26 March 2008

Antara Angan & Sedar..


Mungkin situasi sekarang adalah antara alasan yang tepat kenapa kawan kurang suka politik di Malaysia. Semua orang ada kepentingan peribadi kenapa mereka berpolitik, tak kira di 'pihak' mana anda berada. Dan, 'berkat' politik yang konon-nya anda perjuangkan dengan lidah, tulang empat kerat dan hawa nafsu itu, maka 'terlanjang'-lah segala sisi buruk anda.

Politik salah satu cabang agama, tapi kawan percaya politik zaman Rasulullah bukan begini caranya.

Pelajaran IV: Ada dua pihak sedang bergaduh dan saling mengutuk antara satu sama lain, al-hasilnya yang terlihat ialah betapa hinanya mereka. Dan malang sekali, apabila menghina keburukan pihak lain, pihak satu lagi itu tak akan sekali-kali terlihat lebih baik.

Pelajaran V: 'Lesen untuk menghina orang' tak pernah dikeluarkan. Harap maklum

photocredit:: © debuterbang

4 comments:

ak_0143 said...

btol2
mula2 berlaku kezutan ala af tuh, best gak la nak ikut...
tapi from time to time, makin kotor lak politik neyh...
hampeh je!
skunk ikut ala kadar je...

Kurt Kuden said...

ak_0143, sakit ati bile bc cite2 yg tak best kan hummmpphh

HLiza said...

Memang nyampahlah sebab sampai apek jual sayur pun dah pandai berpolitik la ni. Tak larat. Akak buat dek ajelah..masuk telinga kiri, keluar kanan.

Kurt Kuden said...

kak hliza, betul! saya suka ngan ayat akak! masuk tinge kiri, kuar tinge kanan!