27 October 2008

Akhirnya

Akhirnya Ma buat juga sambutan raya yang sebenar-benarnya. Teman-teman pembaca, dah jadi tradisi kat tempat kawan atau negeri kawan secara umumnya, kalau hari raya yang sebenarnya ialah selepas selesai puasa enam. Barulah rumah itu buat makan betul-betul.

Tetapi raya enam (konon-kononnyalah) Ma ini tak ada lah besar sangat pun. Tetamu pun anak beranak dan jiran-jiran terdekat sahaja. Walaupun anak beranak, tetapi dua-dua keluarga belah Ma dan Baba memang ramai kaum kerabatnya, maka jadi ramai jugalah yang ada. Kebetulan orang kerja pejabat pun cuti hari ini, jadi adalah juga orang datang. Terima kasih lah ye.

Kali ini hidangan utama Ma ialah salah satu kegemaran kawan, laksa Terengganu. Dah lama tak makan. Kalau orang sebut laksa Terengganu kuah warna putih ini, kecur air liur terbayang sambal lada dan belacan. Puas hati kawan dapat makan sebelum balik Jogja.


Dan yang kedua, seperti biasa nasi dagang. Kawan tak ada perasaan pun dekat nasi dagang ni. Biasa-biasa sahaja perasaan cinta kawan ini. Tak teruja pun ha ha. Sedap itu sedaplah, tetapi tak pernah pun masuk dalam senarai makanan kegemaran kawan ha ha.

Dan, paling wajib ialah barisan pencuci-pencuci mulut yang dinanti-nanti. Kawan buat karamel Has tetapi manisnya boleh pengsan orang ada diabetes minum ha ha.


Itulah raya kali ini. Dah nak akhir-akhir Syawal sempat juga buat kan. O.K lah daripada tak buat langsung kan. Dan sempat lagilah kawan memanjakan perut kawan ini sebelum balik Jogja. Perut, membesar elok-elok tau Hehe

Eno: Jumpa lagi tahun depan!

7 comments:

sif said...

isk!warne warni food ko kuden!!
makan xabes!!!mentang2 raye sebulan..
pasni blk jogja xmkn la ko..
kehkeh~

kakkumei said...

aaaaaa!!
lama tak makan laksam!
MAU!!
nak nasi kerabu...
tak suka sangat nasi dagang...

eh kuden, ma ko tak buat sotong sumbat ke?
sedap tuhh XD

~ Mar ~ said...

hehehe. i love laksa terengganu. xle jumpe kat mane2 kecuali kat umah sbb mak kite masak. kn kn. LOL

Kurt Kuden said...

suzzy, haha tu aa.. mental aku xready agi ni ngan fud jogja ni haha poyo a aku aha

rean, sotong sumbat? hahaha ma tak reti kot. tah la.. tp penah makan satu kat marang, fulamak sedap kat kan rean

cik kmar, haha yeaaahh betull!! susah nak cari laksa terengganu kan.. haha kecuali dalam rumah sndiri haha nak laksa lagi nak lagi

AK said...

ini yang ko bising2 suh aku tgk tuh???
tak terliur pown!
hahaha

Kurt Kuden said...

haha siot.. tak heran ponn haha

Anonymous said...

ahhhh ...
laksam kuah putih ...
(air liur dah menitis ke riba nih)