07 April 2008

3 Sahabat Aneh

Tiba-tiba, kawan jadi teringat sebuah cerita rakyat yang pernah dikisahkan kepada kawan belasan tahun yang lalu, iaitu kisah tentang 3 orang sahabat setia. 3 sahabat yang berbeza keadaan fizikalnya. Sahabat pertama, telinganya capang sekali. Capangnya, selebar telinga seekor gajah. Manakala sahabat kedua, punggungnya berduri. Durinya besar-besar dan tajam-tajam. Barangsiapa yang menyentuhnya, pasti berdarah. Dan sahabat terakhir, matanya bertahi banyak sekali. Setiap saat, pasti keluar tahi mata di matanya dan sesiapa yang memandangnya, pasti terasa jijik.

Pada suatu hari, ketiga-tiga mereka ingin sekali ke sebuah pulau, maka naiklah mereka ke dalam sebuah perahu kecil yang mereka bina bersama-sama. Malangnya, perahu itu tak mampu bergerak kerana tidak ada pendayungnya.

Tiba-tiba sahabat pertama berkata, "Wahai sahabatku berdua, janganlah kalian khuatir, kerana telinga capangku ini akan membawa kita ke sana".

Maka, berdirilah sahabat pertama itu sepanjang pelayaran mereka dan telinganya bertindak sebagai layar perahu itu. Berlayarlah mereka dengan gembira. Namun, beberapa minit setelah mereka mula berlayar, tiba-tiba, air laut masuk ke dalam perahu dan bergenang sampai ke betis.

"Maafkan aku wahai sahabatku berdua, sesungguhnya punggungku yang berduri ini telah membocorkan perahu kita", tiba-tiba sahabat kedua bersuara.

Sahabat ketiga tersenyum lalu berdiri dan menepuk bahu sahabat kedua itu, "Wahai sahabatku, janganlah kamu bersedih, sesungguhnya, tahi mataku ini mampu menampal bocor perahu ini".

Mereka bertiga tersenyum riang, dan berlayarlah mereka dengan jayanya sampai ke pulau itu.

Sudah berbelas-belas tahun usia kisah itu di benak kawan. Tetapi teman-teman, bukankah itu terlihat jelas kalau sifat tiga sahabat itu bergilir-gilir dalam kisah persahabatan kita. Lumrah sebagai manusia biasa, kita tak ubah seperti sahabat kedua yang tak akan pernah mampu lari dari berbuat silap, namun ada satu ketika kita harus menjadi sahabat ketiga yang berusaha membetulkan kesilapan yang dibuat oleh sahabatnya. Dan, kita tak akan lupa kalau persahabatan itu, seorang harus tetap berdiri seperti sahabat pertama, tetap bersemangat bersama temannya walau siapa pun mereka, walau seburuk dan sebosan apapun rupa mereka.

notakaki::ini peringatan buat kawan yang sering lupa dan terbuat-buat lupa.

photocredit:: © Gallery North Star

10 comments:

AK said...

aku tgh bayangkan kisah ini....

- telinga capang dibuat dayung...
- bontot tajam bocorkan perahu...
- taik mata tampal kebocorah...

ish! erk!

ini apa ini... dongeng sungguh!

tapi ok la, bagi pengajaran... cuma yang taik mata tampal bocor tuh aku takleh terima... aku lebih rela berenang dr duk atas taik mata! hahaha

(lupa lak aku tak reti beghenang!)

Anonymous said...

hmm.. lompat2 then saya jumpa blog kamu

nice blog.. salam kenal utk kamu

hav a nice day, take care

Kurt Kuden said...

ak_0143, haha betul! mitos pada tahap maksima.. heeeeee.. geli kan haha

rena, hiye rena! datang lagi tau.. ;)

Anonymous said...

huhu..mengajar erti persahabatan..terima mereka seadanya. brgkali kelemhan mereka, itu adalah sbnrnyer kekuatan kiter..saling mencukupi sesama kiter..tak gitu Kuden..hehe..

Kurt Kuden said...

Doyot com com! Yerpp betull tu! sebab tu kite kne idup bermasyarakat.. saling mlengkapi antara satu sama lain.. ;-)

Jie said...

kita kawan , kan...

DBI said...

yer..abg pun baru ingat cerita ni...mujur mung royak sining..

Kurt Kuden said...

kak kujie, hahaha!! mesti laa!!

dbi, haha! betul kan.. cite org lame2.. ehehe

mad redo1 said...

kalu kita naik perahu, pahtu bocor, kena pakkak tido ah buak taik mata... hehehe... gurra je... lesson noted...

Kurt Kuden said...

abg mad haha! wat taik mata best gok tu haha