31 December 2008

Catatan Akhir Tahun

Kawan suka 2008. Banyak benda telah berlaku. Kenangan manis, kenangan pahit, semuanya bercampur baur menjadi satu pengalaman yang tak terlupakan.

Masih tak dapat kawan padam di kepala, betapa cantiknya Bali. Tentu, angin segar Parompong yang menyaksikan kawan pertama kali berkuda di Kartika Equestrian Championship 2008, masih membekas di pipi kawan. Malah, kawan masih ingat bahawa kami sempat berbagi rasa gementar bersama-sama, sebelum kami, Last In Line melontarkan Kemenangan Hati, Kasih Tak Sampai dan I Will Fly bersempena Olimpiade KU 2008 yang lalu. Aduh, sungguh bersejarah.

Bagaimana dengan 1 Mei? Buat pertama kali, teman lama KOSPINT, Mai akhirnya singgah ke Jogja. Banyak hal yang kami bicarakan di setiap kedai kopi di sini. Atau paling klasik, bagaimana kawan terketar-ketar di atas pentas bersama C-40 sewaktu Pesta Musik Hana 2008. Haha. Memang kawan kenang sampai bila-bila.

Tapi kalau ada satu hari yang paling spectacular dalam 2008, kawan akan pilih tarikh 16 Mei. Kawan sengaja tak tulis tentang 16 Mei, kerana kawan tunggu hari apa lagi yang boleh lawan euphoria 16 Mei. Al-hasil, tak ada satu pun mampu. Pengalaman yang tak boleh nak dicerita melalui patah-patah perkataan, iaitu berada di Caesar, Amplaz untuk konsert Sheila On 7. Terhegeh-hegeh kan kawan? Haha kawan peduli apa! Tersengih-sengih dan asyik bercerita pengalaman malam itu selama seminggu pada teman-teman sampai mereka menyampah, dah cukup buktikan betapa kawan mabuk nafsu gembira.

Pokoknya, 2008 sungguh mengagumkan. Paling tidak, ini tahun bertuah buat kawan bila memenangkan cabutan bertuah tiket Air Asia Rp1juta di Festival Sukan PKPMI di Jogja lalu. Kawan pasti rindu semua ini. Banyak lagi perkara yang tak diceritakan, pindah masuk ke rumah G-16 misalnya.

Tetapi yang pasti, bila duduk teringat kisah lama, pasti tersengih sendirian memikirkan betapa banyak sebenarnya hal yang menyenangkan untuk dikenang.

Alhamdulillah

2 comments:

AK said...

mcm2 udah berlaku kan...
tapi
bukankah satu yang ko tak bleh lupa
bila ko wat status pong mau shave armpit dia..

aku gelak mau mati masa tuh!

Kurt Kuden said...

ha ha ntah2 pong suka kan haha