12 March 2008

Bioskop Hokkuden::Dan In Real Life


Judul::Dan In Real Life
Genre::Komedi, Romantik
Pengarah::Peter Hedges
Pelakon::Steve Carell, Juliette Binoche, Dane Cook

Semua orang tahu, tak semua apa yang kita rancang akan berjalan sesuai dengan perancangan kita kan? Malah tak semua segala hal yang mengejutkan kita adalah hasil daripada rancangan kita. Dan Burns tak pernah merancang untuk berkenalan dan jatuh cinta pada kekasih adiknya sendiri, Marie. Walaupun, sekeras manapun usaha Dan untuk merancang dan menafikan diri sendiri bahawa antara dia dan Marie tak akan terikat oleh apa-apa perasaan, namun, siapa menduga, akhirnya kejutan di penghujung kisah cinta yang saling ternafi itu sebenarnya hasil daripada tanpa sebarang rancangan.

Steve Carell pamer sebaik yang pernah kawan lihat di 40 Year Old Virgin dan Juliette Binoche jauh lebih muda daripada Cache. Malah lebih menarik, sepanjang Dan In Real Life, semua watak terlihat sangat konsisten menjadikan filem ini rasa sangat dekat dan nyata. Lebih manis, dialog mereka yang tak perlu baris-baris kata melampau dramatik, buat suasana menonton kawan terasa senang.

Banyak elemen-elemen yang bersifat retorik dan buat kawan terfikir sendiri kalau di dunia nyata, kisah ini bukan suasana yang mustahil. Walau di sepanjang perjalanan Dan In Real Life lebih terpusat pada klise konflik cinta 3 penjuru, di sisi yang lain naskah ini telah menawarkan kawan persembahan komedi ringan, santai tapi berisi. Individu seperti Dan bukanlah asing, malah sifat 'denial' dalam diri manusia itu mungkin sebuah lumrah. Semerdu dendangan Sondre Lerche (menakjubkan!), Dan In Real Life berjaya tak buat kawan jadi tegang atau geram. Mungkin pembawaan mereka di dalamnya yang tak berlebihan, buat kawan masih terbayang babak filem ini walau setelah menontonnya. Sekarang kawan tahu, kalau salah satu resepi filem yang disenangi itu, jangan berlebihan dan jangan terlalu berusaha untuk menampilkan kejutan yang maha-dramatik. Seperti narasi Dan Burns di hujung cerita, merancang untuk dikejutkan.

Rating::4.5/5 bintang

5 comments:

Jie said...

wah...rating 4.5 tu, mesti best

Kurt Kuden said...

haha! feveret saya kak.. haha org len tatau la caamne hehe

Jie said...

Kak jie dah cari lagu² Sondre Lerche tu....best juga..boleh masuk..hehehe

myduweet said...

ooooooouuuu,dah berkuda la plak encik kuden kita ni..hebats2

Kurt Kuden said...

kak kujie!! nak lagu tuh gak! tak leh jadi nih. kena gi cari nih!!! haha

ain, alhamdulillah.. peluang blaja, kite ikut la.. ;)