26 May 2009

Menanti Hari Koas Episod 3

Oh tidak. Kawan sungguh malas untuk sambung episod ketiga ini. Tetapi kerana percaya kepada kata-kata, kerbau berpegang pada janji, manusia berpegang kepada tali, kawan gagahkan jua untuk menge-post entry ini. Hiaaaaahhhhhhh!!!

Kita cakap jujur-jujur lah eh. Sebenarnya, 80% aktiviti menanti hari koas ini lebih kepada aktiviti di bawah ini (lihat dengan teliti)

Kami sungguh bosan dengan cgpa 4 flat. Hari-hari kami lewati dengan tidur yang lebih dari mencukupi dan tengok peti televisyen. Selain peti tivi, kami juga pernah-lah sekali sekala buka peti sejuk untuk beraktiviti seperti di bawah (lihat dengan jelous ok)

Kami sempat anjurkan program chef diva di rumah. Siapa lagi kalau bukan Erra Fazira yang hari ini datang bertudung litup itu. Dapat pengcahayaan lepas bersalin

Nasi lemak Tahi Lalat dan Tangan Kena Iron Erra Fazira

Erra Fazira muncul lagi kali ini dengan hidangan Nasi Tomato Secantik Bibirku pula

Seronok ini kak Erra memasak, sampai tercabut-cabut tahi lalat dia



Tengok wayang jugak dalam episod ketiga ini. Kali ini tengok cerita animasi yang sungguh best di tahun 2009 ini. Best dia tahap-tahap wonderful. Storyline, animation, subplot, semuanya sungguh perfect. Ok-lah mungkin kawan bias sebab ada Reese Whitterspoon di dalamnya.

Kami datang berlima tengok cerita ini, tetapi 2 orang sahaja yang survive. 3 lagi hilang akal pergi tidur dalam cinema. Sungguh kurang asam.

Oh ya! Lupa nak highlight cerita penting. Gana sempat mencipta sejarah mencuci aquarium dengan penuh tragedi. *what happens here stays here mode*

Dinakren cuba membawa kelainan dalam diari kehidupan kami sehari-hari dengan mempersembahkan set papan catur. *tepuk tangan tepuk tangan*

Ini bukti kami sangat bosan, sehingga kami berinovasi buat piramid kad yang sangat wonderful.

Akhirnya! Habis juga benda mengarut ini. Jumpa lagi di benda-benda mengarut akan datang.

Foto studio angkatan kawan hari itu

3 comments:

mrblind said...

peh..piramid tu terbaik..

ak_0143 said...

huhu
banyak gak aktiviti ko ek...
best2 sume
gambar studio tuh cantek r
korang arrange mcm bentuk heart la plak...

eh, lama aku tidak ke mari kan?
ingtkah dikau padaku lagi?
muahahah

Kurt Kuden said...

mr blind. wahaha. itu percubaan yang ke berapa juta kali pun aku tatau nak jadi cam tu..

ak_0143 hehe.. mestilah aku ingat akan dikau.. jauh dimata dekat dihati.. ptuihhhhhh hahah