17 March 2009

Sebelum balik Jogja

Sepupu kawan rajin benar nak menternak ayam daging dan ayam kampung. Tekad kawan tengok percubaan dia kali ini. Sungguh-sungguh dia bina reban ayam berdua bersama seorang lagi rakan kongsinya dan hasilnya tidak kurang bagusnya. Tak adalah besar mana rebannya, dan anak-anak ayam yang dibeli ini tak adalah banyak mana. Tetapi sebagai seorang pemula, jumlahnya ini bolehlah terhitung banyak.



Tetapi! Kawan tengok anak-anak ayam ini, macam ada potensi nak jadi child prodigy saja. Silap haribulan, boleh skor SPM lagi. Tak percaya, tengok gambar-gambar di bawah ini.

Haa.. tengok tu, tengah buat soalan crossword lagi...

Ini lagi ganas, siap nak jawab soalan Sains.

Itulah orang kata, kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya kan. Jadi kalau rasa-rasa nak otak ligat sikit, senang nak tumpu perhatian dalam kelas, selain usaha yang jitu dan berkat doa kepada Yang Maha Esa, bolehlah cuba makan daging ayam ini. Tetapi bukanlah sekarang, selepas 40hari nanti besarlah anak-anak ayam itu menjadi ayam-ayam yang siap dimakan. Masa itu bolehlah kalian-kalian di kawasan Binjai Rendah telefon nombor ini 013-9370093 (Azhar) dan pesan ayam-ayam ini. Lantaklah nak masak apa pun, janji order ok.

Maka, tamatlah sudah riwayat cuti sekolah kawan yang nak hampir 3 minggu ini. Esok jam 1.55 petang, berlepaslah kawan ke bumi bertuah Jogjakarta, dan kembalilah kawan kepada bentuk asalnya, seorang Spongebob.

6 comments:

Anonymous said...

agak2 la kan... apa rasa anak ayam tue kalau dimasak... sbb nampak so pluffy....

hmmm.. apa lagi.. import ler ayam2 tu ke yogya.. mudah2an bertambah cerdik dan pandai :-D

Miea said...

selamat bertukar menjadi spongebob ;)

dzul said...

hahaha..genius la kekgi anak ayam nih..laa kau jadi spongebob ke kat sana..? ok mung study la weh sementara tengah rajin..

selamat bertolak la kat kau esok..

Anonymous said...

azhar???
adakah azhar geng masa darjah enam itu??
ataupun azhar lain....
hehehe...

Wahahaha...
Kenapa spongebob..
Patrick lagi ok...
wakakaka...

Biler anda akan jadi Dr..

mrblind said...

semoga selamat..

Kurt Kuden said...

Jojo, mkn anak ayam? waaa barbaric barbaric haha import dr jogja? haha takleh ade flu burung

Mieaaa, patrick kem salam hehe

Dzul, thanks zul.. haah ayam tu leh celen adiputra wat math

Jayzack, haha yea itu azhar yg sama kite kenal.. spupu aku.. hehe.. gi la beli ayam kedai ye eh

mrblind, tenkiuuuu