Kawan kan ada cakap dalam post yang terdahulu, bertajuk Lebaran Kawan Kali Ini Di Jakarta, ada benda yang mengejutkan masa kawan gi Pantai Festival, Ancol, Jakarta tu kan. Ni kawan nak story la ni. Waaaaaaaaa.... Saspen saspen
Sebelum kawan di salah ertikan oleh mana-mana pihak bertanggungjawab, apa yang kawan nak ceghita ni bukanlah nak membuka aib mana-mana pihak atau nak memprovok mereka. Jadi, andai kata ada tak puas hati, di kesempatan bulan Syawal yang mulia ni kawan mohon ampun beribu-ribu ampun. Paparan kawan kali ni cuma sekadar cebisan realiti masyarakat yang sempat kawan lihat di Indonesia dan mungkin juga wujud di negara kita.
Saspen kan muqoddimah kawan? Lepas ni lagi saspen. Hehe.. *bajet edisi siasat aa ni*
Haaaa.. Sebelum kawan story lebih lanjut, jom kita saksikan gambar-gambar di bawah.
Roll VT!!!
"dah sebulan akak tahan nak gelek.. dah tak sabar nih nak gerudi nihh.."
"saya pun dah sebulan kak tak tengok orang gerudi ni.. cepat lah kak!!" kata mamat yang angkat tangan tu.
"kejap.. kejap.. sebelum tu akak nak pakai deodorant lu kejap.. u olls gelek lu"
"@#$@%^&*& "(harap maaf:ayat untuk aksi ni telah ditapis)
Iya. Gambar-gambar tu adalah gambar dari sedutan beberapa minit konsert dangdut sempena 1 Syawal. Kalau kita selama ini, di kaca tivi, kita sering dihidangkan dengan persembahan gelek dan dangdut yang kononnya sudah cukup porno oleh artis-artis dangdut tempatan, tetapi sebenarnya, persembahan live yang off the record yang bersempena 1 Syawal ni jauh lagi 'hebat' sebenarnya dari apa yang kita saksikan. Lentuk pinggul dan liuk tubuh badan yang sangat 'panas' melengkapkan lagi konsert 'kesyukuran' ini. Layannnnnnnnn
Ecop.. cop.. cop... Jangan lupa fokus pada brader-brader yang main alat-alat muzik tu.. Haaaa.. Siap berkopiah berketayap lagi tu. Skali kuar penyanyi, nah kau! Terus Ancol tu transform jadik Las Vegas katenya. Layannnnnnnnnnnn
Terpana, terkesima, terpukau, terkejut, terlopong semua kawan buat. Kawan mana lah pernah nonton konsert dangdut sebelum ni. Kalau dari segi showmanship, kawan rasa penyanyi-penyanyi dangdut ni sangat mantap. Kalau ada gred, kawan nak kasi A. Haha! Kalau ada kategori persembahan terbaik, kawan rasa mesti menang. Mau tak menang, penonton dorang pun dah macam kena rasuk. Semua bergelek, berpeluk, bergesel-gesel tak ingat punya. Gelek pun bukan setakat gerudi, tetapi gergaji, paku, tukul, bulldozer semua masuk. Mengerikan. Layannnnnnnnnnnn
layannnnnnnn
Kawan bukan anti-hiburan. Kawan pun sebenarnya suka berhibur. Suka dengar lagu, tengok live band, tengok movie, tapi kawan rasa konsert ni tak kena aa masa 1 Syawal dan tujuan dia untuk merayakan 1 Syawal. Tah.. Kawan rasa tak kena. Tak tau nak cakap apa. Pokoknya tak kenalah.. Hehe.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
notakaki::Layannnnnnnnnn
10 comments:
pergh.. gi ancol tgk bodi mantap..
cis~!
isk.. hahah!! ko ni mental aa nash..
hehe.. rejeki syawal..
hidangan kuden di pagi syawal..
totin, haha!! burpp.. kenyangg
hehe.. bersyukur benar sehh..
adeih..x paham tul..yg laki dok berkopiah..yg pompuan gelek sakan..
penonton nye plak..lalala
mushluv, hehe.. alhamdulillahh..
chii, kuden lagi takpaham chii.. haha!
video ada? hahahhaha
dugong, ade ade.. tapi tak de mase nak upload aa.. haha
Memilukan dan memalukan ...
Post a Comment