur lam lava tu.(dengar tu Nash..) Oh ya, data-data penting jangan lupa di bawak bersama mane tahu tengah-tengah berkumpul, kalau data pengenalan diri anda tak de, mesti dorang pikir korang pendatang haram. Lampu picit, ubat-ubatan perlu, peta *takut sesatt* juga haruslah bersedia dari awal. Setakat gambar awek, berus gigi, jam dinding, bantal busuk tak payahlah ambik. Buang karan je.. Dan, yang palin UTAMA, korang jangan lah PANIC! Nanti, orang sibuk lari pergi ke tempat selamat, korang pergi lari masuk lam kawah gunung berapi tu. Huh! Sape nak jawab?

Ok lah.. Kawan dah capek menaip. Dah tak tahu apa lagi nak goreng. So, kepada orang-orang di Malaysia yang jauh di mata dekat di hati, janganlah khuatir keadaan kami di sini. Insya Allah, segalanya akan selamat dan kita sama-sama doakan. Kepada yang tercinta, Gunung Merapi, usahlah menangis lagi...

Wehh!! Nak balik woit!!


Image hosting by Photobucket
ini pun salah satu gunung berapi, tapi ia hanya akan meletup hanya kalau di picit.. pakai jari pun bolehhh... AAarghhh!! Sakit shial!!

11 comments:

Anonymous said...

clap for kuden...hehe..bagus2..entry yg sgt berguna untuk masa depan rakyat2 indonesia dan juga rakyat malaysia yg ade di indonesia..wehh,balik ar mesia..

Totin Jamain said...

gunung berapi dekat pipi tuh bukan aku!!
BUKAN!! BUKANNN!!
tudung pink tak semestinye akueee!!!
ko ni kuden..
tudung pink bole mngelirukan orang tau!!

kuden.. lagi 10 hari siren letupan nak berbunyi..
aku dah siapkan suma barang dalam beg sorong2 ni
senang nak larikan diri bawak beg sorong2 nanti
ekke..

Nashrex said...

WAKAKAKKAKAKAH.!!!

disebalik ilmu yg ko curahkan, tapi terselit ayat2 lawak yg mengelikan bulu2 ketiak ku..


aduh.. sakit perot tahan gelak.. tapi besh ar entry ni!!

Anonymous said...

mael, nak balik msia camne? takkan bile gunung brapi dah meletup, baru nak balik.. Kapal terbang pun taktau nak landing kat mane nanti. Btw, tq mael!

totin, orang makan cili dia lah trase pedasnya.. hehehe..

nash, mekasih nash.. Idung aku pun dah nak meletup cam gunung berapi ni.. sebab kembang bangga..

Totin Jamain said...

BUKAN HAKUUUUU
HUaaaa.. ko telah memperkosa
keaslian akuu...
ngk..
anep mesti pk aku ni
Hwaaa...

Nashrex said...

kuden x de sebok2 cakap pun tu jerawat ngko.. wahahahhaha.. kantoi...

Sir Mute Key Chicks said...

erk..naper tak gunakan fair n lovely itu?

Anonymous said...

jerawat sape tuh hehe.

Anonymous said...

totin, terima lah hakikat...

nash, Jerawat Aku? Aku dh lame berenti dari arena berjerawat la nash.. tinggal kawah je..

semut, fair n lovely tu nak putih kulit kan? Nanti jerawat bukan ilang, tapi jadi putih je.. Hehehe

op, tah.. ade org tu trase tu jerawat die.. ade laa orang tu.. org tu la...

dCchEe said...

lor, yg last tuh pic gunung berapi kat tucung pink ke? lama gile aku fk, lemah gile propioception aku camnih.

da terpk mende len da *sekeh kepala sendirik*

Anonymous said...

Lor.. Mende aa mung ni Docchee..
Slow aa..
Dakpe, take time k

Propioception tu nate gappo?
Canggih sgt language mung ni..
Hehe