25 October 2008

Yeay! Dah tengkujuh!

Cuti kali ini kawan rajin pula ikut Ma dan Baba keluar untuk kerja direct-selling dia. Hantar barang lah, jumpa orang lah, ambik barang lah. Pendek kata, agak sering lah dalam cuti kali ini. Biasanya kawan lebih suka berkurung dalam rumah. Macam hari ini, kawan ikut Ma pergi mesyuarat direct selling dia di Batu Burok Beach Resort, tetapi sebab tak ada satu pun patah-patah perkataan yang kawan boleh hadam dalam mesyuarat itu, kawan keluar ke pantai. Tak sangka pula, ada banyak kuda-kuda dan penunggang-penunggang kuda di tepi pantai. Muda remaja dan belia-belia belaka. Tetapi, mereka sangat cool atas kuda. Ada itu, tak perlu saddle untuk alas buntut. Dan, memang nampak lah mereka semua sangat hebat. Bila canther, macam koboi. Paling hebat, muda-muda lagi usia mereka. Umur tak sampai separuh umur kawan pun ada. Tengok orang-orang hebat naik kuda ini, buat kawan mengeluh sendiri, bila lah kawan nak boleh naik kuda betul-betul ini. Haish..

ini saja yang tak malu nak picit

Sebenarnya hari ini, banyak kali juga makan, tetapi kawan segan nak picit butang kamera (rugi sungguh tak dapat ambil gambar ABC yang cantik itu). Muka kawan sangat nipis kalau kawan bukan di Jogja bila bab nak ambil-ambil gambar secara umum ini. Haihh..

Sebelum balik rumah, betul-betul jemaah selesai Isyak turun dari masjid, kami singgah Kg Padang Mengkuang di rumah Mi, mak saudara kawan. Dia buat tahlil arwah pak cik kawan, Lid dan solat hajat sempena Kak Faezah nak pergi Mekah 1 November esok. Sedap sungguh nasi minyak dia. Gambar-gambar? Haish.. kenapalah kawan malu sangat kan. Bukan kena tumbuk pun kalau tangkap gambar. Haihhhh

2 comments:

AK said...

alhamdulillah syukur nikmat....
malaysia maju, rakyat selamat...

marilah kita sama2 sujud syukur atas kemaluan ko menangkap gambar!!!

tenang dan aman aku membaca entri ini...

erk... terkomen lutcahaya ke???
layankan aja!!!


hahahaha

Kurt Kuden said...

hahah tak heran pun.. sebab monday punye entry lagi best.. hahaha
sabarr yeee