21 April 2008

Ahad Dalam Sejarah

Sekadar gambar hiasan (kawan tak jatuh seserius ini)

Bila kawan dah penat dan kuda juga memang dah penat maka tak hairan kalau kawan tergolek dot semalam di kandang, sebab kuda yang kawan naik, Iwe tiba-tiba jatuh tergolek atas tanah. Alhamdulillah, mujur tak ada apa-apa serius yang berlaku.

Kenapa kawan blog tentang ini?

Teman-teman, kawan rasa kisah jatuh kuda Ahad semalam agak bersejarah, sebab mbak-mbak pelatih kawan cuma menunggu hari untuk jatuh. Kata mereka yang lebih kurang berbunyi, "Kalau mahu kuasai ilmu berkuda, harus berani untuk jatuh kuda"

Siapa yang mahu jatuh kuda kan? Tetapi pengalaman semalam benar-benar antara pengalaman takkan terlupakan dalam lebih kurang setahun kawan menunggang kuda.

Semoga kita selalu dikurniakan keselamatan dan perlindungan dari Yang Maha Esa. Ameen.

photocredit:: © Lauren Hill Farm

2 comments:

AK said...

oho... bersejarah sbb sudah jatuh kah... adakah itu indikator bahwa ilmu berkuda sudah dikuasai???

best lak men2 tunggang kuda ni... nak join... huhuhu

Kurt Kuden said...

ak_0143, eh takde lah maksud dia mcm tu.. tapi mcm rase tak sangka mcm ni rupanye jatuh kuda. sbb sblm ni mcm scary lagi. dan pelatih2 aku ckp, lepas ni akan jatuh kuda lebih byk lagi.. mungkin lebih 10 kali hahaha.. cuaaaaaaaaaaaaakkkk