21 October 2008

Has, aku aplikasi tunjuk ajar kau!

Hari ini kita cerita pasal makan-makan lagi okay. Kali ini kawan pula yang masak walaupun kawan tahu ilmu masak-masak kawan sangatlah cetek. Ilmu baru saja nak cecah keting dah ada hati nak masak-masak depan Ma kan. Ha ha Tapi peduli apa, nak juga kawan menunjuk-nunjuk depan Ma yang kawan pun boleh pecahkan telur dan kacau susu pakai sodep-lah, Ma!

Jadi inilah antara beberapa benda yang kawan reti buat kalau di dapur. Dan, sebab ini sahaja yang kawan reti, makanya benda ini sajalah yang kawan akan buat dan terus buat sampai orang akan bosan dan menyampah.

Iya, kawan menunjuk dengan Ma yang kawan boleh buat puding karamel-lah. Sebelum itu, mari kita sama-sama bagi terima kasih kepada Has, sebab dialah yang ajar kawan buat benda ini. Jangan bimbang Has, resepi kau kawan tidak ubah, cuma ada beberapa prosedur kawan kena sesuaikan dengan geografi dan teknologi dapur kawan. Kalau kat Jogja, kita pukul telur pakai sudu saja, pagi ini kita pukul pakai mesin tau. Periuk nak kukus hari ini pun 3 kali lebih besar dari yang kita pakai, Has. Tetapi apa-apa pun Has, resepi kau tetap klasik bagi aku.

Cuma, kawan masih tak puas hati, bahagian gula hangus tetap Ma yang nak buat. Sebab, semua benda kat tangan kawan nampak tak sempurna di mata Ma. Kacau tak kuat lah, tambah air lebih lah, ambil mangkuk salah lah, pendek kata semua salah. Tapi tak apa, mujur puding karamel Haslina pagi ini menjadi. Anak buah pun suka.

Amacam, sedap tak, Ma?

Puding Karamel Has kembali lagi!

2 comments:

AK said...

grrrr
grrrr
grrrr!!!

Kurt Kuden said...

air tangan aku tuh.. haha sabar bungg