Wahaha keren tak keren kawan, menanti hari koas dah masuk episod dua dah. Kawan dah rasa macam buat cerita Living With Kardashian la pulek, walaupun macamlah orang nak kisah apa kawan buat kan. Untuk makluman semua pihak, aktiviti-aktiviti rutin seperti main kad, makan-makan, tidur dan tengok cerita hantu masih lagi berleluasa seperti biasa, tetapi tak seronok lah nak buat repeat-repeat cerita dalam ini. Tak ekslusif lah nanti.
Jadi, tanpa kita membuang masa lagi, mari kita saksikan sama-sama apa yang kawan dan teman-teman buang masa di Jogja.
Un deux trois voilĂ ce qui arriva... (dengan suara sexy perempuan in bikini)
Karaoke, bukan lagi satu perkara yang sangat asing dalam kamus hidup mereka-mereka dibawah ini. Sampaikan kawan rasa karaoke dah ibarat macam sukan. Pergi karaoke sampai berpeluh-peluh ketiak bernyanyi. Tak payah susah-susah pergi gym, karaoke saja pun boleh kurus. Tetapi, kalau salah pilih lagu, boleh jadi kejang otot juga, lagu You Raised Me Up misalnya. Kali ini karaoke tampil lagi, tetapi bukan di sebarang bilik. Hasil kerja keras pemerintah kuku besi NK si diktator ini (ok.. terlebih sudeh), beliau berjaya mengumpulkan antara mereka yang menjadikan happy puppy sebagai kampus kedua mereka.

Kaunselor sekolah menengah kawan mesti bangga tepuk-tepuk tangan dengan kawan sebab berjaya mengaplikasi konsep SYAU dalam kehidupan seharian. Dulu-dulu, Cikgu Khaty selalu suruh kami semua SYAU, pergi kelas, pergi assembly, pergi prep, mesti kena amalkan SYAU. SYAU ini kawan tak tahu siapa yang reka, tetapi menurut Cikgu Khaty, SYAU ini nama panjang dia Setiap Yang Awal itu Untung. Maknanya, kalau orang itu datang paling awal ke kelas, dia adalah orang yang paling beruntung dapat buanyak ilmu-ilmu dari cikgu-cikgu dalam kelas. Jadi pagi Jumaat itu, kawan bangun saja dari tidur, gigi tak bergosok, baju masih lagi pyjamas, mandi of course ler belom, 9.30 am kawan sudah di depan Empire XXI dengan harapan jam 10am dapat beli tiket Fast & Furious paling awal tanpa melalui barisan panjang-panjang. Tetapi apahal pak guard itu nak mempermainkan hati kawan dengan menyatakan penjualan tiket Empire XXI bermula pada jam 11.30a.m. Kurang asam ko pak guard. I hate u.
Siapa kata cuti kali ini hanya penuh dengan hal-hal yang tak bermanfaat dan kurang ilmiah?
No no no..
Kali ini kawan bawa pula sedutan pengalaman kawan dan teman-teman sepercutian yang lain membantu Kuliah Kerja Nyata (KKN) Qilah di sebuah desa di Jogjakarta ini dengan mengadakan satu sesi 'penyuluhan' tentang barah payudara, paru-paru dan serviks.
Fuhlamak..Dengar macam hebat kan, tetapi kalian jangan tertipu, sebenarnya penyuluhan ini biasa-biasa saja. Pendek kata, kami asal buat sebabnya kami langsung tak bersedia apa-apa, terutama Geetha. Dia lagi wonderwoman, dah ler tak tahu apa-apa pun nak dibentangkan, terus duduk depan dengan muka miss india. Tetapi semangat professionalismenya, kawan respect sekali. Pong melakukan pembentangan, manakala Geetha dan kawan cuma di posisi pertahanan, menepis-nepis soalan-soalan yang bertubi-tubi ditembak oleh mak cik-mak cik persatuan ini sampai ke mana-mana pun kami tak tahu apa yang kami jawab melalui mikrofon tu. Fakta-fakta terlebih sudah pun banyak agaknya yang terkeluar. Tetapi, apa-apapun, kerjasama dan tindak-balas orang-orang kampung Pandeyan, Umbulharjo sangat lah first class.

Satu lagi hari yang agak significant dalam hidup kawan iaitu hari kawan mengangkat sumpah janji dokter muda untuk 2 tahun berikutnya. Iya teman-teman, tempoh rotasi klinik kawan ditambah lagi 6 bulan, menjadikan hari pernikahan kawan tertunda lagi 6 bulan. Aduh, hidup ini kadangkala sungguh menyakitkan hati bukan. Apa yang boleh kawan simpulkan, kadang kala kejutan dalam hidup ini ibarat nak bersin. Bila hidung rasa nak bersin, tiba-tiba saja bersin, tak boleh nak tahan-tahan. Kalau tahan, lagi sakit. Tak caya cuba try.
Insya-Allah setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. By the way, ceramah-ceramah lepas angkat sumpah itu sungguh bosan. Tengok Dragonball pun tak sebosan ni.
Insya-Allah setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. By the way, ceramah-ceramah lepas angkat sumpah itu sungguh bosan. Tengok Dragonball pun tak sebosan ni.
Jas hampir-hampir nak kena ikat tangan dan kaki, lepas itu biar dia terbaring tengah jalan raya. Kemudian kita ramai-ramai naik motor pijak dia sebab dia telah memperkotak-katikkan perasaan kita dengan menyatakan tempat makan petang itu, 'Dekat je.. area-area Prambanan je..' TETAPI jauhnya mintak ampun. 1 jam lebih naik motor semata-mata nak dinner. Sampai rasa nak buasir sebab lama sangat atas motor.
Tetapi lagi, mujurlah tempat itu tak mengecewakan. Siap boleh pancing ikan lagi. Lepas itu makan pun kenyang-kenyang. Pandai eh ko Jas, manipulasi kami semua.
Tetapi lagi, mujurlah tempat itu tak mengecewakan. Siap boleh pancing ikan lagi. Lepas itu makan pun kenyang-kenyang. Pandai eh ko Jas, manipulasi kami semua.
Kawan tak tahu kat Malaysia macamana, tetapi kawan rasa orang Indonesia suka sangat ambil gambar cantik-cantik dekat studio. Sampai orang Malaysia yang belajar kat Indonesia pun rasa nak ambil gamba cantik-cantik kat studio (hehe.. tanak ngaku tuh). Kebetulan hari itu, sebab kelam kabut tak sempat nak kumpul satu angkatan bergambar sama-sama di Sardjito, maka satu lagi sesi fotografi telah diaturkan di Callista. Malangnya gambar-gambar hasil kat studio itu belum siap lagi, tetapi tadaaaaa!!!! Mujur ada Hanif dengan kamera saktinya. Tak payah pakai jurugambar profesional, pakai Hanif pun boleh dapat gambar cun. Kami sayang Hanif dan kameranya.
9 comments:
wah... dah angkat sumpah.. kiranya boleh panggil duktuuuuuuuurrrrrrrr dah ler...
belom ler... kt sini title die baru dokter muda... hehe
kalo kt msia tak laku lagi nih.. so takleh balik hehe
kuden...rasanya bertahun ikuti kisah di blog ni..mcm kenal setiap org
hehehehe....
kuden...semlm kak jie beli buah "pusing kedai"
terus ingat kat kuden
nk sign in guna akaun google..nk tayang avatar baru
cesss!
Kak Kujie!! Orang lame di sini.. haah la kak.. da betaun circle of frens tu je la kak.. lame lagi pjalanan ni kat jogja.. so orang akan nampak mereka2 ni je la lagi hahahah
amoi2 avatar.. sweetnyee kak kujie ku ini..
semaking kembang semangkuk....
hahaha jojo yg masih baru kat hokkuden pun notis, tuan punye blog makin hari makin kembang tubuh badan ahhaha
nk tegur gak pasal kembang mauripan tu...tapi ..kehkeh..
kakjie save gambo tshirt biru kt beachtahun sudah tu...mmg beza
bahagia kat sana tu...
cikgu Khaty.. mcm ku prnah kenal X_X
kak kujie.. hehe.. still ade eh gamba tu.. tu zaman kurus kak.. da lain da skarang hehe
mai.. mmg mung kenal pon
Post a Comment