09 October 2006

Malaysia Boleh!

Burppp!! Alhamdulillah perut kenyangggggggggg. Konsep bukak pose hari ni sangat memuaskan hati kawan sebabnya FREE. Tadik ada majlis khatam alquran sempena Nuzul Alquran pada hari lusa. Seperti almaklum, hadirin hadirat majlis-majlis kali ni memang lebih sedikit berbanding jumlah makanan yang tersedia. Maka konsep makan FREE kali ni sangat menepati kuota-kuota yang telah kawan tetapkan. Kawan telah membalun tadik katanya. Siap tapau nasi bungkus nak buat sahur. Jimat pitis kawan yang sebnarnya dalam wallet kawan memang takde pitis pun. Kawan suka! Kawan suka! Ni yang membuatkan kawan nak daftar jadik rakan masjid ni. *insaffgghh..*

Tu cite tadik, tapi kawan nak story cite past tense kali nih. Haha! Gile punye kemaruk kawan hapdet blog skang, nulis macam ko dapat gaji ujung bulan. Kawan punya report pun tak seaktif blog kawan pola perkembangan dia. Kesannya, matilah kawan mencanak-canak teguk neskepi konon nak stay up lepas sahur. Grammar english ko dah berterabur ke mana-mana dah waktu tu. Past tense present tense adjective suma dah bercampur baur jadi bahasa kawan reka sendiri. Lantak ko lah report, reka pun reka aa yang penting siap! Bila result exam kuar mula a ngutuk-ngutuk lecturer kasi markah tak fair, racist, menganak-tirikan, dan macam-macam lagi segala kata fitnah kawan sembur. *insaaaafffgghh..*

Enough sesi lepas geram. Haaaaaa.... cite past tense yang kawan semangat nak cite ialah pasal kejayaan dua anak Malaysia mengukir sejarah dengan menjadi rakyat Malaysia pertama yang mengadakan persembahan solo secara terbuka di Plaza Ambarukmor, Jogjakarta Indonesia. Muahaha! Gila a kawan punya statement pengenalan, ala-ala budak dua orang tu perform dekat Royal Albert Hall London saje. Kuikui! Pedulik hape kawan, yang penting kawan tabik pakai dua-dua belah tangan ngan kaki kawan dekat dorang nih. Bukan senang ko nak dapat special offer dari Mall terbesar di Jogjakarta ni perform secara terbuka depan seluruh mamat-mamat dan minah-minah Jawa kat sini. Tak dapat Royal Albert Hall pun, dapat Ambarukmor Plaza pun jadik aa.. Yang penting (sila amik perhatiann), kalau Siti nak gi perform dekat Royal Albert Hall terpaksa belanja beribu-ribu ringgit demi merealisasikan segala harapan dan aspirasi rakyat dan negara supaya dunia dapat menyaksikan persembahan penyanyi terulung negara itu. Sedangkan, mereka berdua ni cuma bawak body sajekk pegi Mall.. On kan CD lagu, pastu goyang depan orang ramai. Peluh-peluh ko goyang, duit beratus-ratus ribu masuk poket ko. Fuh! Kawan ulang.. beratus-ratus ribu! Terus Ka-Cing bebola mata kawan dengar harga bayaran tu. Tu tak masuk sponsor baju, make-up, gelang-gelang, dan benda-benda lain. Haha! Amacam? Terang tang tang tang, teman kawan tadik lagik beruntung kan.. padahal dua-dua tempat pun oversea. Hellooo!! Indonesia pun oversea k, layak untuk masuk salam perantauan lam surat khabar!! Her.. her.. her.. Cumaaaaa.. tahap prestij Ambarukmor Plaza ni sulit siket kalau ko nak bandingkan dengan Royal Albert Hall London tu.. Kekelasan dua tempat ni sangat-sangatlah bagai langit dan bumi. Dah tentu Royal Albert Hall tu langit, Ambarukmor Plaza ni bumi. Kalau Ambarukmor ni nak banding ngan Dewan Filharmonik Petronas pun belum tentu lagi tercapai. Kalau nak dimorfologikan kedudukan Amabarukmor ni, kirenya kalau kat Malaysia ni macam Mid Valley Megamall la.. Weyyy, orait ape Mid Valley? Besaaaaarr tuuu....

Kawan rasa enough aa kawan merapu nak banding persembahan Siti di Royal Albert Hall London (kawan penat aa taip name tempat ni..panjang sangat..) dan persembahan teman kawan dekat Ambarukmor Plaza ni. Siti kawen dapat kek 12 ribu, ko kawen dapat aising kek pun tak sampai seribuuuuu.. Yang penting, kawan nak highlight kat sini, betapa bangganya kawan jadik student Malaysia kat Jogjakarta, Indonesia sebab dua teman kawan Payyal dan Kishore telah dijemput dengan rasminya untuk mengadakan persembahan tarian solo India bersempena Bulan Bollywood di Centro, Ambarukmor Plaza. Payyal perform setiap Sabtu selama 3 minggu berturut-turut dan Kishore tak silap kawan 2 minggu sahaja. Mungkin Kishore masih ada menemani Payyal agaknya next week. Jadi pada sape-sape teruja nak tengok persembahan mereka berdua ni, apo laeii bukak aa website Air Asia pastu beli tiket KLIA-Solo. Jangan cari KLIA-Jogja sebab Air Asia setakat ni tak mendarat lagi kat airport Jogja ni. Pesawat Air Asia besar sangat agaknya sampai landasan Jogja tak muat nak kasi pesawat Air Asia landing. *Matilahh.. bulan-bulan pose almubarok, ko datang Indon semate-mate nak nengok orang nari..*. Petang tu, dari sokongan moral dan sorakan padu, kawan rasa mereka berdua ni belum jadi penari profesional pun dah ada orang tepuk tangan dan sorak pewwitt-pewwit. Tapi bila kawan tengok kiri kanan sumber-sumber bunyi sorak-sorak, rupe-rupenya 90% budak Malaysia. Nasib baik ko blaja kat Indon, muka pun lebih kurang sama. Kalau ko belajar kat London, sah-sah orang tau ko upah pasukan sorak dari tempat ko. Tapi, kawan tak heran pun, malah kawan respek dengan semangat Malaysian kat sini, sebab sudi mencuri masa dan tenaga untuk memberi sokongan kepada mereka berdua ni. Kawan respek. Kawan tak reti nak describe bab-bab tarian ni walaupun kawan kemaruk tengok cite hindi. Maka, ape kate korang usha sedikit poto-poto sekitar events semalam termasuk sesi penari nak bergambar bersama peminat (muahaha! gile kekwat punye ayat kawan!! haha!) dan juga aktibiti melantak berbukak pose dengan konsep eco-no-money. *nangis*

Photobucket - Video and Image Hosting
Ini namenye step "Jemput.. sila dudukk"

Photobucket - Video and Image Hosting
Ini plak namenye step melenggang perut sambil tidur. Tapi kalau ko praktis 3 kali sehari selama 20 minit satu latihan, mungkin korang leh panjangkan tangan korang jadi lebih panjang dan tak proporsional ngan kaki korang.

Photobucket - Video and Image Hosting
Jepret!!

Photobucket - Video and Image Hosting
Baru kawan sedar diri tengok gambar ni.. Kerdilnyo kawan kalau nak banding ngan Kishore yang kawan rasa ko masuk kategori gigantism. Seb baik kawan menang ngan Kepam. Haha! Ampunkan aku kepam sebab aku post gambo ni sebab muke aku ready lam gambo yang muke ko tak ready aje. Bila muke ko ready, muke aku lak tak ready. Naseb ko lah Kepam. Muaha!

Photobucket - Video and Image Hosting
Tadaaa!!! Kuewtiow Singapore dan Lemonade sebelum dibedal

Photobucket - Video and Image Hosting
Tadaaaaa!!! Mangsa keganasan rumahtangga... *sambil menggosok perut*

notakaki::tahniah tuk Kishore dan Payal. Korang berdua sangat best. Kawan kagum dan terkesima. Kalau ada watak kosong cam nak jadi pokok ke.. jadi gunung ke.. jangan lupe ajak kawan, kalau upah beratus-ratus ribu, jadi sawah padi pun kawan sanggup.

2 comments:

Anonymous said...

mana hebat ngan gelek inul.hakahkahakhs..

ops..sape yerk abg baju putih tu..kem salam...kikikik..kecik tp melantak x hengat..adeih

Kurt Kuden said...

gelek payal pun leh tahan gak gerudi die..
heheh

kem salam kat baju putih? Hehe.. Waalaikum Salammmm.. Melantak tak ingat dunia sebab nak membesarrr la.. Haha!