22 March 2008

Pelajaran Semalam

Pelajaran I:Rasulullah S.A.W dimakamkan di Masjid Nabawi dan bukannya Masjid Quba'.

Pelajaran II:Jangan bercakap besar, riak takbur, sebab bila-bila sahaja Allah boleh balas.

Mungkin kawan tak akan lupa dua perkara terpenting di atas itu, kerana gara-gara itulah, dunia telah menyaksikan kumpulan Uhibbu Fatimah dengan busuknya terperosok jatuh tersungkur tak bangun-bangun di tangga keenam daripada enam kumpulan dalam kuiz 'Rasulullah Dalam Kenangan' anjuran Ukhuwah Pelajar Islam Malaysia di Indonesia (UPIMI) semalam bersempena kelahiran Rasulullah S.A.W.


Kepada kumpulan tudung purple, ber'almamater' UGM dan 3 dokter muda itu, HAHA! peperangan belum selesai, tapi baru sahaja bermula. Kita jumpa lagi di kuiz-kuiz akan datang. HA! HA! HA!

Eh cop! Tarik balik perenggan kat atas tu, taknak dah cakap besar!

notakaki::Selawat dan salam kepada junjungan besar Rasulullah S.A.W yang membawa seribu rahmat buat sekalian umat.

4 comments:

AK said...

sengal!~

Unknown said...

heheh...tul tu..bila2 masa je segala apa yg kita banggakan tu bleh di tarik blk kalo disalah gunakan :)

kakkumei said...

nak gelak aku tgk team korang bertanding arituh...
lawak siot!
esp banner NK yg jangan nganga..
XD XD XD

Kurt Kuden said...

ak_0143, haha team pong la tu kaler purple

chii, hehe.. nanti kuden wat ehh tag tu..

rean, hahaha aku tak nganga pun kan.. hahah nxt time aku msk cheer aku tau hahah