29 March 2008

Tatasusila


Ini bukan sekadar cerita perbandingan yang mana lebih bagus, tetapi kawan suka untuk berkongsi bersama kalian tentang pengalaman khamis kelmarin di bank BNI, untuk urusan penggantian kad ATM yang rosak.

Kawan lupa namanya, tetapi di kaunter khusus urusan ATM, kawan di sambut mesra oleh wanita pertengahan 30-an. Layanannya seakan tak lekang dengan sebuah keselesaan. Sama seperti di kaunter kemaskini buku, sang pemilik nama Susi Wulandari itu cukup murah dengan senyum beserta ketatasusilaan.

"Permisi ya mas, saya jawab panggilan ini dulu ya" Mbak Susi berbicara seraya mengangkat telefon yang berdering. Indah sungguh kesopanan itu, teman-teman.

Ini bukan kali pertama kawan ke sini, malah berkali-kali termasuk menemani seorang teman ke sini atas alasan yang sama. Dan ajaibnya, aura kenyamanan di BNI cawangan UGM ini tak pernah padam, sehinggakan kawan terfikir pengalaman yang kurang gembira di bank beberapa tahun lampau cukup mengesalkan. Kawan kagum dengan pengurusannya yang meletakkan kualiti layanan pengguna, tetap kekal di carta nombor satu.

Namun, menurut seorang teman, lantaran terikat dengan tuntutan pihak pengurusan untuk bersopan dan berbahasa, tidakkah terasa kalau kesopanan yang tertunjuk itu cuma alasan paksaan semata-mata ataupun sebuah lagi persembahan berbentuk sifat hipokrit? Komentar teman itu mengingatkan kawan pada filem Stepford Wives, di mana semua suri rumah tangga di kejiranan itu dikomputerkan agar menjadi robot isteri yang cukup sempurna sifat sesuai kehendak sang suami, namun malangnya, tidak berperasaan manusiawi.

Kawan menarik nafas panjang. Kawan tidak melatah dengan alasan itu, paling penting, petang kelmarin kawan dirai dengan layanan yang memuaskan, kesopanan yang selama ini di tanah air kita junjung di Rukunegara dan lemah-lembut bicara yang mulus dan tulus itu berjaya buat kawan tak sabar menunggu 7 hari bekerja untuk ke sana lagi dan ambil kad ATM baru.

photocredit::© Project Apollo

4 comments:

Unknown said...

erm...kalo kita dilayan mcm tu walaupun kn tunggu lama pun xpe kan...

mcm chii last week..g lembaga peperiksaan kt putra...nk dptkan sijil spm blk yg da ilng...layanan yg diberi mmg...sgt sopan..walaupun waktu tu da kul 12..hr jumaat...dia layan chii ngn ayah chii...sampai ayah kata..bagus ar org kalo sumer org kerajaan camni..ehehe..slalu kan kite dgr org kerajaan ni susah sket kan :p..lupa plak nk tgk sape nama pegawai tu..kalo x leh kredit kt sini :p

AK said...

btol2... kalo kita dilayan dengan baik, tunggu berapa lama pown tak kesah....
kalo tak, saket ati jer!
hurm, kalo perbandingan antara dekat msia lak cmna???
bagi aku, kat msia nih, diorang pentingkan keje diorg jalan, pastuh amik gaji tiap bulan... kepuasan customer takde langsong!
teremo la plak!
hehe

Kurt Kuden said...

Chii, waa bagus kan kalau staff gomen mcm tu.. msti sme org tak bising. tp kuden rase ni sbb ada sstgh org yg mgkin dok phm lg btapa pngtingnye pelanggan ni, yg ptg gaji masuk kan hmm

Ak0143, yerp. bygkan kalau gaji dorg per kapita, ikut per kepala dorg layan, mst sume org berebut2 nk wat baik sbb nk tarik ramai pelanggan kan.. hmmm

Unknown said...

mungkin ar gak kot..hope sgt sumer staff gomen mcm yg kt putrajaya =)