21 May 2007

to the tune of 53 screaming

Birthday Beach Party of Pong, Jas and Aini at Teleng Ria Beach, East Java

Kawan akan paksa diri kawan bahawa Pantai Teleng Ria akan menjadi destinasi percutian pertama dan terakhir dalam hidup kawan selagi kamus teknologi pengangkutan dan jalan raya Jawa Timur belum mampu membawa kawan dari Jogja ke sana dengan berganda-ganda lebih cepat dan selesa. Ini mukaddimah cerita kawan kali ini. Kawan buka blog kawan kali ini dengan duduk bercerita bahawa menaiki bas 'made in indonesia' ke Pantai Teleng Ria adalah sebuah hukuman seksaan fizikal zaman moden. Kawan sangat pasti dan kawan setuju, bas yang kami naik adalah bas terbaik yang pernah kami nikmati di sini.

Gabungkan dua penyataan ini, bas terbaik yang kawan pernah naik di sini dan teknologi pengangkutan dari Jogja ke sana adalah horrible, maka kesimpulannya, sistem pengangkutan Indonesia masih perlu singgah ke Malaysia untuk lebih belajar cara membuat jalan dan bas. Haha.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Itu mukaddimah yang sifatnya sangat kontra dengan cerita kawan menyambut ulangtahun Pong, Jas dan Aini bersama 49 manusia yang lain.

Sambutan ulangtahun yang penuh dengan cerita ketawa dan jeritan nada-nada gembira.

Tiba di Goa Tabuhan jam 10 pagi, kami menyaksikan kesan peninggalan alam yang tak ternafi cantik. Tak banyak dan tak lama kami di sini. Kami sekadar melihat stalagmit-stalagmit dan berfoto di sana-sini, dan ada beberapa yang sempat ambil kesempatan untuk biarkan urat-urat badan terkendur sedikit setelah 3 jam duduk dalam bas dengan penuh tegang. Tak sampai 30 minit, kami melambai pergi pada Tabuhan sambil semua berteriak dalam hati, "Pantai Teleng Ria, here we come!"

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Perjalanan dan deraan emosi serta fizikal diteruskan.

Dan perjalanan itu berakhir pada jam 12. Sementara jejaka-jejaka Islam menyiapkan diri untuk solat Jumaat berkhutbahkan bahasa jawa di sebuah masjid kecil di pinggir pantai, perempuan-perempuan dan non-muslims membantu menyiapkan BBQ, memotong nasi himpit, menyediakan ayam, dan segala macam aktiviti yang akan pastikan semua perut kenyang.

Tak banyak yang kawan boleh bercerita kali ini setelah 3 kek di potong serentak sambil lagu hari jadi dinyanyikan. Sebab, semua yang berlaku di sana sangat tak boleh digambarkan dengan cerita kawan. Kawan berani berkata demikian, kerana wajah-wajah kami jelas terpercik cerita-cerita dan pengakuan bahawa dengan jujurnya kami gembira. Bahkan, terlalu gembira.

Maka, kawan biarkan foto-foto ini berbicara betapa kami dirasuk susuk-susuk keriangan. :-)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Kawan tahu, hari ini, hari kita berkumpul adalah hari yang akan kita bercerita bila kita duduk bersama beberapa tahun akan datang sambil ketawa. Hari di mana kita buktikan pada setiap antara kita bahawa inilah cara yang paling benar untuk menyatakan tali persahabatan itu terikat tanpa mengenal warna kulit, agama dan jantina. Kita menjerit gembira seperti anak-anak kecil yang tak pernah peduli dengan perkataan masalah. Kita jelas gembira.

Kepada Pong, Jas dan Aini, kawan berterima kasih sebab membawakan kawan hari yang buat kawan lupakan seketika hari-hari yang memenatkan. Selamat Hari Jadi dan semoga segala nikmat dan rahmat Tuhan melimpah ruah di sisi kalian.

Kepada angkatan 2005, jangan lupa, besok-besok kita akan duduk berbicara dan salah satu topiknya adalah hari ini.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
kawan:kita jumpa next birthday a pulak!

15 comments:

Anonymous said...

berkelah dan bermain di pantai sgt seronok..yg lgik seronok pastu sure ramai yg burn muka...ehehe
part yg best tenggelamkn kn diri dlm pasir..wat istana pasir..lalala

errr..x baik ar amik gambo org tg tdo..ishkk

Kurt Kuden said...

bukan tenggelamkan diri dlm pasir la chii.. orang yg menenggelamkan diri ini ke dalam pasir pastu buat anatomi-anatomi masuk akal atas badan.. hahah..

sape suh tido lam bas, kan da kene.. hahah

Orked said...

bestnya kuden.........sonoknya....tingat plak zaman mude remaje dulu..tp zaman kakjie dulu..paling jauh pun g Pandai Cinta Berahi...pastu kena tuko nama plak...he he..tatau pasai pa.

Kakjie g Kuantan 2 hari tu...malas nk upload pic..g pangai gak..Teloh Chempedak dgn Air Terjun Sg. Pandan...thn dpn la..kalo tak de idea nk wat entry..upload pa pic tu..he he he..

Syukurlahhhhhhhhhh...tak der pic kek..kalo tidak..mau Serendah Menjerit ni...

Kurt Kuden said...

kak kujie.. muahaha! taruk a nk lam blog. ape aa kak kujie nak tunggu taun depan.. back to d future lak nanti jadi blog kak jie..

ingatkan nak snap gamba kek, tp tak sempat snap dah licin kene bedal di budak2 ni.. muahaha!! nxt bday nnti sy taruk gamba kek.. heheh

Anonymous said...

kalo camtu x leh naik satu bas ngn kuden..chii kalo naik bas automatik ngantuk...
nikmatnya tdo dlm bas..lalalala

Kurt Kuden said...

muahaha! siap la kalu kuden naik satu bas dgn chii.. semua sudut kuden amik gamba chii terbongkang.. muahaha!

Anonymous said...

mana ade terbngkang maa..chii tdo ngn penuh keayuan dan kesopanan..ahaha..

org ckp...x elok amik gambo org tdo..takut nnt roh terkejut...

Kurt Kuden said...

ahaks. kuden tgh tunggu org tido sambil drooooooolllll baru syok amik gambar.. muahaha

Anonymous said...

x baik..nnt kalo dpt peluang..nk ar amik gambo kuden yg mcm tu..pastu wat video skali..miahahha

Orked said...

Kuden, kakjie saved 2-3 keping pic ...huhuhu...... bagi ke idak...curi je

Unknown said...

nice and colorful pix all together

Kurt Kuden said...

chii, ahaks..tak takut punnnnn..

kak kujie, takpe.. no problemo.. heheh..

em.. orait tq!! wehh.. akuu ade komen sumthing kat blog mung, pasal medic indon.. sori baru tau...

AK said...

kuden oh kuden...

tak ku sangka...

bukankah itu farhana a k a pong di dalam gambar mu itu...

dia dari malaysia kan...

dia sebenarnya satu sekolah dengan aku dulu, n kitorang pun duk dalam satu kawasan yang sama...

aku tau dia ke indonesia, tapi tak sangka seuniversitas dengan ko!

keciknya dunia...

dan sengalnya pong...

huhu

kim salam dia...

eh aku ni macam konfom lak itu farhana, siap kim salam bagai...

tapi aku rasa betul kowt, aku kenal lubang idungnya itu...

huhuhu

Harajuku PearL said...

I love happy pictures ! and happy moments with friends like these should be treasured!

Pearl

Kurt Kuden said...

ak_0143, yeerrrrhh!! itu la Pong a.k.a farhana, member se-wavelength dgn aku.. muahaha!! ok ok.. member yg slalu duk sebelah aku time lecture.. ok, nanti aku sampaikan salam ko.. muahaha! lobang idung pong, kemana-mane dikenali ramai.

puan pearl, hehe.. yerp.. we had so muc fun there.. sampaikan nak pause sekejap babak tu, betapa ktorg appreciate gile..