05 June 2009

orang-orang yang menarik

Kawan terpaksa bersekongkol dengan Amer untuk menyalahkan Kartee tidak ada facebook. Semua gara-gara Kartee tak nak register facebook, sampai kami satu rumah tak sedar yang hari itu ialah hari jadi Kartee wahahaha. Tahu tak tahu Kartee sambut hari jadi, ialah bila di suatu senja yang cukup seksi itu, tatkala Kartee pulang ke rumah dengan sekotak kek Pandan Leaf di tangan.

"waaaaahhh.. ada kekkkkkkkkkk..." tegur Amer.

"makan-makan, habiskan. Ini untuk korang" balas Kartee.

"waaahh. Birthday sape ni Kartee?" tanya kawan dengan penuh innocent.

"Birthday kawan yang ko dah kenal 2-3 tahun" 2-3 tahun? Siapakah itu? Main teka-teki pulekkk.

"Shah?? Kanmani??? Jas???????" Semua nama manusia kat Jogja kawan teka. Kartee dah pun berlalu pergi ruang tamu, dengan bo-layan semua jawapan-jawapan kawan itu.

Tiba-tiba Amir bersuara, "Birthday ko ke Karteee???????"

Krekkk... krekkkkk (bunyi cengkerik)

(untuk cover malu) kami memang buat-buat surprise party untok Kartee di Kona


Cerita kedua ini cerita lain pulak pada malam esoknya...


Terima kasih kepada NK kerana berjaya mengisi masa bosan kita di Forensik dengan menganjurkan 'Pong, You Rock My Socks Party' di Bengawan Solo Coffee! BETUL KAWAN TAK TIPU kawan sangat suka. Party yang sangat wonderful ful ful ful *echo*. Kami tak perlu susah-susah pikir untuk menu makan malam, tetapi cukup berkumpul sambil minum-minum kopi di hujung-hujung malam sambil meneruskan tradisi kita bila berparty, gosip, mengutuk dan charades!



Kawan tertanya-tanya kepada media di sini, adakah ini termasuk dalam KDRT (Kekerasan Dalam Rumah Tangga) *merujuk isu panas dua negara sekarang*

i.am.a.deodorantman.

opera cake

5 comments:

kujie said...

Jaga diri lek lok Kuden..mcm2 isu hangit kat sana tu....jgn ikut larut dgn emosi mereka

WanHidayat said...

Salam...

Saing...demo lamo lagi ko kat Indon(g)...lame doh dok bunyi Teganu...

Ape crite?

Kurt Kuden said...

kak kujie, hmm btol tu kak. sme pun nok emosi, so mmg sampai ble dok setel2 la

wanhidayat, hehe lamo lagi, 2tahunnnn hehe crite2 terkini, tu la.. kat blog ni je la hehe

ak_0143 said...

KDRT tuh tak cukup ganas r... haha
klaka giler kisah kartee tuh
masa dia berlalu tuh, mesti ada air mata di matanya..
huhu

Kurt Kuden said...

hey ko tak wish bday pong ke!!