31 August 2006

Hari 21 Di Ambang Kemerdekaan

Hari 21
Tarikh::30 Ogos 2006(Rabu)

11 September ada OSCE (Peperiksaan Makmal Kemahiran *Skills Lab*)!! Mampuih gua!

Kawan sekali lagi buat dono untuk misi hari ni. Petang ni kawan menyepak bola lagi (kaki bangku paling rajin katenye..). On da way balik, kawan sempat temuramah Acap pasal kost Pogung Kidul RT04/09 No-10A. Acap kata tu kost lama dia, dan sekarang member-member baru Malaysia 2006 tengah duk situ. Konpem full.

Ringkasan
Pogung Kidul RT04/09 No 10A - eliminated

notakaki::Esok 31 Ogos hari kebangsaan Malaysia ke-49. Bagaimana persiapan anda? Sudahkan anda memacak jalur gemilang di kereta anda? Sudahkan anda mengibarkan jalur gemilang di kediaman dan tempat kerja anda? Sudahkan anda telah mencari lirik lagu Negaraku yang telah setahun anda lupa susun katanya?

Hari 20

Hari 20
Tarikh::29 Ogos 2006 (Selasa)

Kawan buek apo aa ari ni? Muahaha!! Harraaammmmmm.. Petang tu, kaki bangku kawan ni rasa gatal lak nak sepak bola sebab dah lama tak sepak. So, misi petang ni tak buek apo2 la jawabnyo sebab kawan nak membangkukan kaki katenye..

Cuma tadi, kawan terpandang dalam peta Jakal, di mana lokasi sebenar Pogung Wrekso. Kawan dah dapat kenal pasti, tapi tak tahu bila nak explore. Soalnya exam dah sekitar sudut (direct translate dari around the corner.. katenye..). Banyak lagi tak ditelaah. Kalau tak telaah pelajaran macamana nak dapat keputusan yang berwarna warni (translate dari flying colours result katenye..). Muahaha! Lu all jangan bimbang, so far, kawan punya misi tak pernah menyusahkan hidup kawan. Kawan enjoy ada misi ni. OkeYh!?

Kawan gubra gak sebenarnya, sebab tinggal seploh (10) hari sajor lagi. Kalau bulan pose, ni dah kire 10 malam terakhir. Muahaha!

notakaki::kek kawin siti RM12ribu? Alaa.. kawan tak heran aa.. Kawan setakat nak dinner 12ribu tu hari-hari kawan belanja.. 12ribu rupiah katenye*hiks*

30 August 2006

Hari 19

Hari 19
Tarikh::28 Ogos 2006(Isnin)

Apa perasaan ko kalo ko pinjam barang orang pastu ko TAK TERsengaja TERrosakkan barang tu? Muahaha! Kawan memang trauma. Kawan tiada basikal nak ke Pogung Kidul, maka kawan pinjam basikal Albert. On the way pulang, kawan pusing blok G. Sampai dekat ujung jalan kawan terserempak sekkor anjing itam kecik tengah tidur. Ingatkan plastik itam, rupenya anjing. Gelabah punya pasal, kawan U-turn, tapi anjing tu tibe-tibe bangun pastu menyalak. Kawan dah gubra abis. Kawan apa lagi, terus 2 fast 2 furios. Tengah kelam-kabut tu, kaki kawan TERpijak cover rantai basikal (lupe nama menatang tu.. dah lama tak belajar basikalogy katenye..). Kelepang! Patah dan jatuh depan anjing. Kawan akhirnya selamat, tetapi kawan rasa kalau kawan tak lari pun kawan memang masih selamat. Gubra je lebih. Kawan balik dengan perasaan macam penjenayah. Tetapi mujur Albert tak marah. Dia cuma marah kalau kawan rasa bersalah. Mulia sungguh hati Albert. Tetapi anjing tu.. Sialan Lu!

Misi hari ni kawan soal-siasat Acap. Acap kate dia bukan penghuni kost tu. So, kawan kena investigate sendiri. (Takda mood nak layan kost tu aa)

Sore nonton Saw. Boleh tahan cite dia.. Sinopsisnya

Adam (Leigh Whannell) and Dr. Lawrence Gordon (Cary Elwes) wake up chained to pipes at opposite ends of a dirty utility room. They soon learn that they become the victims of the Jigsaw, a serial killer who devises intricate situations to get his victims to kill each other. Pitted agaist the clock and each other, the two must work to outwit their captor and save Gordon's family, who have been hostage by the killer.

Gempak giler English kawan.. Muahah! (Busuk aa ngaku tulis sendiri, padahal copy dari belakang cover DVD). Pokoknya, cite ni agak menggubrakan..

Kul 5 kawan kuar naik beskal Albert gi Pogung Kidul. Kawan jumpa Kost RT04/09 No 10A. Warna kuning. Nampak baru. Tetapi, kawan kena cek satu lagi maklumat yang tak boleh dipublishedkan di sini sebab apa kawan tak pergi masuk terus ke kost tu. Lepas tu, kawan pergi intai Pogung Kidul KM4.8 No 37A. Tapi blur dengan alamat. Kawan rasa abih misi ni 30 hari, kawan boleh apply jadi posmen kat Jogja sebab dah study alamat-alamat rumah orang katenye..

Ringkasan
Pogung Kidul
1. RT O4/09 No 10A - kene cek benda lain..
2. Jakal 4.8 No 37A - tak djumpe-djumpe..

29 August 2006

Hari 18

Hari 18
Tarikh::27 Ogos 2006

Kem dah selesai. Capek tak ilang lagi. Mujurlah jam yang tercicir semalam dah ada Indonesian jumpa. Selamat berkenalan untuk member-member 2006 baru. Yang penting kem dah selesai. Noktah!

notakaki::jumpa Acap selalu tapi tak tertanya-tanya pasal Asrama Arjuna K.Wuni

28 August 2006

Hari 17

Hari 17
Tarikh::26 Ogos 2006(Sabtu)

Pagi pergi cari Asrama Arjuna dekat Karang Wuni. OkeyH! Jumpe. Kawan tak leh bayang kalau kawan masuk kost ni sebab kost ni betul-betul depan kost Pong. Isk.. isk.. isk.. Asrama Arjuna blok dia banyak. Memang betul-betul asrama. Kawan dapat tahu Acap 3rd year penah duk sini. Mark Acap!

Kawan sempat jalan straight kuar dari Karang Wuni. Dan, terjumpa signboard Pandega Mandela. Lor.. ade lagi Pandega rupenye. So, kawan rasa lokasi Pandega Wrekso mesti area-area sini.. Marked!

Petang gi the so-called Kem Motivasi. Muahaha!! Enjoy lho! Sebab member-member baru kawan yang datang semua ni, semua sporting aa.. Hehehe.. Mark dua cewek Terengganu! Asobiyahh siottt hakuu.. Pedulik hape!

notakaki::hari 18 memang takkan ada apa-apa tindakan, agaknya. Misi tak bercuti, tapi kawan yang bercuti. ChawX!

27 August 2006

Hari 16

Hari 16
Tarikh::25 Ogos 2006 (Jumaat)


Kawan balik semayang Jumaat kat Pogung Baru. On da way balik tu, kawan singgah D-40. Rumah dia memang besar pastu ada taman sket-sket. Kawan nampak la ade sorang brader tu ngah siram pokok bunga. Kali ni kawan tekad nak tanya jugak. Kawan dah berani. Kawan tanya brader tu, ade tak lagi bilik yang kosong. Malangnya, brader tu cakap bilik semua dah penuh. Hampeh a brader!

Masa kawan nak chaw tu, brader tu panggil kawan..
"Mas! Mas! Cuba dilihat kost itu, mungkin masih ada kamar kosong" sambil tunjuk sebuah kost biru sebelah kost dia.
Kawan apa lagi, seronok aa. Pintu pagar dia tak tertutup, jadi kawan masuk je le ke laman kost tu. Pintu rumah pun tak ditutupnya. Bunyi radio tapi sekkor manusia pun kawan takde nampak. Kawan plan nak kasi salam je la..
"Assalaaaaa.." tak sempat kawan nak abih kasi salam, mata kawan terpandang benda yang terpampang kat dinding. Lambang salib dengan tuhan die Jesus Kristus yang tergantung hayun atas salib tu! Kawan terkejut ala Tergezut monyet! Naseb baik kawan tak wi salam. Bila nampak aje palang tu, kawan cepat-cepat blah. Taknak aku duduk kost kristian. Kalau ada jamuan-jamuan sponsored by ibu kost, tah pape nanti makanan dia kasi. Bukan leh caye dorang ni. Kawan pun cepat-cepat lari macam pencuri lari. Kensel kost tu!

Pastu kawan gi ke destinasi seterusnya iaitu E-50! Kost ni paling hujung. Kost yang pernah kawan minat. Kawan sampai aje terus kawan masuk dalam kawasan kost tu. Kebetulan ade ibu kost kat situ. Terus dia tanya kawan, "Ya.. Mau apa mas?" Kawan pun story aa kawan nak cari kost, bla, bla, bla.. Pastu dia pun cakap la kost tu sekarang masih penuh tetapi ada orang yang dalam proses nak keluar. Jadi, kawan kena tinggalkan dulu no telepon, nanti kalau dah kosong, dia kasi tau kawan. Kawan pun tanya aa Ibu KOst tu apa ciri-ciri kost ni.. Die bilang..
-kamar tidur yang well-furnished saiz 3X4
-kamar mandi dalam (attached bathroom)
-harga per bulan - Rp400ribu termasuk bil lektrik
-bayaran boleh dilakukan per 3 bulan
-laundry - Rp50ribu.

So, totally, Rp450ribu perbulan. Kalau kost kawan sekarang, kawan kena bayar Rp610 ribu. Kawan dah jimat Rp160ribu. Kire oraittt laa tu. Mase tu jugak, ibu kost ni warning kawan, kost E-50 ni ketat jugak die punye peraturan, perempuan tak boleh masuk. Sekali perempuan masuk, Ibu Kost tak teragak-agak nak halau. Kawan no hal peraturan yang macam tu, sebab kawan pun jenis tak suke bawak perempuan masuk bilik. Muahahah!!

Sekarang, E-50 dah jadi antara kost harapan. Tu pun, kalau ada bilik kosong a..

Misi ditangguhkan sampai kul 4. Kul 4 tu kawan nak pegi cari G-31 yang tak jumpe-jumpe. Kawan pusing lagi tempat same. Tak jugak-jugak jumpe.. Kawan lalu la sebuah banglo tu, nampak la sorang brader ngah siram pokok bunga (Pehal semua orang nak siram pokok bunga ni?). Kawan tanye aa
"Permisi mas, blok G-31 di mana ya?"

Brader tu cakap, die pun tak tau. Mungkin banglo depan tu. Muahaha! Banglo? Kirim salam je la brader. Kalau banglo yang dimaksudkan, kawan kene lupakan aa. Sebab, kawan pernah survey harga kost kat rumah besar tu. Iaitu Rp1juta perbulan. (bunuh diri..)

Pastu, kawan pergi lak ke Pandega Martha nak cari rumah dekat Pandega Wrekso. Ni satu hal lagi punya masalah. Pandega Wrekso tu kat mana? Kawan tanya la sorang akak tu yang tengah... Apehal semua orang nak siram pokok bunga ni?? Hari ni hari siram pokok bunga Indonesia ke? Lantak ko laah kak! Kawan tanya dia la kat mana Pandega Wrekso, tapi malang binti sedihnya, akak pun tak tau kat mana Pandega Wrekso. Dah, akak tu taktau, kawan pun pergi survey sendiri aa. Tapi, betul. Pandega Bakti ade.. Pandega Sari ade.. Tapi.. Jalan Pandega Wrekso takde.. Kawan pun kali ni cari rumah terus. Rumah 20A. Sebab, mungkin nombor rumah ni tak berbeza. Kawan jumpa la deretan blok 14A, 16A, 18A. Seberang jalan tu ialah 20A. Seronok tau.. sebab dah jumpa 20A. Tapi.. Tu bukan kost.. Tu Gereja Kristus Jawa! Gile ke ape mbak Info Kost ni? Ingat kawan nak kursus paderi ke masuk asrama gereja. Cepat-cepat kawan speed keluar dari Pandega Martha.

Next destination ialah Gg Pangkur 5. Blok ni senang je nak cari sebab dekat dengan jalan besar. Kawan dah jumpa blok ni. Tapi, malangnya jugak..kost ni still under renovation. Hampeh! Kawan blah! Lagikpun, kawan hari-hari lalu blok ni, tapi tak pernah terpikir nak masuk blok ni. Tah, nampak cam tak best. Blah! Blah!

Ringkasan
1.D-40 - eliminated
2.E-50 - macam best.. tapi tunggu penghuni blah! (masih dalam pertimbangan)
3.20A Pandega Wrekso - Missing In Action (tah kat mane tahh)
4.G-31 - Missing In Action (yang ni kawan rase tak pernah wujud.. propaganda je ni!)
5.Gg Pangkur 5 - eliminated

Misi Hari 17 berakhirr..

26 August 2006

Hari 15 Takde Maknenyee..

Hari 15
Tarikh::24 Ogos 2006 (Khamis)

Masuk hari ini, maknanya ada 15 hari lagi nak selesai misi ni. Kalau nak tunggu bulan puasa, hari ni dah boleh sambut nisfu Syaaban. Kalau tengah main bola sepak, sekarang baru masuk separuh masa kedua. Maknanya, lagi tak sabar nak abihkan misi ni. Lagi kencang jantung berdegup memikirkan hasil misi kali ni. Muahaha! Tak ada maknanya..

Kawan kan dah tekad semangat waja, walau apa pun halangan yang melanda, onak duri ranjau berbisa yang datang, kawan akan tetap habiskan misi ni! Kawan tegar!! Oh Yeah!! (Sambil berdiri)

Kelas abih kul 12. Kawan dengan tulang 4 kerat kawan, kawan kayuh basikal pergi Info Kost. Kalau korang ingatlah kann.. dulu-dulu waktu awal-awal misi ni, kawan pernah pergi Info Kost jugak kan(Muahaha! Bajet orang layann aa misi kawan ni..) di mana booth dia duk lam kedai. Tapi, Info Kost kawan kali ni memang berbeda. Bukan dalam kedai, tapi luar kedai. Meja seketul, ada alas meja pastu ada buku maklumat kost. Ala-ala jual vcd cetak rompak a. Senang nak lari angkut meja kalau kena serbu dengan perbandaran, agaknya. Yang jaga mende-mende camni, cam biasa aa cewek. Mase kawan sampai tu, dia ngah kopek (bukan kopek bahasa terengganu ye.. kopek bahasa rasmi Malaysia yang bermaksud ulas) mangga. Bila kawan sampai je, cepat-cepat dia sorok bawah meja. Hape? Ingat kawan kebulur mangga ko ke mbak? Tak hengen lho!(muahaha! Pehal aku kerek semacam?)

Tapi, walaupun gerai dia kecik saiz meja tulis kelas sekolah rendah je, dia punya maklumat complete! Sama taraf dengan Yellow Pages. Kawan cite lah, kawan nak kost kamar mandi dalam, harga bawah Rp400ribu, saiz kamar paling kecik 3x4, area sekitar Pogung Baru, Kidul, Dalangan dan Pandega. Waa.. memang efektif betul mbak ni. Seronok kawan nengok list kost-kost tu. Pastu, kawan demand la sket, mintak ada tak bilik 5x4, best tapi harga murah. Huh, sekali mbak tu buat muka slack! Muka perli la. Tak baik tau, mbak. Kawan nanya je. Kalau ada cakap ada, kalau tak ada cakap tak ada. Tak yah lah buat muka jamban. Malu kawan tau. Kawan hampir nak kasi ISO9002 kat Info Kost ni sebab bagi maklumat yang berkesan tetapi lepas je mbak tu buat muka jamban a.k.a perli, kawan pikir balik. Tak jadi kasi. Kalau kawan dapat kost melalui list ni, baru kawan anugerahkan. Doalah aje mbakk..

So, hasil Info Kost kali ni ialah.. Kepak kepung kepak kepung (sound track paluan kompang)

1.Jakal, KM 4,5 Pogung Kidul No 37A
2.Pogung Baru G-31
3.Pogung Baru D-40
4.Pogung Baru E-50
5.Pogung Kidul No. 10 RT.04/09
6.Jakal KM 5,6, Pandega Wreksa No 20 A
7.Jakal KM 5.2 Karang Wuni Blok B Asrama Arjuna (Rp300ribu perbulan)
8.Jakal KM 5 Gg. Pangkur 5

Delapan (8) kesemuanya. Meriah kau! Kawan on da way balik, survey a kost no 2 dan 3. No 2 kawan jumpa, dan memang nampak best. No 3 tu kawan tak jumpa-jumpa. Paling banyak pun G-30. Takde pun G-31. Melecet kangkang kawan kayuh beskal keliling tempat sama. Alih-alih masuk blok F, blok H. Tak jumpe-jumpe pun G-31. Round tempat sama tu tak payah cite a. Sampai penduduk kampung tu pun dah wat muka musykil ngan kawan. Mesti dorang ingat kawan ngah mark rumah nak rompak rumah. Come on aa.. muke nerd rompak rumah? Muahaha! Lawak senario aa..

Petang ada meeting Ospek junior 2006. Agak panas isu Ospek. Kawan tanak cite sebab too sensitive. Kang tak pasal-pasal kena tarik scholar. JPA ni takleh kira, bab-bab mengutuk, bab-bab Ospek, dia laju sket kesan pastu nak kasi respon yang bagai nak rak, tapi kawan punya 2 keping surat rasmi pasal duit bilik tu takdek pun nak dibalasnya.. kawan siap buat s.k (salinan kepada) tau. Kawan bukan nak tindakan, tapi kawan harapkan respons. Tapi takpe aa, kawan buat bodo je aa sebab kawan tau mungkin dorang penat bekerja dan lagi banyak benda penting nak pikir dari masalah picisan kawan ni. Tapi, tak sangka a pulak kali ni JPA punya tindakan "Cepat Sedia Berkhidmat". Muahaha! Memang betul-betul berkesan aa.. Kagum kawan jadi student JPA. Hak hak hak!! Wa respek aa sama lu JPA! Tepuk! Tepuk! (ni bukan ayat mengutuk.. jangan tersilap paham, okeyH! Takde maknenyee..). Walaupun kawan respek usaha semua pihak (pro n kontra), kawan pun ada isu jugak laa.. Ni ha.. Isu nak cari kost. Lagi penting dari benda-benda tu.. Bukannya junior atau senior yang sara haku! Takkan asik nak meminjam pitis member je kott.. Btw, kawan neutral.
Untuk semua, berpada-pada!

notakaki::hepi besday to kepam n guna. mau present? Muahahahaha!! Takde maknenyee...

notakaki2::
kost - bilik sewa (ala.. bilik sewa macam cite P. Ramlee Seniman Bujang Lapuk, rumah panjang ada bilik-bilik)

Info Kost - booth yang kasi service pasal maklumat kost dan rumah sewa yang available. Setiap maklumat dikenakan caj. Macam agen aa.. Takde maknenyeee..

24 August 2006

Hari 14

Hari 14
Tarikh::23 Ogos 2006(Rabu)

Tadi kawan nanye Si Non, nak gi tengok rumah tak. Non cakap, dia dan yang lain tak plan la pulak nak pindah sekarang. Dorang mau pindah bulan 1 taun 2007. Alasannya, tengah kumpul pitis nak beli motor. OKeYh, kawan akur dan hormat keputusan dorang. Kawan tak ralat langsung. Kalau dah gini gayenye, takkan kawan nak kena tukar Misi ni jadi Misi 6 Bulan Mencari KOST?? Gile ke hape? Kost ke mane, belajar ke mana?

Pikir balik, kawan takkan tukar MIsi ni jadi 6 bulan ke.. 1 tahun ke.. tapi kawan akan tetap dengan 30 hari! Kawan cuba lah usaha, walaupun sikit. Sekarang sasaran kawan lebih kepada kost. Kalau ada rezeki kawan, kawan dapat lah kost murah. Kawan tak tahu lagi sampai bila kawan duk sini, tapi kawan dah lunaskan bil api sampai bulan 9, bil laundry sampai bulan 10 dan sewa bilik sampai bulan Januari 2007 (tu pun tak cukup Rp125000). Jadi, andaikata bulan 10 kawan berjaya kuar dari kost ni, kawan kene tanye ibu kost kawan boleh ke tak nak dapat balik pitis bil laundry dan pitis sewa kawan yang dah bayar tu. Masih tergantung dengan keadaan lagi yang kawan sendiri pun tak dapat agak apa akan berlaku. Sekarang kawan cuma merancang, dan yang menentukan cuma kerja Dia, yang lebih berhak dari kawan. Kawan sebenarnya lagi senang masuk kost, sebab tak perlu pikir banyak hal untuk orang lain. Tetapi, tengok lah macamane.. Kalau kawan rasa kawan sabar dan nak tunggu tahun depan masuk rumah, kawan tunggu. Kalau kawan rasa kawan nak kuar sebelum taun depan dan duduk kost, kawan masuk kost. Dan, option yang terakhir, kalau kawan rasa kawan nak stay kat F31 ni, kawan stay (kate pitis scholar naik... Muahaha!!). Semuanya urusan Dia.

Sekali lagi, kawan tak akan stop Misi 30 Hari Mencari Kost, dan ia tetap akan diteruskan. Walaupun selepas 30 hari kawan mungkin gagal atau kawan mungkin berjaya, tu semua tak penting. Yang penting, kawan berusaha. Oraiteee!!

Hari 13 (Bioskop Hokkuden)

Hari 13
Tarikh::22 Ogos 2006

Misi hari 13 tertunda lagi. Atas sebab yang boleh dielakkan, tapi nak perabis nonton Jomblo punye pasal kawan terpaksa isytihar kan hari 13, holiday! MUahaha!! Yuk bace review Jomblo!

Photobucket - Video and Image Hosting

Judul::Jomblo
Genre::Komedi Romantik
Pelakon::Ringgo Agus Rahman, Christian Sugiono, Denis Adishwara, Rizky Hanggono, Rianti Rhiannon Cartwright, Nadia Saphira, Richa Novisha, Karenina, Tike.
Pengarah::Hanung Bramantyo
Penulis novel::Adhitya Mulya

Sinopsis

4 sahabat, Agus (Ringgo Agus), Doni (Christian), Bimo (Denis) dan Olive (Rizky) yang masih lagi jomblo (bujang belum punya pacar). Semua keempat-empat ni ada cerita cinta mereka yang berbeza. Agus cowok first time ada pacar. Bimo yang belum lagi diterima oleh mana-mana cewek. Asyik kena reject, tetapi satu hari berkenalan dan mesra dengan seorang cewek melalui telefon. Hubungan mereka macam orang bercinta bile bual-bual dalam telefon. Olive pulak cowok pemuja rahasia yang serius dan takut nak dekati cewek, tetapi admire sorang cewek yang sudah lebih 3 tahun. Namun, tak pernah-pernah Olive ni berkenalan dengan cewek tu. Dan Doni pulak seorang cowok hensem yang digilai ramai cewek tetapi gemar layan pompuan just for making love (ML). Cukup untuk memuaskan keperluan fizikal dari keperluan cinta. Konflik timbul bila Agus selingkuh, Bimo nak bertemu gadis misteri, Olive nak luahkan perasaannya dan Doni yang akhirnya bercinta dengan cewek yang diminati Olive. Maka, secara otomatik timbul konflik dalam persahabatan mereka. Kesudahan setiap konflik? Kawan tanak cite nanti spoilkan ramai orang. Walaupun ending dia mungkin ramai tak puas, tapi at least kawan tak dapat agak apa ending dia(atau kawan yang bengap.. muahaha!)

Pandangan

Jomblo
adalah adaptasi novel karya Adhitya Mulya. Pertengahan pertama cerita dan sikit-sikit masa pertengahan terakhir cerita ni ada unsur komik macam cerita Me Vs High Heel. Tapi tak sebanyak cerita Me Vs High Heel dan lagi teratur serta lagi 'masuk' elemen-elemen komik dalam Jomblo. Kesimpulannya, kawan rasa Jomblo sebuah filem yang kemas dan korang tak rase irritating. Serius. Kawan suka tema dan masalah-masalah yang ditimbulkan dalam Jomblo. Saling berkait walaupun ada sesetengah cerita secara dasarnya tak ada kaitan antara satu sama lain. Tetapi dalam Jomblo, semuanya dalam sebuah cerita.

Tema dia tentang apa erti cinta. Konsep Jomblo yang lebih kepada narrating, di mana Agus bertindak sebagai narrator dan memperkenalkan sebahagian watak utama dalam movie ni. Banyak falsafah cinta dan falsafah lain Agus dan watak-watak lain dibicara. Kawan rasa sangat best dan langsung tak klise or overdose punye tangkap leleh. Ngam ngam. Kawan agak terkesan dengan banyak bual/dialog lam cerita ni. Yang lucu tetap lucu, yang serius tetap serius dan yang sedih tetap sedih. Takde ayat-ayat yang buat korang rasa geli, menyampah atau poyo.

Lagi best, cerita ni dilakonkan oleh Agus yang sangat bestttttttt gile berlakon. Kawan tak pernah tengok dia berlakon, tapi kawan respek lakonan bersahaja Agus. Mamat ni menyerlah gila. Pelakon lain pun OK. Kawan ulang, OK, tapi tak sebagus Agus. Tetapi, cameo Tike dalam cerita ni walaupun beberapa babak saja, kawan rasa dia sangat lah cemerlang. Memang best la Tike.

Setting cite ni di buat di Institut Teknologi Bandung yang ditukar nama Universitas Negeri Bandung dan juga Universitas Padjajaran yang diubah ke Universitas Jatinangor. Walaupun latar belakang Bandung a.k.a Paris Indonesia, kawan rasa cite ni tak overdose punye nak promote Bandung macam dalam cite Heart yang sangat poyo.

Setiap movie ada kelemahan, tak lari movie ni.. mula-mula kawan agak bengang dengan Rizky sebab kawan rasa dia cam kaku same gak dengan beberapa yang lain. Mase tu kawan rasa Rizky lagi best senyap sebab lagi 'rasa' watak dia, tapi bila dia bukak mulut, kawan akan rasa fail la mamat ni. Tapi, lame-lama kawan rasa Rizky jadi makin best lam cite ni. Kawan dah suka Rizky pegang watak Olive mamat dari Acheh. (Muahahha!! Matilah cakap itu satu kelemahan..)

Kawan tak tahu nak puji camane, Jomblo sekadar movie tema biasa komedi romantik tetapi digarap dengan kemas oleh Hanung Bramantyo. Camane pun, kawan nak kasi kredit kat Adhitya Mulya sebab menulis novel ni. Watak lam cite ni dikembangkan dengan konflik biasa tetapi pembawaan tu yang jadikan konflik ni best. Babak ade yang kena tolak sebab muka tak ensem dan jadi secret admire orang tapi akhirnya tak kemana, kawan rasa terkesan sangat. Macam tengok diri sendiri pun ada. Babak nak putus cinta pun terkesan. Tak poyo langsung. Nampak natural. Kawan dah tak reti nak komen ape tentang Jomblo, sebab ia memang sebuah movie yang sangat BEST. Walaupun ramai yang akan kondem pendapat kawan sebab bangga dengan filem yang kononnya picisan, tapi kawan pedulik hape!? Kawan tetap rasa JOMBLO masyhuk!! Bagi kawan, kalau dah terkesan dalam hati tu, maknanya cerita tu best lerrrr... tak yah tunggu nak menang anugerah filem terbaik baru filem tu best.

Nash, ko kena tengok cite ni!!!!?? Chii lagi lah kene tengok kalau nak mengetahui perasaan sebenar jomblo seperti kawan. MUahaha!!

Rating::Nua cakap hampir best macam AADC, tapi kawan rasa cite ni LEBIH best dari AADC. Lebih 0.1%. Muahaha! Kalau JOmblo ialah jawapan esei Bahasa Melayu, kawan kasi A+, sebab isi-isi penting dia, tatabahasa dan pembendaharaan kata dia cemerlang. Ahaks!

Harus Nonton?::MESTI TONTON

23 August 2006

Hari 12

Hari 12
Tarikh::21 Ogos 2006 (Isnin)

Siti nikah hari ni? Lantak ko la eh.. Tapi, Indonesian pun amik peduli pasal Siti, sebab dalam paper Indon semalam, ada kuar berita Siti nak nikah hari ni dalam front page. Lepas tu, waktu kawan pergi Pasar Beringharjo petang tadi, mbak yang jual telekung tu tanya kawan, kenapa tak pulang Malaysia? Kawan bingung, dia cakap lagi, "kan hari ni Siti mau naik pelamin.." Hmm.. lantak ko la mbak. Siti nak kawin ke, siti kentut ke, siti picit jerawat ke.. kawan dapat ape? Dapat habukkk je katenye..

Misi hari ni sedih siket. Kawan dah semangat ni plan nak pergi usha rumah petang lepas Asar, sebab pagi nak tengok futsal batch dekat Gelanggang Mahasiswa pastu tengah hari nak gi Pasar Beringharjo nak cari telekung untuk sepupu, Kak Faezah. Dia kirimkan 4 telekung semayang, salah satu dari 4 jenis telekung yang dikirimnya ialah kain perut ayam. Kain perut ayam? Kawan tak pernah dengar la pulak perut ayam boleh buat kain. Nanti pakai tak kene hama ayam ke? Kawan pernah kena hama ayam tau, memang merana nak mampus.

Balik dari Pasar Beringharjo dah kul 3.30 sore. Malas la pulak kawan nak pergi ajak Non ngan Anep usha rumah. Tapiiii... macamane kawan nak mengelat ni. Tibe-tibe, Arip mesej kawan ajak gi Ambarukmor malam ni makan pizza sempena kelas dah nak start esok(Gile ke ape ko Arip? Sempena kelas nak start pun buat jamuan? Tapi takpo, kawan suka acara makan-makan ni). Muahaha! So, kalau semua dah gi Pizza, otomatik la kan misi nak gi tengok rumah terbatal kan? MUahahaha! Kawan suka! Kawan suka! Tepuk! Tepuk!

Malam balik dari Ambarukmor, kawan pinjam VCD Jomblo dengan Rangga. Nanti kawan ulaskan untuk korang. Nampak gaya macam best cite ni.. To all Jomblo-s outthere, nantikan review Jomblo kawan.

Ringkasan
Kuang kuang kuang... Misi hari ni harrrammmmmmmmmmmm ado jawabnyoooo..

notakaki::Esok macamane pun kawan akan berusaha gigih untuk MISI ni! Usaha yuk!!

21 August 2006

Hari 11

Hari 11
Tarikh::20 Ogos 2006(Ahad)

Siot a dorang! Kate nak join walk-a-thon Pogung Baru sempena kemerdekaan! Kawan pukul 5 setengah pagi dah siap mandi melanguttt nunggu orang panggil turun gi walk-a-thon. Tapi harraammmmmm jawabnya. Pukul 7, baru sekkor sekkor bangun. Muke tak bersalah blake. Her her.. Lebih-lebih lak kawan punya semangat nak join acara jalan kaki ni, kan? Tak penah-penah pun, pagi ni semangat pelik. Dok tau sebab ape.. Her.. her..

Tapi, kitorang breakfast same-same kat Jalan Siswa. On da way balik sempat singgah Adidas. Yang menggugat imannya, ada satu jaket ni cun nak mampus!! Meleleh air liur wa cakap lu!! Mas Robby pun cakap cun. Tapi, dia tak sebut cun la.. die sebut cakep. Dia kan indon, mana tau maksud cun. Bila kawan sebut Jaket Cun, Bung Reynald bantai Jackie Chung! Her her her.. Tapi... bile kawan tengok harga..Rp699000! telan air liur kawan dibueknyoooo..

Kawan plan siang tengah hari matahari tercacak atas pale nanti, ingat nak gi usha rumah kontrak dekat KM6,5 dan KM7. Tapi, Kepam pulak ajak teman dia menemankan Aini yang berteman Dede (Indonesian) pegi Ambarukmor. Makanya, kawan pun pospon lawatan ke rumah baru ke lepas Asar.

Mase kat Ambaruk, Planet Surf ade sales kat floor bawah. Kawan ade terusha satu lagi jaket Billabong. Kaler dark brown dan line die kaler oren. Malatops wa cakap sama lu!! Walaupun harga berganda-ganda lagi murah dari Adidas, tapi kawan kena save pitis lu. Nak bayar duit bilik pun meminjam pitis member, ni kan nak beli jaket (jalan-jalan gi Ambaruk, ade lak pitis.. Muahaha!) Tunggu scholar masuk, baru shiply shopping sepuas ati mak bapak aku. Muahahah!

Balik aje dah longgar pale lutut sebab letih tawaf Ambaruk berkali-kali. Semangat punye pasal, kawan pergi gak kost Non, nak ajak gi usha rumah sesame. Tapi, kepala lutut punye member, dorang pulak malas nak pergi. Pospon esok. Yoooo laaaahh tuuu!! Esok ada match bola. Sekkor-sekkor mesti letih, pastu pospon lagikkkkk... (padahal kawan pun harraammm rajin nak gi hari ni.. muahaha!)

Ringkasan
Adidas - Jaket putih belang biru, kelabu, itam - Rp699ribu
Billabong - Jaket dark brown, line orange mencapap - Rp185ribu

Ecopp!!! Nape cam pelik hasil dari misi kali ni? Muahahaha!! Lari!!!!

notakaki::esok kawan akan berusaha keras untuk Misi 30 Hari Mencari Kost! Ganbate!!

Hari 10

Hari 10
Tanggal::19 Ogos 2006 (Sabtu)

Al-fatihah untuk Arwah Ayahanda Zilah (Kedokteran Gigi 2004) yang telah kembali ke rahmatullah semalam. Takziah kawan ucapkan semoga roh ditempatkan di kalangan orang beriman. Aminn

Misi hari 10 kawan rasa kawan tak buat hape ke bende. Cuma petang semalam, Kartee tanya kawan, kawan jadi tak nak pasang internet kat bilik? Aiseyman, tetiba lak iman kawan goyah. Kawan rasa baik kawan stay. Tapi, cepat-cepat kawan cakap kawan plan nak pindah. Dan, die pun lagi ngerti.

Malam tu waktu tahlil kat rumah Helwa, kawan sempat sembang dengan Non dan Anep Arifin, dia tanye kawan pasal rumah dekat KM6.5 dan KM7 tu. Dia ajak kawan gi usha esok. Hmm.. kawan rasa okeh gak tu.

Kawan sebenarnya kalau bukan sebab harga kost ni yang mahal, kawan memang tak nak pindah. Kawan rasa best duk kost ni bukan sahaja biliknya yang best tapi penghuni dia yang best. Semua orang kat sini baik. Ko tak rasa terasing, lone-ranger etc bile masuk sini. Dorang treat kita macam kita Indonesian. Dan, yang penting kitorang kompak. Ade jersy kost, team bola sepak kost, lari same2 mase time gempa bumi(muahahah!) yang terbaru Mas Robby lagi bikin blog untuk kost. Hehehe.. Kompak tak kompak kitorang.

Walauapa apa pun, Kawan kena pikir gak pasal bayaran ni. Semalam kawan ikut Idid hantar Nani ke kost dia. Kost dia besar nak mampus, cantik nak mampus, mewah nak mampus, tapi hanya bayar Rp350ribu termasuk kamar mandi dalam dan letrik! Murah nak mampus! Gile ko! Mane ko nak cari kost best macam tu??!!

Ringkasan
Sembang dengan Kartee
Sembang dengan Non
Tengok kost Nani

notakaki::kompak artinya muafakat, bersatu padu

20 August 2006

Hari 9 (Bioskop Kuden)

Hari 9
Tarikh::18 Ogos 2006 (Jumaat)

Misi? Heheh.. Offday sebab tengok Mendadak Dangdut!

Photobucket - Video and Image Hosting

Judul::Mendadak Dangdut
Genre::Komedi Drama
Pelakon::Titi Kamal, Kinaryosih, Dwi Sasono
Pengarah::Rudy Soedjarwo (Ada Apa Dengan Cinta, 9 Naga, Mengejar Matahari)

Sinopsis
Petris (Titi Kamal) seorang penyanyi alternatif rock. Seorang yang sangat kerek, mulut jahat, kasar dan kurang hajau. Kariernye diuruskan oleh akak nye sendiri, Yulia (Kinaryosih) yang 100% setentang dengan ciri-ciri Pet. Satu malam nak dijadikan cerita, balak si Yulia (Club Eightees punye member) tumpang kereta dorang berdua. Pastu ada road-block, tak semena-mena balak Yulia ni lari kuar dari kereta dan tinggalkan beg berisi 5kg heroin. So, nak dimudahkan sinopsis, mereka berdua ni tersangka bersalah dan waktu nak bawak gi mana entah naik keta polis, adik dan kakak ni dapat meloloskan diri lari. Lari sampai lam kampung yang tengah wat konsert dangdut (Senandung Citayam) hak milik Mas Rizal (Dwi Sasono). Sebab nak menyamar, Pet berlakon jadi penyanyi dangdut (sebuah muzik yang dibenci bangat oleh Pet) yang kebetulan penyanyi asalnya, Fetty Manis Madu lari. Lepas dari tu, demi menyelamatkan diri, mereka berdua terus menyamar dan Pet terus menjadi penyanyi dangdut tetap. Walaupun, benci dangdut, lama kelamaan, atas dasar kemanusiaan, Pet ngerti apa arti perjuangan penyanyi dangdut. Konflik juga timbul apabila sikap Pet yang agak menyebalkan dan sukar untuk ucap terima kasih terutama pada Yulia yang banyak berkorban (klise? hehe..). Endingnya? Hehe.. Of course aa happy ending. Korang pun boleh agak apa endingnya..

Pandangan Kurt
Kawan agak overestimate, so kawan kecewa sket. Titi Kamal tak cukup Inul untuk dangdut. Nak sampai tahap Ani Mayuni pun belum lepas. Bila Titi nyanyi, lagu tu rase kurang dangdut walaupun sedap. Kawan harapkan ada cameo lagi gempak, tapi sekadar tu saje. Tapi korang still boleh enjoy sebab walaupun enteng untuk dimengerti (a.k.a storyline biase sajerk..), korang akan enjoy dengan bual/dialog (skrip) dalam Mendadak Dangdut. Komedi dan bersahaja. Mungkin pelakonnya bagus. Kelebihan movie ni bergantung pada setting nye yang bukan seperti Eiffel.. I'm In Love, Ku Tlah Jatun Cinta, Heart yang sangat seperti Mari Melawat Indonesia, tetapi lebih macam setinggan. Kire jujur aa.. Cara amik gambar pun cun. Kawan tak ade ilmu nak detailkan tentang pembikinan filem, tapi cukup lah sekadar syok nonton sinematografi Mendadak Dangdut. Babak berkesan dalam cite ni masa dorang lari kali terakhir dari polis, walaupun cam tipikal, klise wutever, kawan rase cam terkesan lah jugak.

Kawan tak de masalah dengan pelakon Mendadak Dangdut, sebab semua boleh berlakon. Pendek kata tak fake. Cuma kawan rase kecewa dengan cite yang terlalu mudah, cuma dua konflik : Hubungan kakak adik dan masalah keluarga Maman yang miskin. Cuma satu setengah jam cite ni. Kawan jugak frust Mendadak Dangdut yang masih kurang dangdut. Penonton konsert dangdut dalam movie ni lagi dangdut dari Titi Kamal. Yang mungkin boleh dipuji tema cerita yang juga mengangkat dangdut bukan sebuah picisan. Penyanyi pop mungkin menyanyi untuk kepuasan diri, tapi penyanyi dangdut menyanyi untuk kepuasan pendengar sahaja. Lupekan tema porno dalam Mendadak Dangdut. Satu hal lagi, kawan tatau kalau cite ni masuk Malaysia ape reaksi orang dengan isitilah-istilah panas..
"Goyang pantattt!!" Sambil tepuk-tepuk bontot, Jablai yang berarti Jarang Dibelai dan segala macam isi kandungan dangdut yang agak horny. Heheh..

Rating::Jauh better dari Heart, Eiffel.. I'm In Love, Cinta Silver, Tentang Dia tapi masih jauh nak sampai tahap best macam Ada Apa Dengan Cinta. Hehehe..

Harus nonton?::Tak tengok pun takpe.. Kecuali nak tengok Titi Kamal. (Muahaha!)

notakaki::Kecantikan Titi Kamal diexplore semaksima mungkin. Harus nonton kalau nak tengok Titi Kamal. Tapi lame-lame kawan rase Titi Kamal macam Linda Onn, Kinaryosih macam Vanida Imran, Dwi Sasuno macam Farid Kamil. Hehe..

19 August 2006

Hari 8

Hari 8
Tarikh::17 Ogos 2006

Hari ni kawan keluar seawal jam 4 sore. Kawan masih lagi pusing Pogung Baru. Walaupun, kawan nampak banyak kost putra terutama dekat Blok E, kawan dah lalu dua tiga kali, tapi segan nak masuk tanye. Bukan segan ape, tapi segan tak reti nak kecek Indon dengan dorang. Walaupun kawan Sok-Indon, kawan segan gak la. Esok-esok aa kawan gi tanye balik. Kawan pusing sampai ke blok A. Kawan nampak A7 kat situ dia tulis "Untuk Dikontrakkan", tapi kat tepi tu ade tulis Kost Putri. Kawan tak sure, Kost untuk dikontrakkan atau rumah tu yang dikontrakkan, papehal kawan salin dulu nombor tepon dia. Kawan kayuh lagi beskal kawan. Kawan nampak banyak rumah macam takdek orang duduk, tapi takdek a pulak label atau papan tanda menandakan rumah tu nak dikontrak.

Lepas pusing Pogung Baru, kawan try masuk Pogung Kidul. Kali ni, kawan bukan setakat pusing Pogung Kidul lepas dari selokan(anak sungai) tu aje, tapi kawan kayuh terussssss sampai hujung. Belah kiri kawan ada sawah-sawah padi menghijau luas terbentang. Cantik gila pemandangan. Kawasan rumah Pogung Kidul memang a tak tersusun seperti Pogung Baru, tapi lebih macam setinggan siket. Macam rumah-rumah lam cite Tamil tu. Dalam tu ada hero Tamil tak hensem perut buncit dan misai galak tapi terer gaduh. Kalau gaduh suke pakai kain putih lipat macam cawat. Hero Tamil ni lak baik ati suke bela penduduk kampung dia. Dalam masa yang sama, hero Tamil ni jatuh cinta kat awek Tamil satu kampung gak. Tapi awek Tamil ni anak kepada ketua kampung yang crook. Tapi, kerana sakti cinta, dekat ending cite dia, apa-apa jua sekalipun, hero tamil ni dapat gak kawin ngan awek Tamil ni. Dey Tambi!! Pasal kawan cita pasal cite Tamil ni??? OK ok.. berbalik pada rumah kat Pogung Kidul. Padat-padat pastu rumah berpetak-petak. Berpetak-petak pun, banyak gak kost cantik-cantik. Kawan rasa mesti murah, sebab geografi dia bukan area macam Pogung Baru. Tapi, kawan tak singgah aa kost-kost tu.

Kawan kayuh punya kayuh, rupenya kawan dah masuk kampung lain. Pogung Rejo! Semalam baru kawan tertanya-tanya Pogung Rejo ni kat mana. Kali ni kawan tengok sendiri Pogung Rejo depan mate kepala kawan. Lagi padat dari Pogung Kidul. Kawan apa lagi, mula a cari rumah D23 (rumah lantai keramik). Tapi malangnya, kawan lagi bingung dengan penomboran rumah kat Pogung Rejo ni. Kawan nampak blok A. Tapi bila kawan gi terus kawan tengok nombor rumah dah takde huruf. Terus nombor. Pastu kawan nampak satu rumah kat corner lot, untuk dikontrakkan. Nombor 375. Tapi, takde aa pulak nombor tepon. Hanya suruh hubungi Mbak rumah tu aje. Hello.. nak hubungi pakai ape? Telepati? Kawan just ingat-ingat je aa nombor rumah tu. Kawan rase area Pogung Rejo ni takde aa jauh gila. Kire okeh aa.. Pastu kawan kayuh lagi kayuh lagi kayuh lagi. Kawan masuk blok B. Kawan dah bengong. Apasal B kat depan? Tapi, kawan tak masuk a blok-blok dalam blok B, tapi kawan gi terus je. Kawan cuma nak share satu aje, area kat sini sangat menenangkan. Kawan ingatkan area kawan tinggal takde kawasan kampung tenang-tenang macam ni. Kawan dapat menikmati udara petang yang nyaman sangat. Kawan tak rasa pressure kayuh beskal seperti mana kawan kayuh atas Jakal.

Feeling punye pasal, kawan pun tak sedar kawan dah masuk kampung lain. Kali ni Pogung Dalangan. Area rumah sini kawan rating kan antara Pogung Baru dengan Pogung Kidul. Banyak rumah dan kost yang sangat best. Best maksud kawan bukan lah kost best taraf sebulan Rp1juta, tapi nampak selesa. Korang jangan ingat kawan cerewet nak kost high-standard, nak bilik besar, nak katil besar, tapi kawan nak kost selesa. Kawan tak reti nak explain, ape maksud selesa kawan. Cuma kawan saje yang tau apa selesa untuk kawan. Jadi, jangan lah buat spekulasi bahwa kawan ni ngade-ngade nak kost best, nak kost mahal, nak kost kamar mandi dalam, nak kost besar, nak kost macam orang kaya and apa-apa je aa.. Kawan bengang la kalau macam tu. Respect la hak orang, k. Winamp kawan ni tau je mood kawan, tibe-tibe je kuar lagu Metallica-Master Of Puppets. Mood bengang siket!

Okeh.. dalam Pogung Dalangan tu, kawan noticed la rumah best, kost best, area best, tapi big problemnya, kalau kawan setakat nampak aje ni ada kost, situ ade rumah, tapi kawan tak buat hape-hape tindakan, ape gunanya kan? Kalau kawan panjangkan misi kawan sampai setahun pun kawan tak dapat apa-apa. Jadi sekarang ni kawan kene mengatasi masalah komunikasi. Kawan kena berani masuk kost. Tapi big problem kepada big problem kawan ni, kawan tak jugak berani-berani. Jadi kawan pikirkan satu hal. Kawan setakat ni, kalau kost-kost atau rumah-rumah kontrakkan bukan Pogung Baru (seperti Rejo dan Dalangan) kawan akan mark kawasan ni dan kawan akan rujuk info kost. Kawan tatau lagi praktikal ke tak cara kawan ni. Tapi, kawan akan usahakan untuk ke Info Kost hari Sabtu atau Selasa ni. Kawan nak cek kost dan rumah yang available di sekitar kawasan yang kawan maksudkan. Okeh. Misi kawan sebenarnya agak jauh kali ni. Walaupun jauh, tapi points penting tak banyak. Tak banyak hasil mane. Cuma, kawan rasa dah setahun kawan duk Jogja, nilah kali pertama kawan rasa nyaman gila duk sini. Kawan lupakan soal kawan tengah bermisi, kawan hanya kembangkan lobang idung dan sedut udara segar area Rejo dan Dalangan. Layan woo kayuh beskal tepi sawah padi time matahari nak tenggelam. Best sangat-sangat. Rase nak buat sekali lagi a.. Tapi..... Satu lagi big problemnya ialah, kawan dah lupa jalan mane kawan masuk ke tempat-tempat tu tadi. Arghhh!! Sebab kawan main belasahh masukkkkkkk je.. kawan dah lupa. Goblok lu!

Ringkasan
Kost
1. A7, Pogung Baru (rumah kontrakkan??)

Pergi cek balik dekat Info Kost!

Misi Hari Delapan Tammat

notakaki::Pernah tengok Oliver Twist? Kalau sape-sape suka drama, kena tengok Oliver Twist. Kawan baru tengok semalam. Kawan rasa Roman Polanski (The Pianist) punye cite ni boleh tahan best. Barney Clark mengingatkan kawan pada Amir anak buah kawan. Walaupun Amir langsung tak secomel Oliver Twist, tapi suara serak die tu same. Hehe.. Kene tengok woo!! Drama habis tapi bukan jenis leleh air mata aa.. AMARAN::Sesetengah orang akan tertidur tengok cerita macam ni..

18 August 2006

Hari 7

Hari 7
Tarikh::16 Ogos 2006

Sebelum masuk bab misi,kawan nak story experience terbaru kawan yang agak memalukan dulu. Cite pasal result blok 6. Macam ni...

Result blok 6 dah kuar Isnin lepas. Kawan pun semangat lah gi tengok dekat notice board. Sebab, member cakap ramai dapat A dan A/B. Excited nih. Harap-harap dapat r A/B. Nama kawan kalau dalam register batch kawan adalah nombor 2 dari bawah. Jadi kawan tak payah susah-susah terkebil-kebil cari nombor giliran kawan. Okeh.. bila dah nampak nombor dua dari bawah tu dan kawan pun pergi lah tengok gred kawan brape. Wahhhh!! A/B!! Teruja siot!! Macam menang judi kawan gembira! Bila semua orang tanye kawan dapat berape,kawan cakap a kawan dapat A/B. A/B ni kire gred tertinggi dalam sejarah kawan duduk UGM a.. Tu baru A/B, kalau A memang kawan boleh gembira tahap terbang macam burung a. Sedang kawan lagho menikmati kegembiraan, Phaik Hsia datang kat kawan..

"U dapat bape block 6?"
"A/B.. U?" Excited ni tanye result orang.. sebab result sendiri tak rendah sangat.
"Same la.. But, how is your tutorial's mark? Mine and Guna's quite low, 70 sumthing saje.."
"Oh eh? Hmm.. Sekejap I check mine.." Kawan pun berlari-lari anak gi dekat notice board tengok markah tutorial.
"92 sumthing.. Nape U punye rendah sangat? Bukan ke kite punye tutor sama dan kasi markah sama.."
"Itu pasal la.. swarna pun sama, She got 70 sumthing for her tutorial.." Kawan fail siket bab menenangkan orang.
"Aku rase baik U pergi check balik dengan Mbak Kiki. Ade silap kire tu.."
"Ya la.. I memang nak gi check la ni.."

Phaik Hsia pun berlalu. Kawan pun berlalu gak pergi mane ntah, kawan pun dah lupa.

Selepas 2 hari, cite ni bersambung lagi.

Dalam bilik kuliah, Phaik Hsia duk belakang kawan. Dia cakap memang ada kesilapan teknikal dalam markah tutorial tu. Kawan pun terkezut monyet a..
"Mbak Prita cakap, markah assignment untuk U, Swarna and me belum masuk lagi dalam markah total.."
Kawan bertambah-tambah kejut beruk. Kalau belum tambah dah 92 sumthing, kalau tambah mesti jadi beratus2 ni. Hehehe.. Mesti naik ke gred A. Hak hak! Kawan suka! Kawan suka! Tepuk! Tepuk!

Selesai kuliah, kawan gi check kat internet, gred sebenar blok 6 kawan. Dalam internet, dia tak tunjuk markah, dia hanya papar gred saje. Bila tengok blok 6 punye result, kawan terkejut beruk mak yeh. Kali ni terkejut yang tak best. Kawan punye result blok 6 ialah B. What is that????

Kawan pun pergi lah dekat notice board. Kawan cek result blok 6 yang kawan sangka dapat A/B tu. Memang betul A/B, tapiiiiiiiiiii... tu bukan nombor giliran kawan. Tuh nombor sape punye ntah. Kawan punye nombor giliran dalam muka surat lain yang bercerai dari muka surat tu. Lepas tu, bukan nak tampal bawah muke surat tu, tapi ditampalnya sebelah kiri. Mesti lah kawan ingat tu result batch lain. Bila kawan tengok nilai sebenar blok kawan, kawan terus terkejut beruk mak yeh Hulu Tembeling punye beruk. Beruk spesis-spesis kawasan orang asli Pahang nun. Kawan dapat B. Markah tutorial kawan lak memang 70 lebih2 je... Telan air liur kawan dibuatnya. So, kawan pun redha je la. Bersyukur je la dapat B. B pun B la... Jangan C macam blok 5 sudah. Tak larat dah nak repeat blok. Blok 2 repeat, blok 3 pun repeat. Ni nak repeat blok 5 pulak. Kalau blok 6 pun nak repeat, baik kawan join junior masuk first year.. Pasal markah assignment yang belum masuk lagi tu, harap-harap masuk dan markahnya pun tinggi a. Boleh gak kawan merasa dapat A/B. Hehe.. Nak kate malu tu tak la.. Kawan bukan pergi kedai runcit beli tuala wanita. Kalau tu, memang malu gaban aa.. Cuma overkonfiden silap tengok result je. Cuma rasa nak sepak je a notice board tu *padahal kawan malu...hak! hak! hak!*

Kite sambung cite pasal misi ni. Hari ni punye aktiviti terhad sikit sebab kawan punye kuliah punye lah panjang macam keretapi. Kul 8 sampai kul 10 ade tutorial, kul 11 sampai kul 2 pulak kuliah. Walaupun dalam kuliah kawan bukan dengar lecture tapi bersembang dengan Pong(tak mustahil result kawan busuk kan? Heheh), kawan letih dowh duduk atas kerusi tu lama-lama. Boleh buasir yang dah masuk end-stage tau. Buasir yang ubat dia bedah je. Kawan cuma merompak SMS Pong sekeping untuk hantar ke tuan punye rumha C25. Tunggu punye tunggu.. tunggu punye tunggu.. Sekali mesej tu failed. Tak tau sebab ape. Hampeh! Nombor silap kot. Petang lepas Asor, kawan pegi lah cek balik.

Seperti biasa, lepas tidur siang, kawan hari ni ada kerajinan siket nak abiskan misi hari 7 ni. Destinasi pertama, kawan gi rumah C25. Nak cek betul ke tidak nombor telepon kawan salin. Bile cek, betul lah pulak. Bila pikir balik, ni nombor handphone ke nombor rumah? Kawan main belasah je antar SMS. Kalau tu nombor rumah, sampai 30 tahun pun kawan tak dapat reply. Hampeh!

Pastu, kawan pergi dekat jalan yang nak pergi bundaran (round-about) Jalan Sardjito. Hari tu kawan ada perasan satu iklan rumah kontrakkan. Tadi, kawan gi tengok. Memang ada. Rumah kontrakkan D23, Pogung Rejo. 2 kamar, 1 ruang tamu dan lantai keramik. Rasa pelik lak cara orang ni describe rumah tu. Lantai keramik tu lantai ape? Lantai seramik? Seramik orang buat pasu? Gile ke? Sepuluh orang masuk rumah kawan terus retak. Kalau ada gempa bumi, terus bertaburan macam pasu pecah. Tapi mungkin anggapan kawan salah. Mungkin keramik maksudnya lain. Satu hal lagi, Pogung Rejo tu kat planet mane? Kawan tak pernah dengar. Tapi takper kite simpan dulu, kang kite cek daerah mana Pogung Rejo tu.

Lepas tu, kawan gi survey rumah kat Masjid Pogung Raya yang Kepam cakap tu. Sebenarnya, kawan dah lupa Kepam peta kawan kat mana rumah tu. Hehe.. kawan main gamble je pegi cari. Tapi, memang nampak a ade sebuah rumah setingkat yang kedudukan dia terselit siket, tapi cun gak. Kecik comel molek aa..Warna kuning. Dia punye iklan nak kontrak yang tuan rumah dia gantung, besar gile. Macam sign board dekat Lebuhraya Pantai Timur. Rumah tu betul-betul depan masjid. 100 meter je dari pintu depan masjid. Kalau kawan masuk rumah tu, mesti AJK masjid lantik kawan jadi tok siak. Tak nak aa kawan. Kawan tak bersedia nak ambil komitmen ni. Hal-hal tu kawan kena pikir gak. Papepun, marked!

Misi masih belum selesai. Kali ni kawan pusing lagi Pogung Baru. Kawan nampak sebuah rumah dekat blok E. Rumah E21. Kat luar rumah tu, ada iklan bahawa pemilik rumah tu Ibu Mariam nak jual atau kontrakkan sahaja. Rumah tu ada 5 kamar tidur, 4 kamar mandi, 2 kamar pembantu. Tapi yang problemnya harga yang terpampang kat situ Rp2.8M SHM. Kawan ingatkan harga tu Rp2.8 juta. Bila kawan tanya balik budak Indon kost kawan sekarang, dia cakap tu ialah Rp2.8 miliyar iaitu 2 800 000 000 rupiah!!! Gile ko!! Kalau kawan ada pitis sebanyak tu, pulau pun kawan boleh beli. Tapi, tak sure lagi tu harga nak jual rumah atau nak kontrakkan aje.. Heheh.. Harap-harap tu harga nak jual la. Kalau harga kontrakkan mesti lagi murah. Rumah ni dari luar nampak best gile. Orang gile pun tak best camni. Kawan konfiden kalau rumah ni murah untuk dikontrakkan, mesti semua orang jeles tahap leleh air liur dengan kawan sebab dapat rumah camni punye best. Iskkk.. takleh aa nak describe. Sebab besttttt tahap maksima!! Marked! Highlighted!

Ringkasan
Rumah kontrakkan
1. C25, Pogung Baru-Dah mesej tapi message sending failed.
2. D23, Pogung Rejo, 2 kamar tidur, lantai KERAMIK - Pogung Rejo kat negara mana?
3. E21, Pogung Baru, 5 kamar tidur, 4 kamar mandi, 2 kamar pembantu - Marked!

Misi Hari 7 sudah habis...

notakaki::Hari ini(17 Agustus) ialah hari kemerdekaan Indonesia ke 61. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. So, ayuh kite ramai-ramai nyanyi lagu Indonesia Raya sambil jerit "HIDUP INDONESIA!!" Pang!! Kena sepak di Pak Lah sebab patriotik tak bertempat.

16 August 2006

Hari 6

Hari 6
Tarikh::15 Ogos 2006

Misi hari ini sikit je. Kawan pergi rumah sebelah C23. Rumah yang nak dijual. Nombor rumah tu bukan C24 dan bukan C22 tapi C25. Rupenye, die susun nombor lam bentuk zig-zag. Kawan mane laa tahu, kawan kat Malaysia bukan duduk perumahan. Kawan punye rumah kat Terengganu, nombor 22A. Tapi ko tahu berapa orang pakai no 22A? 6 buah rumah pakai nombor 22A. Rumah pak cik mak cik kawan belakang-belakang rumah kawan, semua pakai alamat sama dengan kawan. Dah rumah kawan rumah paling depan dalam 6 buah rumah tu, mesti a rumah kawan jadi tempat posmen antar surat-surat. Sekali posmen datang, berlonggok surat sampai. Tapi, surat hak milik rumah kawan 2 3 keping je. Kadang-kadang, sekeping pun harrraammmmm nak ada. Kalau kawan ada kat rumah, memang kawan dah jadi macam posmen. Kawan a gi ngantar surat-surat tu. Kalau kawan tak ade kat rumah, nak suruh sape? Mak bapak kawan? Mak bapak kawan keje. Balik keje pun tak perasan surat ada... Memang boleh berkulat surat kat rumah duk lam rumah. Tak de sape volunteer nak gi antar. Melainkan tuan punye surat datang cari surat. Satu lagi punye busuk posmen area rumah kawan ni, ade ke patut surat sape-sape ntah main belasah je antar ke rumah kawan. Bapak kawan nama dia Omar bin Awang, dan pak cik mak cik kawan belakang rumah semua bin dan binti Awang. Tapi, posmen ni punye la sengal gila babeng, semua orang dalam kampung Binjai Rendah tu yang bapakkkkkk die name Awang semua die belasah antar rumah kawan. Ape?? Ingat Awang tu hak milik keluarga kawan ke? Nasib baik, posmen tu kerja antar surat area kampung kawan je. Kalau die sorang saje round Terengganu ni, agaknya memang kawan boleh bukak pejabat pos sendiri. Semua surat bin atau binti Awang, masuk rumah kawan. Dah puas kitorang komplen, pak cik kawan lagi aa, siap tulis besar-besar dekat peti surat, ni peti surat name sape, nombor berape. Orang buta pun bole bace. Hari pertama kedua layan aa.. hari ketiga dan so on.. maunya nak ikut. Ikut tabiat lama die tu a.. Loghat aa abang Posmen ni.

Enough a cakap pasal posmen. Dah terlari tajuk a pulak sembang pasal posmen. Okeh! Kembali pada topik asal kawan tadi, rumah tu nombor C25. Nombor C22 dan C24 milik rumah depan. Macam kawan cakap tadi, pernomboran rumah kat sini (atau juga kat Malaysia.. kawan tak tau) ialah bentuk Zig Zag. Bila kawan sampai depan rumah, kawan catit nombor telepon yang dilabel. Nak mesej atau call tapi kredit tak mencukupi. Kena tangguh lu a.. Pastu kawan pun berambus balik bilik.

Plan nak tengok movie The Break Up (Jennifer Annistone dan Vince Vaugh) tapi cetak rampok punya pasal, DVD stuck tengah jalan. Keji betul. Tengah layan-layan feeling..boleh lak dia stuck. Lantak ko la nak stuck. Malas kawan nak replay. Kawan shut down laptop, pastu kawan pun terus shut down same-same.. (tidor laa..)

Bangun kul 2, basuh muka pastu gi meeting Ospek. Balik dari meeting ingat nak sambung misi hari keenam. Lazy punye pasal. Kawan tengok Hercules kat televisi. Lepas tu misi pun sodaqallahulazimmmm...
Haprak aa.. macamane nak berjaya misi ni kalau asik malasssss ni?

Ringkasan
Rumah Kontrak
C25 Pogung Baru-berjaya dapat nombor telepon.. Hahaha! (gelak jahat)

Misi Hari 6 Syelesyaiii...

15 August 2006

Hari 5

Hari 5
Tarikh::14 Ogos 2006

Kawan cuma mengumpul seberapa maklumat yang mampu. Pertama, kawan tanya pada Anep pasal dia nak pindah rumah. Jadi ke tak? Rumah mane? Dia cakap, kalau dapat rumah KM6,5 tapi masih jalan yang sama (sepanjang Jalan Kaliurang a.k.a Jakal), dia cakap tak kisah. Sebab, masih boleh naik angkut. Lagipun, service angkut*bas mini versi super-cikai* bersepah-sepah kat Jakal ni. Senang sangat nak dapat. Bas pun sama. Boleh pakai gak idea Anep. Mungkin kawan kena cek balik rumah dekat KM6,5 yang kawan jumpe tu. Remarked!

Kawan cite gak pasal kost hujung jalan area Blok E. Dia cakap kalau kost warna hijau, memang tak payah masuk aa.. sebab kecik sangat. Kalau kost kaler oren, boleh tahan besar, selesa dan best. Tapi, personally, Anep tak minat. Okeh.. So, kawan dah tau pasal kost hujung Blok E iaitu kost yang Anep Azme cite kat kawan adalah yang warna oren. Kawan ingat lagi..

Kawan jumpa P. Sia ngan C. Ning, tanye kalau duk rumah dorang sekarang macamane? Mahal ke? Dia cakap boleh a.. Cuma bil elektrik dorang overdose sket.. Brape tu kawan tak payah cite aa.. Too personal. Tapi, still murah dari kawan punya. Kawan ulang, LEBIH MURAH!

Kawan jugak merujuk pada Kepam. Minah yang pernah buat kost-hunting sekitar Pogung Baru. Kawan cerita pasal rumah c23, tapi dia cakap, tak payah fokus pada C23, tapi cuba try test rumah putih sebelah dia. Rumah putih sebelah dia? Hmm.. Bukan ke rumah tu nak DIJUAL? Iye.. memang rumah tu yang Kepam maksudkan. Dia cakap,try aa kecek tuan punye rumah tu, mane lah tau die berminat nak sewa je. Dari tak laku takde orang nak beli, baik sewa kan aje. Dapat gak pitis(cuba membayangkan diri seperti tuan punye rumah tu). Okeh! Marked!

Kepam cakap lagi, rumah dekat Masjid Pogung Raya. Ada sebuah rumah 1 tingkat yang nak dikontrakkan terutama pada MUSLIM. Rumah tu ada 4 bilik dan 1 bilik orang gaji. Tapi Kepam cakap, bilik orang gaji memang custom-made untuk orang gaji. Kalau dua orang masuk, memang boleh berlaga bontot aa.. Betapa keciknya bilik tu. Harganya pulak sekitar 15juta rupiah, pertahun. Hmm.. Marked!

Kelas abih kul 1. Kawan plan nak singgah tempat-tempat tu on da way balik bilik. Tapi, letih punya pasal, malas aa pulak. Balik bilik, terus on cite Slither(tadi cakap letih.. hehe..). Citer pasal lintah. Tak silap kawan ni cite remake. Kawan tak pernah tengok original version, dan lepas tengok cite ni, kawan tak rase nak tengok cite asal dia. Tak best! Kalau sape-sape nak tahu sinopsis meh kawan copy apa yang tertulis kat belakang sampul DVD cetak rompak ni..

A small town is taken over by an alien plague, turning residents into zombies and all forms of mutant monsters.

Sampah sangat. Baik kawan tengok Power Rangers, lagi terhibur. Sebab monster dia same je macam monster-monster dalam Power Rangers, Flashman, Maskman etc.. Busuk siot. Kalau dari skala 10 bintang, kawan kasi 1. Saranan kawan, jangan tengok, walaupun bajakan.
Matilah kawan, padahal takde sape-sape pun pakse suruh tengok cite ni.. Kutuk punye lah busuk.

Photobucket - Video and Image Hosting
Pasni cite The Sifut pulak.. Kawan nak Maya Karin jadi sifut mutasi.. Mesti Malatop

Abih cite tu, kawan ingat nak nap kejap. Petang karang, boleh gi pusing kawasan yang dimaksudkan. Tapi, nah kau nap! Oh Snappp.. Jawabnya. Bangun-bangun dah 5 suku. 20 minit lagi dah nak maghrib. Siot!

Ringkasan
Rumah kontrak
1. KM6,5 dan KM6 - Remarked!
2. Rumah sebelah c23 (c24 atau c22) - bergantung pada owner
3. Rumah sebelah Masjid Pogung Raya, 4 kamar dan harga 15 juta pertahun - Marked

Kost
1. Kost warna jingga hujung jalan Blok E, harga Rp400ribu - Double Check!

Misi hari 6 Tammat

14 August 2006

Hari 4 Pengenalan

Hari 4
Tarikh::13 Ogos 2006(Ahad)
Photobucket - Video and Image Hosting
30 Hari Mencari Kost

Kawan perlu berpindah. Walaupun kediaman kawan sekarang tip-top punya best, tapi faktor harga sewa dan elektrik per bulan menyebabkan kawan perlu memikirkan semula kediaman kawan sekarang. Berpindah atau tidak. Bayangkan, kawan punya harga bilik per bulan adalah Rp475ribu dan kalau ditambah harga elektrik sebulan yang bayarannya mengikut jenis barang elektrik (Laptop-Rp30ribu, Kipas-Rp15ribu dan Water dispenser-Rp40ribu) dan secara totalnya, setiap bulan kawan harus membayar Rp560ribu sebulan. Inipun sebelum masuk harga laundry, kalau masuk laundry, kawan membayar Rp610ribu sebulan! Tetapi, kawan masih boleh bertoleransi dengan laundry, sebab kawan rasa harganya agak berbaloi. Yang menjadi masalahnya ialah sewa bilik dan elektrik.

Kalau kawan mempersoalkan sistem bayarannya per tahun dan mungkin boleh diansurkan 6 bulan sekali, lagilah kawan rasa kawan MESTI pindah. Sebab kawan rasa teman-teman kawan membelanjakan harga sebulan jauh lagi murah dari kawan untuk harga kost dan menikmati banyak kelebihan. Kawan tak nafikan yang bilik kawan sekarang sangat selesa dan penghuni-penghuni lain sangat menyenangkan. Dan, yang penting, kawan puji tahap keselamatan di kost ini. Tetapi, kawan terpaksa memikirkan rancangan lain yang kawan rasa kawan perlu sebab kawan juga ada agenda lain selain membayar sewa bilik yang agak membuat kawan gigit bibir setiap bulan.

Maka, kawan secara rasminya kawan mewujudkan sebuah misi. Sebuah misi peribadi untuk kawan mencari kost atau rumah kontrakkan dalam masa 30 hari bermula 10 Ogos 2006. Maka, sebelum 12 tengah malam 8 September 2006, kawan sudah sah ada kost atau rumah kontrakkan. Walaupun tajuk misi kawan 30 Hari Mencari Kost, misi ini juga terbuka untuk rumah kontrakkan.Namun walaupun kawan berjaya dapatkan sebuah rumah kontrakkan itu tidak bermakna misi kawan berjaya, housemate, isi rumah dan segalanya perlu diuruskan. Maka, kawan utamakan kost.

Objektif
Kediaman baru sebelum 12tengah malam 8 September 2005

Kriteria
Kost
-Harga-Rp300++ kebawah per bulan
-Harga elektrik yang berbaloi *tidak semahal kediaman sekarang*
-paling kecil 3x4
-selesa dan selamat *kondusif untuk tidur dan belajar*
-KM5,5 *tidak jauh dari kampus UGM dan kost melepasi KM5,5 tidak akan di ambil port*
-kamar mandi dalam *boleh dipertimbangkan lagi kalau tak attached bathroom asalkan bilik air tu dekat dekat*

Rumah Kontrak
-Harga bila di bahagi dengan ahli rumah yang lain Rp300 ke bawah
-Tidak semestinya attached bathroom
-Selesa
-Selamat dan basikal tidak mudah dicuri
-kurang dari KM 5,5
-Well-furnished *paling tidak, katil untuk tidur*
-housemates-takde ni.. tak jadi...

Maklumat tambahan
Walaupun ada beberapa syarat yang kawan kenakan untuk kost dan rumah kontrakkan, tetapi mungkin kalau ada faktor-faktor peribadi atau TERPAKSA, kawan mungkin akan mengenepikan syarat-syarat tersebut. Kawan punya misi, maka kawan punya suka hati kawan nak ubah syarat ini bila-bila pun.

Dan, beberapa syarat dan kezutan baru akan kawan update dari semasa ke semasa.

Harapan
Kawan berharap kawan keluar dari kost ini. Kalau kawan tak keluar jugak, maknanya memang jodoh kawan dengan kost kawan sekarang aa.. Tak dapek den nak nolong..

Photobucket - Video and Image Hosting

13 August 2006

Hari 3

Hari 3
Tarikh::12 Ogos 2006(Sabtu)

Misi bermula jam 5 WIB. Berbasikal dan terus ke Pandega Mata. Memang kawasan yang makin jauh dari kampus UGM, tapi masih boleh dipertimbangkan. Atmosferanya mirip Pogung Baru. Mungkin kawan boleh puji, Pandega Mata lagi meriah. Beberapa penduduk Pandega Mata gotong-royong menggantungkan bendera-bendera mini Indonesia di sekitar rumah-rumah mereka. Untuk makluman, 17 Ogos merupakan Hari Kemerdekaan Indonesia ke-61. Kemeriahan yang sudah boleh dirasakan. Kawan terus ronda-ronda sekitar Pandega Mata. Melepasi Gereja Kristen Jawa yang kawan sempat dengar muzik ritual Kristian yang memang 100 peratus Jawa dan juga hujung jalan di mana perlawanan bola tampar sedang diadakan. Kawan terus memerhati iklan-iklan rumah kontrakkan dan kost-kost. Kawan agak kecewa sebab banyak kost yang selesa tapi khusus pada perempuan. Sigh.

Kawan balik ke Pogung Baru. Kawan tak ke blok E, tapi kawan terus ke Blok C. Kawan cuba intai rumah kontrakkan yang pernah teman-teman kawan bincangkan. Rumah dua tingkat dan blok C23. Dan, memang rumah tu masih kosong untuk dikontrak. Kawan catit nombor telefon yang digantung depan rumah. Sudah hampir Maghrib, kawan nak balik bilik.

Malam di rumah makan Wida, kawan SMS pemilik rumah C23. Beberapa minit, kawan dapat balasan. Bilang ibu rumah kontrakkan, mereka berminat untuk sewakan kepada KELUARGA. Rumah itu ada 5 kamar tidur, 3 kamar mandi, 1 kamar tidur pembantu, 1 kamar mandi pembantu, 1 musolla, 1 garaj, 1 ruang makan dan 1 dapur. Harga per tahun 30juta rupiah.
Kawan rasa musolla dan kamar pembantu boleh digunakan jadi kamar tidur. Maka, semuanya 7 kamar tidur. Yang bagusnya, rumah ini well-furnished. Dan, harga rumah kalau tak dibahagi mengikut saiz bilik dan kemudahan bilik, sekepala Rp357ribu. Not bad.. Kawan balas kembali mesej ibu kost dan nyatakan bahawa kawan mahasiswa dan bukannya keluarga. Kawan juga harap harga rumah boleh dirunding lagi. Malangnya, tiada balasan atau mungkin ibu rumah kontrakkan memikirkan kawan bukan pelanggan diharap.

Ringkasan
Rumah Kontrak
Rumah Blok C23, Pogung Baru
7 bilik tidur
4 bilik mandi
1 dapur
harga-Rp30juta per tahun / Rp350ribu per bulan
-pemilik teragak-agak lah pulak...-

Misi hari 3 tamat

12 August 2006

Hari 2

Hari 2
Tarikh::11 Ogos 2006(Jumaat)

Selesai Skills Lab-Dever II Test, kawan singgah Inter. Jam dah hampir 4 petang. Beberapa orang saja yang masih tinggal. Misi hari ini kawan tidak bercadang apa-apa tindakan. Cuma, kawan ada maklumat tambahan. Kawan pulang berbasikal, dengan Anep. Kawan sempat ceritakan tentang kost di blok E. Rupanya, Anep pernah intai-intai kost tersebut tetapi tak berminat. Maklumat, kostnya ada kamar mandi dalam (attached bathroom) dan sewa sekitar Rp450ribu sebulan. Kawan tak pasti itu kost mana sebab ada beberapa kost di situ yang sebenarnya juga menarik minat kawan.

Ringkasan

Kost
1. Salah satu kost di hujung blok E (masih tak pasti kost mana)-kamar mandi dalam-harga sekitar Rp450ribu sebulan-Harga yang menyebabkan kawan berbelah bahagi

-Misi Hari 2 Selesai-

notakaki::Masih tak paham?? Her her her.. Cume Totin je paham setakat ni...

11 August 2006

Hari 1 (Prolog)

Hari 1
Tarikh::10 Ogos 2006(Khamis)

Misi dimulakan dengan bertanya kepada teman-teman lokasi Info Kost (booth segala maklumat untuk kost dan rumah kontrak). Selesai kuliah, kawan terus ke lokasi yang hampir dengan Fakultas Perhutanan UGM. Ada beberapa kedai komputer, buku yang menawarkan khidmat Info Kost.

Hasilnya, maklumat 2 buah rumah kontrakan berjaya diperolehi, malangnya lokasi rumah jauh dari UGM iaitu di KM 6 dan KM 6,5. Mbak Info Kost kasi tahu kost-kost dan rumah kontrakkan sekitar Pogung Baru dan Pandega Mata tidak ada dalam senarainya. Tambahnya, sekarang peak season, semua orang mahu cari kost dan rumah kontrakkan, maka harganya jadi mahal.

Sempat bertemu Kak Aishah, angkatan 2001 sebelum pulang. Kak Aishah cakap dia mungkin boleh tolong tanyakan kost lama Abang Zaidi, angkatan 2002 (??) yang agak selesa dan dekat dengan kampus. Terima kasih, Kak Aishah.

Kawan cuba pulang ke kost dengan melewati kawasan yang diceritakan oleh Kak Aishah, tapi tak jumpa (a.k.a SESAT). Maka, kawan terus ke sekitar Karang Wuni. Banyak rumah yang sedang dibina, tapi kawan tak pasti untuk dikontrak, dijual atau dibaiki sebab rosak akibat gempa bumi.
Tak ada rumah atau kost yang berkenan.

Sebelum pulang ke bilik, kawan lalu kawasan sekitar Pogung Baru. Masih tak jumpa rumah kontrakkan yang bagus, cuma di jalan hujung melewati rumah Naim, Mat, angkatan 2003, ada beberapa kost yang lokasinya agak selesa. Marked!

Pulang bilik. Tidur sampai jam 5 lebih.
Kawan perlu ke kedai runcit, tapi kawan lewat kawasan Pogung Baru blok F, G dan ke atas. Banyak banglo(tidak termasuk senarai) dan tak ada rumah kontrakkan atau kost yang menarik perhatian.

Ringkasan.
1. Rumah kontrak
- Jln Kaliurang KM 6,5 harga 17juta per tahun (4kamar)-rejected!
- Jln Kaliurang KM 7 harga 8.5juta per tahun (4kamar)-rejected!

2. Kost
- Kost lama Abang Zaidi, harga dan lokasi - masih belum dipasti
- Kost-kost sekitar blok E, Pogung Baru! Harga masih belum dipasti

-Misi hari 1 tamat-

notakaki::Tak Paham?? Her.. her.. her..

08 August 2006

Hidup

Hidup amat pahit bila berdepan dengan masalah. Tetapi, akan menjadi manis selepas selesaikan masalah tersebut.
*Sedang menasihat diri sendiri agar tidak cepat melatah*

Kawan nak sambung mendengar lagu Juwita (Citra Terindah) - Makanan telinga kegemaran kawan buat masa ini.
"oOo.. ooo.. pujaan..
ooo.. ooo.. juwita.." kata M Nasir.

notakaki::Tahniah Faizal Ramly sebab jadi Juara AF4. Kawan ada teman duduk dekat-dekat kawasan rumah kawan (satu daerah iaitu Marang). Tapi, bila ada orang tanya di mana dia tinggal, dia lebih selesa menjawab Kuala Terengganu daripada Marang. Mungkin bila Faizal yang menang itu orang Marang, baru agaknya teman kawan itu reti nak sebut tempat tinggalnya ialah Marang. Terima Kasih Faizal.

02 August 2006

A.N.N.O.U.N.C.E.M.E.N.T

Pengumuman::BLOG SEDANG DIBAIKI SEBAB TIBA-TIBA TEMPLATE LAME AKU GHAIB. BENGONG PUNYE BLOGSPOT! HARAP MAKLUM!

NANTIKAN KEMUNCULAN WAJAH BARU CUBE TRY TEST GOK!! WACCHHHHHAAAA!!!