Judul::Notes On A Scandal
Genre::Drama
Pengarah::Richard Eyre
Pelakon::Judi Dench (Barbara), Cate Blanchett (Sheba)
Apa yang terjadi kalau kita meminta lebih dalam sebuah persahabatan? Tentunya, semua akan menjadi terlalu salah. Kerana, persahabatan adalah ikatan yang saling berbahagi dan menerima dan di dalamnya terkandung rasa cinta yang murni. Maka, lupakan nikmat bersahabat kalau kita tak bersedia menerima kenyataan bahawa persahabatan itu bukan hak milik persendirian.
Barbara seorang yang kesepian, andartu, guru sekolah yang ditakuti dan cuma berbicara pada diarinya sahaja. Dan Sheba digambar sebagai seorang guru baru yang terlalu mulus. Persahabatan antara Barbara dan Sheba mula muncul dan mereka saling menerima walau pada pelbagai sisi, antara Barbara dan Sheba adalah sangat penuh antagonis. Namun mereka melengkapi antara satu sama lain sehingga sampai pada satu titik, ia mendesak Barbara menjadi terlalu fanatik pada hubungan mereka. Barbara sememangnya normal untuk menentang masalah pedophilia yang menjerat Sheba dan muridnya. Dia menentang sekeras-kerasnya. Tetapi, memanipulasikan persahabatan dan menjadikan masalah lebih serius dari yang dijangka adalah hal yang abnormal. Graf ketegangan yang tergambar dalam Notes On A Scandal memuncak apabila anjing Barbara meninggal.
Sebuah filem yang buat kawan tak senang duduk. Kawan gelisah terus melihat Sheba yang makin ke penghujung cerita, makin terperangkap dengan obsesi Barbara. Sebuah persembahan yang sangat cemerlang daripada Cate Blanchett dan Judi Dench. Sehinggakan, Notes On A Scandal membuat kawan rasa ingin menyobek-nyobek isi perut Barbara yang lebih dari kejam dan busuk walau alasannya dia terlalu sayangkan persahabatan mereka.
Paling ketara yang dapat rasakan ialah membayangkan filem ini dengan perumpaan yang ringkas, mengkhianati persahabatan itu adalah lebih hina daripada pedophilia.
Rating::4/5 Bintang

7 comments:
hai...lama tak ke sini...bz sket...
anyway..nampaknya i really need to watch this film
sebab cam ada kena mengena dalam hidup:)
Kuden. What does 'menyobek-nyobek' mean?
joey.. waaa.. biar betull ada kaitan.. isk.. ok ok samat nonton
vern, haha.. sorry tu bahasa sendiri je tu haha bukan BM yang betul kot.. tu cuma nak gambarkan betapa gerammnya sampai nak korek nak cabut segala isi perut dengar rasa yang penuh kebencian menyampah hahah emo lak aku haha
salam..citer berat ni kurt...penuh dengan mainan perasaan..ahaks
salam arsaili.. betul.. geram pun ade. haha.. tp bile sampai abih, puas ati gile.. hehe
wei..harus ditengok cerita ini..tapi rasa macam tak sampai panggung malaysia..kena downloadlah jawabnya
amirahsyuhada, tu cite 2006, rasenye bek cari dvd or donlod je.. samat mnonton mira.. hehe
Post a Comment