27 August 2008

Jual Kertas

Rasa macam nak jual lah kertas-kertas kuliah lama-lama tu. Nak kata masih pakai, kawan memang dah ada soft-copy semua benda-benda itu. Memang tak sentuh langsung lah. Kalau nak bagi pada juniors, memang mereka pun dapat benda sama. Lagipun, daripada terbuang begitu sahaja, baik kita jual. Boleh juga hasil.

Gana berjaya dapatkan seorang pembeli, Mas Agung, mekanik tetap Gana. Dia beli sekilo dengan harga Rp1800. Sangat murah sebenarnya, tetapi malaslah nak cari orang lain. Dah ada depan mata, jual sahaja kan. Tak payah nak cerewet-cerewet.

Kawan tak ingat sama ada kawan pernah jual surat khabar lama ke tak masa kecil-kecil dulu. Paling kawan ingat, jual tin-tin aluminium terbuang. Itu pun pakai penimbang yang semua orang pun tahu. Tetapi kalau jual kertas-kertas ini kawan kurang pasti, adakah dulu-dulu mereka pakai penimbang lain atau memang pakai macam ini tetapi kawan sahaja yang tak pernah sedar. Mari kita sama-sama saksikan, dan beritahu kawan, sama ke tidak.

familiar?

Dan petang itu, pergilah sudah kertas-kertas, nota-nota lama kawan untuk tinggalkan jauh-jauh dari kawan. Conteng-conteng yang mungkin tercoret macam-macam kenangan dari 2005 sampai sekarang. Semuanya sudah tiada depan mata. Semoga, kertas-kertas itu dimaksimakan faedahnya oleh sesiapapun sebagaimana ilmu-ilmu yang terkandung di atas itu pernah dan sedang berjasa kepada kawan sampai bila-bila.

2 comments:

Anonymous said...

tiap tulisan tu..yg baik2 atau buruk akan jadi saksi di akhirat..

moga2 contengan2 tu semua yg baik..
tak de la kartun lidi je..hehehe

:+:+:+:arina aliaa:+:+:+: said...

erm,dlu mase kecik2 aku rajen jual kertas surat kabo lame..eh,bukan aku la yg jual.atok aku.tp aku suke angkatkan bawak pegi depan.pakcik tu gune penimbang yg mcm kite tgk kat psr tu (kt psr2 mesia..)bukan pakai tembage ke ape ke..penimbang yg due2 belah ade bacaan (belah penjual dengan pembeli) rupe die mcm jam besar.susahnye nak explain.nk pengsan.aarrk