31 October 2008

Teman-teman, kawan tak puas lagi makan, macam mana ni?

Ahad lusa baliklah kawan ke Daerah Istimewa Yogyakarta dan kembalilah jadual waktu kawan kepada bentuk asalnya iaitu pergi kuliah balik kuliah pergi kuliah balik kuliah. Tetapi, mujurlah teman-teman di sana alhamdulillah baik-baik belaka, maka tak adalah kawan bosan sangat. Adalah juga aktiviti-aktiviti berfaedah atau tak berfaedah boleh buat sama-sama.

Tapi persoalannya sekarang, seperti yang tertulis di tajuk di atas, mesti kawan rindu makanan di sini. Macam mana ini? Tetapi percayalah, esok lusa bila balik Jogja mesti anda semua nampak cerita pasal makanan lagi kat sini ha ha. Makanan tak pernah membosankan kawan. Haih macam mana kawan tak gynecomastia?

Oh ya semalam kawan ada cerita pasal musim hujan kan. Tadi kawan terselongkar laci Nobita dalam rumah ini lagi dan kawan terjumpalah gambar di bawah. Gambar yang terakam tahun 1986. Masa ini kawan bukan sahaja belum akil baligh malah memang tak boleh fikir apa-apa pun dan tak sedar langsung ada banjir semacam ini, maklumlah muda bergetah lagi, umur pun tak sampai 1 tahun. Menurut Baba, ini depan rumah Mok Long, maknanya belakang rumah kawan lah. Tengok lah itu, semua orang pun teruja main air banjir. Semua muka gembira puas hati dapat main air. Muka bangga pun ada. Kalau zaman sekarang, jangan haraplah nak ambil gambar dalam air macam itu, lain lah kalau dekat waterpark. Baru cool.

5 comments:

AK said...

haha
muka bangga tuh,,,
n yang tak tahan ayat 'muda bergetah' tuh...
ko mana de getah2 beb!

yes!
adakah kepulanganmu ke jogja nanti menamatkan entri2 makanan ini???
kalo ya, esok juga aku blikan k tiket kembali ke sana!

hahaha

Kurt Kuden said...

mane adeeee... msti la ade lagi cite pasal makanan.. tak kuden aa kalau tak cite pasal makanan hua hua hua

Anonymous said...

kuden!!
1st thing bila balik jogja:

1. pergi beli ipod
2. pergi beli hadiah harijadi ko

pls pls sbb aku mmg kene bajet gler ni. klu x settle kan awal2, mmg habis la duit aku kat bende lain gamaknye.

so pls make urself available 1st saturday or friday nite we're there ok. aku book ko awal2 ni. tau tau!

mad redo1 said...

rasa2nya 1986 banjirnya memang besar jugak... tapi sayang le takde orang nak ambik gambo masa tuh...

banjir beshhh...

Kurt Kuden said...

cik akma nurain, haha baik tuan! jgn bimbang aku tak bayar lagi duit hana itttuuuu hahaha

abgmad, owh banjir besar eh? hmm kene soal siasat lagi ni baba ni..cm interesting je