08 November 2008

Dah minggu ke-7 tayang, Laskar Pelangi masih 'sold-out'. Apahal?

Di Jogja, hujan pun turun sama. Malah, beserta angin dan ribut yang kuat, seperti petang semalam. Sehingga tumbanglah pohon-pohon dan papan tanda sekitar kampus. Kalau di sekolah, tentu ini yang dimaksudkan cikgu geografi tentang bencana alam. Barangkali, ada benda yang ingin diberitahu Tuhan lewat jentikan-Nya itu.

Teman-teman, langit esok mungkin kembali cerah. Matahari pun terik. Dan, tak ada lagi angin-angin yang kau tidak senang itu. Maka, bersiaplah. Cari payungmu segera kerana hujan pasti turun lagi.

Bukankah kita semua tahu kalau tak semua antara kita yang punya peluang kedua?

4 comments:

Naemmommy said...

tu pasal. dengar je pokok tumbang atap terbang kat kampus tu. sume okey ke? :)

Kurt Kuden said...

ok alhamdulillah. ade yg cakap siap nmpak puting beliung lagi
hehe tapi mujur takde kemalangan jiwa

AK said...

err...
bila dalam suasana macam tuh, entri ni terus 'feel'lain...
mcm seriau sket...
huhu

p.s - best sgt ke laskar pelangi tuh... aku donlod je lagu dia... tapi tak tgk citer dia lagi...

Kurt Kuden said...

ak_0143 BEst la!! kena bace weehh!!