17 December 2008

Dah lama kita tak bertemu kan?

Hari ini sudah masuk hari ketujuh kami tak bertemu. Kali terakhir ialah Rabu minggu lalu. Kalau mengikut jadual, kami pasti bertemu pada Jumaat dah Ahadnya. Iya, dia ke sini pada Jumaat kelmarin, malangnya kami masih tak bertemu.

Dan Ahad, kawan tunggu di muka pintu, tepat jam 7.30 pagi seperti selalu. Namun, dia tak ke sini pagi itu. Kawan kecewa sambil memeluk plastik hitam di riba dan tunduk berharap bahawa esok pasti dia ke sini.

Hujan turun renyai-renyai di pagi Isnin. Jam di dinding sudah 7.31. Plastik hitam yang dipeluk kawan semalam makin tambah berisi, terjelumpuk atas bangku buluh di luar rumah. Kawan tengok ke langit dan melihat awan-awan berat berwarna kelabu mematahkan harapan kawan. Mustahil hari ini dia datang lagi.

Teman-teman, Selasa bukan hari pemusnah semangat. Kawan bersedia lagi di daun pintu menghadap jalan dan berharap, inilah harinya. Pandangan kawan tepat terlempar ke hujung simpang. Lama kawan berdiri di situ walaupun hanya menunggu untuk hampa. Ternyata firasat kawan betul, dia masih tak kunjung tiba.

Kawan genggam selimut sambil berfikir mengapa masih tak datang-datang. Adakah tayar basikal tua kesayangannya pancit akibat terpijak paku buruk di tengah-tengah jalan Pogung Lor?Atau, petang Sabtu dia bermandi hujan sehingga demam kuat sampai ke hari ini? Mungkin, dia bukan di Jogja, melawat saudara di luar kota dan balik lagi ke Jogja minggu hadapan. Oh tidak, aku bukan lelaki pencemburu melulu. Macam-macam yang diandaikan sampai tertidur beralas lengan pun kawan tak sedar.

Pagi ini, kawan tak simpan sebarang harapan. Kawan bermalas-malasan di atas katil sambil tak memikirkan bangku di luar, memandang ke jalan dan melihat jam di dinding walaupun plastik hitam itu makin gemuk jadinya. Rasa pasrah sudah mula bertunas.

Ketap! Pang!

Itu bunyi pintu depan dibuka dan ditutup. Kawan ke ruang tamu dan melihat Kartee di pintu. Kawan lihat di sisi pintu. Plastik hitam yang hampir seminggu enak bersandar ke dinding pagi ini sudah ghaib.

"Aku dah kasi dekat Pak Cik tu," Kartee.

Setelah seminggu kawan bertaruh masa dan rasa sabar, akhirnya pagi ini kawan dah tak perlu menunggu. Penantian yang dikatakan orang terlalu menyeksakan kini dah tak lagi bersarang dalam harapan.

Plastik hitam berisi baju-baju kotor sudah Pak Cik Dobi ambil! Tak perlu lagi kawan peluk dan hidu bau-bau peluh sendiri menunggu Pak Cik untuk ke sini. Pastinya, kawan tak perlu lagi berkira-kira dengan baju bersih dalam almari. Pak Cik memang penyelamat misteri, datang di saat-saat kawan hampir putus asa.

Tetapi Pak Cik, sudah lama kita tak bertentang mata dan bertanya khabar atau menjawab soalan wajib Pak Cik,

"Hari ini nggak masuk ya, mas?" (Hari ini tak ada kelas ke?)

Tak apalah Pak Cik, insha-Allah Jumaat esok kita berjodoh.

8 comments:

AK said...

haha
badigol sungguh!
aku baru ingt mende pe tuh
n baru pasan ko tulih cerpen ke hapa...
skali...

tau pon ko busuk!
basuh sndri la beb!
haha

ko busuk dan kongkang!

Amer Yusof said...

sedih aku baca...tertipu

Kurt Kuden said...

haha weyh kamal, kat cni sme org pn laundry.. eh silap, 85% org kat sini laundry la.. ye la.. sambil2 bole mmbantu org2 yg memerlukan dgn memberi peluang pekerjaan dan menolong menjana ekonomi indonesia hehe

Yob, haha over aa sampai sedih

AieSha said...

bro, kirim filem2 best kat sana. nnt aku bayar. bole ke?

Kurt Kuden said...

ok
email aku nak film ape.
nnti aku cuba carikan kalau ada mase dan pluang
original eh?
kurt_kuden@yahoo.com

DrSam said...

salam,

menarik jugok cerite. Semoga berjaya dan bahagian di perantauan.

anntaj said...

ha..ha..best jugak crite nih..:)

Kurt Kuden said...

Dr Sam, terima kasih doc. Semoga berjaya juga di sana.

Anntaj, =) alhamdulillah