10 May 2007

BKS5::Buat Yang Melahirkan



Kawan memilih beberapa alasan yang layak untuk dikenang dari sederet tak terhitung tanda cinta yang pernah Ma kongsi bersama kawan. Zahirnya, kawan melihat koleksi kasih dan sayang Ma dalam tempoh cuma hampir 22 tahun tapi kawan percaya dengan yakin, itu tempoh paling sedikit yang mungkin.

Maka, tersebutlah 5 alasan, yang kawan sendiri termenung dengan penuh ralat tentang cara kawan sendiri memilihnya kerana tiada satu pun yang berbelah bahagi sifatnya.

I
Mungkin memang sudah tertulis kalau anak bongsu itu dekat dengan ibunya. Apatah lagi kalau laki-laki. Kawan terharu bila memikirkan hampir tak ada yang Ma pernah hampakan kawan tiap kali mulut meminta sesuatu. Itu janji Ma. Janji di mana ma akan pastikan anaknya tak akan kelihatan berbeza susah daripada teman-teman sebayanya, tapi tak sekali-kali dengan mendidik kawan untuk lupa diri. Kawan tak tahu bagaimana caranya, tapi yang pasti, itu yang kawan jalani sekarang. Sifat Ma yang berfikir-terus tetapi tak pernah tanpa praktikal, memberi kawan peluang untuk menikmati pengalaman membesar seperti mereka membesar di zaman kawan.

II
Datangkan seratus kegembiraan buat kawan di depan mata Ma, tapi cuma satu yang Ma dahulukan untuk kawan iaitu ilmu dan pelajaran. Ma tahu di mana minat kawan, tapi Ma tak pernah meletakkan minat kawan yang lain setapak di hadapan daripada ilmu pengetahuan. Hal dalam hidup yang utama bagi Ma adalah menuntut ilmu. Menuntutlah setinggi yang mampu. Ma tak pernah mengukur setinggi mana dia mampu untuk menyara kawan, kerana baginya selagi denyut jantungnya terus berdetak, selagi itulah dia akan mampu untuk menyekolahkan kawan. Dan kawan pasti, itulah harta yang paling bernilai yang Ma akan tinggalkan buat kawan.

III
Jangan sekali-kali bayangkan Ma mendidik anak dengan cara yang penuh dengan lembut. Itu tak pernah ada dalam kamus mendidik Ma. Kawan tak pernah kesalkan, malah kawan berhutang dengan ketegasan Ma. Namun, kawan seperti manusia biasa dan tak pernah lari dari jiwa remaja yang penuh rasa tak puas hati. Kawan sering terlanjur laku dan bicara. Dan sesering itu jugalah kawan terpaksa berhadapan dengan 'nasihat' Ma yang penuh berbaur tegas dan keras. Tapi sekarang kawan puas. Puas sebab kawan akhirnya tahu apa yang harus dan apa yang jangan dalam ber-peraturan hidup.

IV
Hal yang masih jauh tapi itulah hakikat yang Ma beri pada kawan - menjadi anak soleh. Setidaknya kawan berusaha untuk ke arah itu walau kawan tahu masih banyak lubangnya di sana sini. Sekarang itu tanggungjawab kawan dan yang penting, itu salah satu nikmat dan rahmat daripada Tuhan yang telah ditiupkan melalui Ma kepada kawan. Kawan bersyukur untuk memiliki Ma yang tak akan pernah berhenti nasihat kawan tentang agama tanpa sebarang predikat 'ustazah' di belakangnya. Sesungguhnya, Ma lebih daripada itu bagi kawan. Mungkin ini pelajaran yang kawan bertemu di bilik darjah, tapi sebetulnya kawan terpaksa mengaku tak ada yang sebagus Ma mengajar kawan untuk hidup sebagai seorang Islam. Kawan sedar dan kawan pasti untuk belum layak dikalungkan 'soleh' tapi setidaknya kawan ingin jauh lari dari menjadi orang yang derhaka.

V
Hati mentah kawan selalu memberontak. Memberontak dengan Ma dan kerjanya yang dulu kawan selalu benci. Ma dan Baba kawan orang berniaga. Mereka berniaga produk jualan langsung, satu sistem perniagaan yang menuntut pengorbanan waktu dan tenaga semaksimun lebih daripada yang anda mampu. Kawan cemburu pada waktu yang kawan ada dengan Ma. Kawan juga iri dengan erti hujung minggu yang kawan nikmati bukan dengan Ma. Kawan selalu berharap orang tua kawan kerjanya di pejabat, agar mereka berkemampuan untuk makan malam bersama kawan atau paling tidak, berhujung minggu bersama. Kawan tahu itu harapan paling mustahil. Ma bercuti dalam setahun, cuma pada hari raya atau hari Ma demam, itupun tak pernah membosankan Ma untuk keluar berniaga.

....................................

Kawan tak akan pernah lupa, waktu kawan dengan teruk dimarah Baba apabila kawan berkata dengan lantang berharap Ma untuk sakit, supaya Ma selalu di rumah. Kawan terdiam untuk satu hari.

Itu cerita lama, cerita yang kawan tak mungkin lupa. Kawan tahu betapa kawan dulu buta dengan keringat Ma yang tertitik semata-mata untuk kawan berada di tempat sekarang. Dan, tak pernah ada satu pun dalam helai nafas Ma disiakan dengan tanpa mencari sesuap nasi untuk kawan. Ma tak pernah bersoal dengan kawan tentang apa yang dia korbankan demi kawan sedangkan kawan tak putus-putus untuk berkira hal itu dan hal ini, tanpa sudah. Kawan degil untuk mengaku tak ada siapa-siapa yang mencintai kawan lebih daripada Ma cintakan kawan. Padahal itu hakikatnya. Kawan tak ingin lupakan semua itu, tapi kawan memohon pada Tuhan agar dipadamkan memori betapa kawan angkuh untuk sentiasa menyalahkan Ma.

5 daripada sejumlah alasan yang tak mampu untuk kawan hisabkan. Seperti yang kawan katakan, itu antara koleksi hampir 22 tahun-saat roh dan jasad kawan bercantum sehingga saat kawan menulis ini- padahal kawan terpaksa setuju kasih Ma, seperti bonda-bonda yang lain, tak pernah berkenalan dengan kata noktah. Teduh kasih dan restu Ma bak air yang tumpah ke tapak tangan kawan, penghujungnya sampai ke akhirat. Sebuah cinta agung yang dikurniakan oleh Yang Maha Agung.

Apa yang kawan harapkan buat Ma - agar setiap hari Ma dikhabarkan berita-berita gembira oleh Tuhan. Tersenyum dan melupakan hari-hari mudanya yang penuh dengan penat lelah demi kegembiraan kawan hingga ke hari ini.

Selamat Hari Ibu dari anakanda

11 comments:

Anonymous said...

seorg ibu xkan mengghampakan permintaan anaknya walaupun pd awalnya dia terpaksa bersusah sedikit demi kegembiraan anaknya..

selamat hari ibu chii ucapkan buat semua ibu, termasuk mak chii, ma kuden, kak jie dan para ibu2 di seluruh dunia...jasanya x terhitung di bayar..hanya Allah shj yg mampu membalasnya..

Kurt Kuden said...

kem salam ari ibu ehh kat mak chii..kate dari kurt kuden from djokja! ahaks

Orked said...

Korang suka nyelit-nyelit nama kakjie kat sini tau....nk kena babat...

Menyuruh seorang ibu untuk tidak mencintai anaknya, tak ubah bagai melarang matahari terbit di siang hari. ertinya.... tak mungkin!

Kasihnya tak terbatas...tak lekang ditelan zaman tak layu dimakan waktu...

Kurt Kuden said...

yap! setuju kak kujie. orang yg tak pernah puas untuk menyokong kita.. mak kita..

huhu! kak kujie sorg mak, kak kujie lebih dari kami berdua yang single, bahagia, bujang trang tang tang nihh

Anonymous said...

lalala...boleh la kak jie...org lelain sumer panggil kak jie mama jie kn..syu yg bitau..hehehe

blk ni nk mkn nasi lemak...nak minta mak masak2 kt umah...yosh...pulang sblm xm selasa ni

Kurt Kuden said...

chii, kuden balik nok suruh mak masak nasi lemak gak hehe.. ;-P

Anonymous said...

haip!! xmo mkn nasi dagang ke? x pun kerabu..tp chii prefer nasi dagang..
kalo dulu waktu kecik2 slalu salah sebut..dok panggil nasi gadang :p

Kurt Kuden said...

nasi dagang? takmo! nak kfc!!

nasi gadang? hahaha

Orked said...

kakjie wat nasi ayam ni....meh arr


chii...mmg kt TS dia org panggil mamajie tapi blogger panggil kakjie arr...mude remaje ..hiks!

hepi weken kuden!

Kurt Kuden said...

nape sume cakap pasal nasi-nasi ni? nakkkkkkkkkk kak kujie yang menten muda remaja..

kak kujie, weekend ade asian pacific nite kat sini.. jom jom jom

Anonymous said...

Dearest Kurt_Kuden:

Congratulations for making it this far;
Sorry for not being able to continue - but not to worry; its not the end of the world. Keep on bloggin' ya! Hope apa yang Lea commented takder yang u trasahati ke ape ke ya - kalau ade, mintak hampun nah... :)

Whatever it is - keep it steady na.. Tgh exam kan? Good luck on that one too!

Best wishes;
Lea